Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
29.1.10
JK Displin Pas : Sila Puaskan Hati Semua Pihak!!
Seperti yang di jangkakan semuanya telah berlaku dan terjadi. Penantian umum mengenai keputusan JK Displin Pas berkenaan kesalahan yang di laporkan terhadap YDP Shah Alam dan PJ Selangor telah di keluar dan di umumkan hari ini.
Masing-masing yang di dakwa melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan parti telah menerima ‘hukuman’ setelah JK Displin bersidang seusai laporan di adukan kepada badan tersebut.
Sudah menjadi lumrah alam dan kehidupan. Apa yang tidak berkenan di hati dan jiwa, akan di kritik dan di hentam habis-habisan.
Saya sudah mengagak situasi tidak puas hati ini akan berlaku. Lihat sahaja dunia alam maya blog. JK Displin PAS menerima kecaman, kutukan dan label yang pelbagai oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang di putuskan.
Malah pengerusinya iaitu, Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menerima label ‘bangang’, ‘mangkuk’ dan sewaktu dengannya oleh blogger-blogger yang kononnya mengaku ahli PAS. Lihat sini.
Tidak kecuali yang menyindir dengan pelbagai sindiran sinis yang hebat. Lihat sini.
Malah ada yang mengugut dan mempertikaikan ahli-ahli badan tersebut yang di lihat tidak telus dan berat sebelah. Lihat sini.
Begitulah manusia..
Saya cuba mengandaikan sebegini. Andai katakan hukuman yang di kenakan kepada Khalid Samad di kenakan kepada Hassan Ali, sudah tentu ada pihak yang tidak berpuas hati juga.
Mereka yang rapat dengan Hassan Ali pula akan mempertikaikan keputusan tersebut.
Kalau itu berlaku, mungkin wujud mereka yang menyokong Khalid Samad akan mempersoalkan pula, kenapa Hassan Ali tidak di pecat? ( sebab benci sangat-sangat dengan PJ Selangor ni..)
Saya pun pelik dan hairan. Apakah sudah hilang adab dan displin dalam gerakan Islam di Malaysia ini. Masing-masing terkinja-kinja di dalam laman sawang ‘Sdn’ menyatakan ketidakpuasan hati.
Apakah keputusan JK Displin tidak boleh di bantah dan di kritik? Saya yakin dan optimis, yang Pengerusinya bukanlah seorang yang bersifat dictator. Tinggal lagi, mereka yang tidak berpuas hati untuk menggunakan saluran yang baik dan betul, itupun kalau mereka mahu.
Kalau tidak, mereka-mereka ini sekadar ‘melalak’ di laman maya, yang menyatakan keputusan itu boleh merosakkan parti. Saya hairan, apakah tindakan mereka itu tidak merosakkan dan mengusutkan parti?
Apakah mereka kira dengan melontar andaian, kritikan, bantahan dan sebagainya adalah cara terbaik? Seolah-olah, parti yang selama ini mereka dokong hanya mempunyai satu sahaja saluran untuk menyatakan ketidak puasan hati!
Dan apakah JK Displin dapat memuaskan hati semua pihak andai keputusan yang di buat berlawanan?
Huh..Tulang dengan cara tulang..Sauh dengan cara sauh..kalau macam itu, biar mereka sahaja yang tentukan keputusannya!
Teringat saya akan cerita Luqmanul Hakim bersama anaknya. Semuanya tidak kena. Luqman naik keldai pun salah. Anaknya pun salah. Tak naik pun salah. Naik pun salah.
Habis!!!
Sampai ‘ke sut’ nak puaskan hati manusia tak akan dapat!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
biasa la tu.. ahli PAS ada bnyk peringkat. ada ahli yg berbaiah setelah melalui jalan tarbiyyah Jemaah Islam PAS..Ada juga ahli PAS yg PAS atas kesedaran kepentingan Islam. Tapi kena ingat lagi ramai yg ersama PAS atas semangat politik, semangat anti-korupsi dlm UMNO, dll...
kita kena terima hakikat kedudukan sekarang. Maka, biasa la tu, mereka kadng2 mmg tak faham adab dlm Gerakan Islam, mgkn drng tak blajar benda tu dalam tamrin...
agak2 yang akan undi PAS dalam pru13 nanti ramai ahli pas berbaiah ke..atau penyokong pas yang terdiri dari mereka2 yang kita anggap hanya 'melalak' di laman blog?
impaknya bukan kecik sheh..
seriously, keputusan tu sgt bagi damage pada penyokong pas yg akan mengundi nanti- wpn tukang pasang bendera sekalipun..
baiah tak baiah, Islam tetap Islam... dalam Islam sendiri pun telah menetapkan peraturan sebagai muslim... bagaimana cara bertutur dsb...
Bilamana seseorang itu muslim... dia perlu akur akan peraturan dalam Islam...
Cth: apakah seorang saintis muslim tidak perlu tahu & tidak perlu menunjuk akhlak muslim hanya kerana dia seorang saintis????
***Inilah antara perkara yg menyekat kemenangan Islam... Sikap sesama ahli PAS...
***Tegurlah... dan terangkan kpd mereka agar mereka faham....
KADANG2 KITA PERLU MELIHAT DIRI SENDIRI, JANGAN SALAHKAN PARTI LAIN SEKIRANYA ADA PERKARA YG KITA RASAKAN KITA AKAN BEROLEH KEMENANGAN, TAPI KITA TDK MEMPEROLEHNYA...
INI KERANA, PERTELAGAHAN SESAMA AHLI SENDIRI YG MENYEBABKAN TERJADINYA BEGINI...
Post a Comment