Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

11.1.10

Cerita Exam + Cerita 'Kawin' = Najihin!!


Minggu ini, bermula ribut exam melanda dataran syuhada’. Kelam kelibut di buatnya untuk memperbaiki ‘rumah’ diri agar bersedia menghadapi segenap penjuru ‘ancaman’ yang akan dan bakal melanda.

Semua kuat ‘bertafakur’. Mencari ‘jalan’ di dalam kitab yang di pegang.

Seronok!

Bicara hati masing-masing seperti kebiasaannya, termaktub di dalam status YM. Perkongsian jiwa dan perasaan seusai tamatnya imtihan bersama teman alam maya yang lain.

“berakhirnya madah…tut tut...selamat tinggal!!Selamat datang…tut tut...”

Madah yang lain hadir untuk diingati dan di lazimi. Menanti waktu dan hari untuk ‘dimuntah’kannya sahaja.

Risaunya, untuk ‘fatrah’ ini, ramai yang berjalan ‘straight’. Kepala tidak di geleng. Kanan tidak, kiri tidak, atas pun tidak!

“kenapa ko jalan macam robot? Leher macam kena paku semua penjuru je aku tengok..”

“ huhuhu..aku hafal banyak ni…risau kalau aku banyak goyang kepala, apa yang aku hafal, jatuh!..”

Pap!! Amik sebiji!!.....HUHUHUHUHUHUHUHU……….

Cuma saya seronok melihat ‘gejala’ sampingan yang ‘sihat’ melanda bumi Mu’tah ini. Kadang-kadang ia seolah menjadi satu ‘wirid’ harian buat sahabat seperjuangan di sini.



“eh, macam mana ngan imtihan enta?...tut….tuttttttttttt……ana nampak enta kena ‘kawin’ la..”

“bahagia aku tengok Ehsan ngan ‘zaujah’ dia..berjalan pegang tangan..huhu..rasa macam nak ‘kawin’ la plak..”

“ana rasa, enta kena cari ‘pengurus’ ni..”

Bla..bla…bla…bla…bla..’kawin’…bla..bla…bla…bla..’kawin’…bla..bla..bla..’kawin’….

Saya sebenarnya enggan nak dedahkan resipi kejayaan pelajar di Mu’tah ini. Tapi, biarlah ‘rahsia’ ini di kongsi bersama.

Kerana ia adalah satu motivasi yang cukup menakjubkan!

Benda baik, kita pakat-pakat kongsi la..

Sebab cerita exam ini mempunyai satu ikatan ‘persaudaraan’ yang cukup kuat dengan ‘cerita kawin’. Kerana bila ia di sebut, maka ia menjadikan seseorang terbayang ‘haflah khirijin wafidin’ di Dewan Masrah..

“seolah aku berada di sana…”

Mimik muka yang penuh rahsia yang tersirat...


Hanya tuhan yang tahu..

Kerana dia dan aku sahaja mengetahui hal yang sebenar!

Bantulah beliau..

Salam Imtihan Buat Semua!!

3 comments:

Tartus said...

sapo duk alam selimut tu?abe mat ke?huhu

hasanhusaini said...

Tartus : agaknya betul doh tu...Abe Mat..he3

shakirshafiee said...

abe mat mude.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...