Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

26.6.09

GAMIS : MENCIPTA ALASAN ATAU TIDAK SETARAF?











Sebenarnya sudah tentu menjadi hak kepada Presiden GAMIS samada untuk mengambil part atau tidak dalam menyahut cabaran berdebat mengenai isu UG bersama bekas aktivis GAMIS.

Walaupun signal awal telah di berikan, bahawa beliau menyarankan agar di lupakan isu berkenaan debat dan menumpukan isu ummah terutama berkaitan dengan isu terkini iaitu selatan Thailand yang sentiasa bergolak dan berdarah.

Juga penumpuan sepenuhnya mengenai desakan mansuhkan PPSMI digandakan.

Saya bersetuju penuh dengan rasa kepedulian yang tinggi yang perlu diutamakan.

Malah itulah salah satu ciri gerakan mahasiswa yang di tuntut yang mana ia sentiasa menjadi front liner dalam mendepani isu semasa dan terkini.

Cuma saya kurang bersetuju andai perdebatan yang saya kira pada awalnya pasti di sahut oleh pihak ‘GAMIS’ di berhentikan mahupun di tangguh untuk satu tempoh yang lama.

Malah saya paling tidak bersetuju andai ia dilupakan dengan begitu sahaja!

Apa yang tidak kena andai perdebatan ini di teruskan?

Adakah ‘GAMIS’ mencipta alasan agar perkara itu tidak di teruskan?

“Saya harap isu perdebatan sesama kita dilupakan buat sementara. Pemfokusan kepada perjuangan Selatan Thai dan PPSMI adalah perlu. Saya dah minta agar jentera aktivis GAMIS turun ke medan masyarakat untuk memberikan penerangan berkaitan Selatan Thai. Kami tidak rela Selatan Thai jadi semacam Palestin,”

Atau adakah ‘GAMIS’ mengangap bahawa bekas aktivis GAMIS yang juga pembantu peribadi kepada Timbalan Presiden PAS itu tidak layak mahupun setaraf untuk berdebat dengan beliau?

“Tetapi jika saudara Mior mau juga berdebat, beliau boleh berdebat dengan orang lain. Saya tidak ada masa untuk menumpukan perkara itu sekarang,”tegas beliau.

Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan kenyataan beliau yang boleh saya sifatkan sebagai ‘kurang bertanggungjawab’.

Masakan tidak, bukankah isu mencabar untuk di buat perdebatan mengenai isu UG ini di mulakan oleh ‘GAMIS’?

Dan bukankah sewaktu isu UG yang masih hangat ketika itu, ‘GAMIS’ lah yang paling beria-ia mencabar pimpinan tertinggi PAS untuk bersemuka laksana ‘Hang Jebat amuk satu Melaka’?

Walaupun ia tidak disahut oleh tuan badan yang di cabar, namun bukankah orang yang paling rapat dengannya menyatakan kesediaan untuk berdebat secara ilmiah mengenai ‘ijtihad politik’ yang di timbulkan!

Kenapa perlu mengelak dan mencipta alasan yang pelbagai?

Bagi saya, segala kenyataan yang telah di lontarkan, seharusnya ‘GAMIS’ menanggung 100% tangungjawab mengenai kritikan ‘pedas’ serta ‘idea-idea’ gila yang pernah di ‘bomkan’ kepada PAS!

Adakah syarat yang di cadangkan oleh Abang Mior agar perdebatan yang akan di buat tidak seharusnya mewakili mana-mana ‘premis individu’ agar ia dapat di jalankan secara intektual dan penuh dengan nilai keilmuan yang tinggi membuatkan ‘GAMIS’ buntu, untuk siapakah ‘peluru-peluru’ yang bersifat peribadi harus di ‘sniperkan’?

Maaf, saya hanya mengagak sahaja.

Malah tidak terniat walau sedetik di hati untuk menyakiti mana-mana individu.

Cuma saya rasa tidak sepatutnya kenyataan sebegini dikeluarkan seolah-olah menampakkan ‘keretorikan’ serta ‘pengecut’nya GAMIS dalam beraksi.

Tahu beromong sendirian..

Saya rasa tiada salahnya andai debat ini di teruskan walaupun di peringkat tertinggi PAS ia telah di ‘simpul matikan’.

Kerana saya yakin, sebahagian mahasiswa optimis yang debat ini dijalankan bukan atas kapasiti mana-mana individu mahupun mewakili mana-mana parti.

Ia hanyalah perbincangan ilmiah yang tidak ada frasa menang atau kalah.

Walaubagaimanapun, saya yakin GAMIS bukanlah ‘budak nakal’ yang tahu mengatakan bahawa jambu Pak Mat yang di jual busuk, tapi takut untuk berdepan dengan Pak Mat untuk menyatakannya.

Tetapi GAMIS adalah ‘budak baik’ yang berani berjumpa dengan Pak Mat dan berbicara bak ‘anak dengan ayah’ seperti sebuah keluarga yang bahagia!

Itulah GAMIS yang sepatutnya!

25.6.09

ANTARA PENDENGAR TERBAIK DAN PENYAMPUK 'LAP RAPAT'!



Ada satu sifat yang bagi pandangan saya adalah benda yang istimewa yang terkadang gagal dimiliki oleh kebanyakkan kita yang mengaku sebagai seorang pendakwah.

Dan hebatnya kita juga apabila memiliki sifat tersebut bilamana orang akan mencari kita untuk bertanyakan soalan, berkongsi rahsia mahupun meluahkan perasaan tanpa berselindung dan wujud perasaan malu.

Menjadi pendengar yang terbaik!

Sewaktu saya mengambil subjek kauseling di kampus DQ, saya beruntung kerana berpeluang belajar di bawah seliaan seorang pensyarah yang mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam bidang kaunseling.

