Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
17.1.10
Kalimah Allah : Mahasiswa Islam Usah Bisukan Diri!
Dunia mahasiswa ibarat check n balance kepada negara. Walaupun pentas mahasiswa ibarat budak yang baru hendak belajar berjalan, namun suara dan kehadirannya amat memberikan impak yang begitu besar di dalam mana-mana negara.
Lihat sahaja sejarah mahasiswa di Indonesia, suara mereka ibarat petir dan guruh yang mencakar. Sekali di cabar, selamanya terlipat dalam kanvas sejarah, Suharto di jatuhkan oleh gerakan mobilisasi mereka!
Gerakan di Baling pula misalannya, menjadi penyebab kepada pimpinan negara pada waktu tersebut mengikat tangan dan kaki serta menutup mulut gerakan pelajar di dalam negara dengan akta yang cukup mual iaitu AUKU.
Lihat pula gerakan mahasiswa di Afghanistan yang pernah suatu ketika menjadi ancaman yang maha dahsyat kepada golongan sosialis.
Maka dunia mahasiswa bukanlah suatu dunia yang asing dengan masyarakat. Justeru dekatnya perjuangan mereka dengan masyarakat dalam memartabatkan keadilan sejagat yang di sarankan oleh agama islam.
Desawarsa kini, Malaysia gegak gempita dengan pelbagai isu. Tidak kering dengan isu yang bersifat negara, timbul pula isu yang bersifat keagamaan.
Maka kita dapati, pelbagai reaksi yang di zahirkan dalam skop positif mahupun negatif.
Isu penggunaan kalimah Allah masih tidak surut di perkata dan di perbincangkan secara umum.
Banyak wacana dan diskusi ilmiah yang di adakan bagi mencari jalan penyelesaian yang paling terbaik dalam mengimbangi kestabilan negara dalam pelbagai sudut terutama dari sudut keselamatan.
Kecewanya, reaksi yang di zahirkan secara negatif di baca dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun.
Isu gereja di bakar adalah isu yang cukup sensitif. Sama juga sensitif andai suatu ketika ( nauzubillah ) masjid di bakar!
Lihat sahaja peringatan maha benar yang termaktub di dalam al-Quran. Allah teramat melarang kepada makhluknya untuk menyakiti, mencaci akan apa yang di sembah oleh penganut agama lain. Ini kerana, mereka akan menjustifikasikan tindakan yang di buat oleh orang Islam untuk membalas kembali.
Malah bacaan tindakan dakwah yang di tonjolkan oleh Nabi Muhammad dalam kisah yang amat tragis di dalam misi dakwah ke Taif, semestinya di ambil ibrah oleh umat Islam umumnya.
Saya mengikuti kisah dan isu terkini dengan penuh berhati-hati. Malah ajaran tarbiah agar kita tidak mudah melatah, membolehkan setiap isu di baca dengan adil dan saksama.
Saya kagum dengan sahabat mahasiswa di dalam negara yang mewarnai isu semasa dengan menyertai perbincangan ilmiah di dalam wacana dan diskusi yang di anjurkan.
Sebagai contoh, wacana ilmiah yang di anjurkan oleh intellectual Youth Club (IYC) UIA dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
High Light saya adalah kepada presiden PKPIM. Kredit dan merit yang tinggi patut di berikan kepada beliau. Pada saya, bacaan dari segi undang-undang dan waqi’iah yang di lontarkan oleh beliau amat hidup dan sesuai dalam konteks di Malaysia.
Saya tidak cakap tidak ada, cuma saya tidak nampak dan ketemui lagi ( selain Presiden PKPIM ) pimpinan pelajar yang lain mengeluarkan kenyataan mahupun ‘sit down’ dalam mendiskusikan isu yang andai tidak bijak di urus oleh pimpinan negara, maka tentu sahaja banyak pihak yang terguris.
Saya yakin, ramai yang teramat mengharapkan satu kenyataan dari gergasi front liner mahasiswa yang masyhur, iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ) berkenaan isu ini. Mungkin wujud wacana, diskusi mahupun kenyataan akhbar dari GAMIS, tetapi biarlah di’jaharkan’ kepada umum.
Biar semua mengetahui bahawa GAMIS juga mengambil ‘part’ dalam isu sensitif ini bukan sekadar duduk dan akan mengambil ‘seat’ andai isu ini bertambah ‘ganas’ dan akan berada ‘di luar kawalan’.
Baru-baru ini, PMRAM mengeluarkan kenyataan rasmi dari Manhal PMRAM berkenaan isu penggunaan kalimah Allah.
Cantiknya, kenyataan itu di buat dan di keluarkan secara ilmiah dan tidak terlepas memasukkan point waqi’iah di dalamnya.
Walaupun ada yang memberi respon yang pelbagai terhadap kenyataan yang di keluarkan, namun ia sekurang-kurangnya, menggambarkan mahasiswa dari timur tengah khususnya Mesir mengambil berat akan isu ini.
Selepas kenyataan yang di keluarkan oleh PMRAM, maka pada pemikiran dan pandangan saya, saya beranggapan tentu sahaja persatuan-persatuan induk di negara timur tengah yang lain akan turut menjejak langkah bijak PMRAM.
‘Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba’…
Saya tidak pasti, adakah isu tuntutan penggunaan kalimah Allah di baca dari sudut yang mana pada front mahasiswa timur tengah yang lain. Adakah isu ini terlalu kecil bagi mereka?
Ya. Tentu sahaja ramai akan mengatakan, biar sahaja cerdik pandai agama yang membincangkannya. Biar pimpinan negara yang tentukannya. Biar kita yang di luar melihat dan memerhatikan sahaja.
Adush…tentu sahaja naïf sangat pemikiran sebegini andai wujud dan ada di dalam benak sahabat mahasiswa islam timur tengah yang lain.
Saya tahu, tentu sahaja sensitif andai saya ‘menyentuh’ persatuan-persatuan yang bergerak di negara yang lain.
Namun, sebagai ahli biasa yang bernaung di bawah persatuan besar di timur tengah, tentu sahaja diri ini ingin mendengar ‘suara’ ambil peduli dari sini dan dari tanah arab yang lain.
Risau benar, andai tanaman ‘tidak pedulisme’ menjadi kekal serta akan di warisi zaman ke zaman.
Saya yakin dan pasti, seluruh pelusuk organisasi persatuan timur tengah yang lain mempunyai ‘mauqif’ yang tersendiri berkenaan isu yang hangat di perbincangkan.
Tinggal lagi mahu mengikuti jejak seperti PMRAM sahaja.
Maka, cerita mudahnya..ikut ler..
Ringkasnya, tentu sahaja persatuan di luar sukar membaca dari sudut keadaan setempat. Maka posisi yang perlu di isi adalah bacaan dari segi ilmiah.
Walaupun ramai pimpinan politik, cendiakawan, para ustaz dan individu yang lain telah menyatakan pendirian masing-masing, namun bagi saya biarlah sekurang-kurangnya bacaan pendirian organisasi yang secara ‘overall’nya di anggotai oleh sahabat syariah, di nyatakan secara ilmiah.
Saya yakin, masyarakat di dalam negara tentu sahaja menanti persembahan seterusnya selepas PMRAM memulakan langkah.
Kerana suatu hari nanti, ‘baton’ itu akan di serahkan kepada generasi yang menanti!!
Maka biarlah persiapan itu bermula daripada sekarang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mahasiswa! ayoh kita berdiam diri~~~
Post a Comment