Ustaz Hamzah.

Walaupun beliau seorang yang agak ‘slow’ dari sudut ketrampilan, namun pengalaman yang begitu berharga menjadikan saya sentiasa menantikan ‘cerita baru’ yang akan di kongsi oleh beliau di dalam bilik kuliah.

Menjadi seorang pendengar yang terbaik menjadi asas yang paling penting selain asas-asas yang lain yang perlu di makrufi bagi mereka yang hendak menjadi seorang kaunselor yang terbaik.

Dan bagi saya, dengan sifat tersebutlah, Ustaz Hamzah menjadi kepercayaan kepada kalangan mereka yang meminta khidmat kaunseling daripada beliau untuk di kongsi segala permasalahan.

Dan juga dengan sikap sedemikian, beliau dapat mencipta pengalaman dalam mengenal sikap dan sifat manusia yang pelbagai!

Bila kita berdepan dengan sahabat yang setia menjadi pendengar segala permasalahan kita, saya pasti siapa pun akan seronok untuk terus berkongsi dengannya.

Walaupun terkadang, segala permasalahan yang kita hadapi bukanlah di minta respon kembali, sekadar

terima kasih kerana sudi menjadi pendengar masalah saya”.

Namun, saya terkadang kelakar malah rimas apabila berhadapan dengan ‘manusia’ yang suka menjadi ‘penyampuk lap rapat’!

Mana tidaknya, baru 10 patah perkataan yang hendak di kongsi, 50 puluh perkataan di potong dengan kelajuan ‘the flash’!

Saya kurang gemar berhadapan dengan segelintir mereka yang bersikap sedemikian.

“ waktu ana berdepan dengan situasi camtu, ana rasa tertekan sangat, ana ras….”

“ ish kalau ana la, ana terus tot tet tot tet tot tet……………….

( sampai kita tak mampu nak sambung balik )

Malah bagi saya, cukup untuk sekali saya cuba berkongsi masalah mahupun pandangan dengan mereka yang bersikap sedemikian tidak untuk seterusnya.

Saya yakin, sahabat-sahabat yang lain juga munkin juga tidak bersetuju dengan ‘golongan’ ini.

Bila kita bercakap akan perkara atau sifat dan sikap yang tidak di gemari oleh kita, ia boleh menjadi kayu pengukur yang terbaik kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai ‘Duta Agama’.

Maksud yang mudah di fahami, “ kalau tak suka berhadapan dengan mereka yang bersikap macam tu, maka kita jangan la pula buat perangai sedemikian! ”

Memang tidak di nafikan, bila seseorang bercakap, secara tidak sengaja dan lansung, mulut kita terkadang nak juga bergerak dan terkadang tak mampu di tahan lagi!

Maka terpaksa la lap rapat percakapan orang lain!

Adush!!




Agak-agaknya di mana kita?

Pendengar yang terbaik kah anda?

Atau..

Penyampuk lap rapat??

Anda mampu menjawabnya di manakah situasi anda!!

24.6.09

DEBAT INTELEKTUAL MAHASISWA : ' ABANG ' VS ' ADIK ' !


Tulisan saya berkenaan kritikan terhadap GAMIS mengundang pelbagai kembali kritikan pedas yang terpaksa saya ‘senyum’ padanya.

Saya terima segala kritikan yang di lontarkan dengan hati yang terbuka. ‘Se terbukanya’ seperti mana Presiden GAMIS tahu yang tulisan saya itu di tujukan kepadanya walaupun saya ‘terpaksa’ sandarkan kepada GAMIS itu sendiri.

Malah ada yang mengkritik saya dengan mengatakan saya cuba mencari publisiti.
Saya terima dengan hati yang terbuka.

Walaupun sebenarnya saya agak pelik, publisiti apa yang perlu saya carikan.
Saya bukan Presiden GAMIS, mahupun pimpinan gerakan tersebut.


Artis? Lagi la jauh sekali…

Tetapi, semuanya adalah muhasabah kembali kepada diri yang hina ini.

Dan kebanyakkan sahabat-sahabat yang menasihati saya berkenaan artikel tersebut menyatakan segala isu yang saya bangkitkan semuanya telah selesai dengan permohonan maaf yang di nyatakan oleh Presiden GAMIS di dalam blog beliau.

Bagi saya, apa yang telah selesai?

Beliau hanya menyatakan kesalahan beliau kerana tidak menghuraikan apa yang hendak di maksudkan berhubung ‘penghapusan’ Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Itu sahaja.

Bukan menarik kembali kenyataan yang di kontroversikan.

Malah, pelawaan debat dengan pimpinan tertinggi PAS berkenaan isu UG juga tidak di tarik balik.

Bagi saya sepatutnya segala kesalahan yang di palitkan kepada Ustaz Nasharudin selaku Timbalan Presiden PAS mengenai isu UG sebelum ini seharusnya di tarik kembali seperti mana TGNA menarik kembali segala kenyataannya terhadap terhadap Ustaz Nasharudin.

Malah kenyataan yang di lontarkan oleh ‘anak emas’ GAMIS, Presiden PMIUM agar mereka yang mendokong UG di hadapkan ke ‘Tribunal Hisbah’ juga tidak di tarik kembali akan kenyataan yang di buat.

Segala yang berkaitan UG telah di selesaikan dengan cara yang paling mahabbah oleh kepimpinan tertinggi PR.

Malah TGNA juga menarik kembali kenyataan yang pernah di buat.

Bagi GAMIS, adakah sukar untuk melafazkan kalimah maaf?

Apa pun, Abang Mior Isfandy telah menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Presiden GAMIS berhubung isu UG walaupun ia telah tamat ‘dimasa kini’.

Bagi saya, sepatutnya, itulah taraf GAMIS. Cambahkan perbincangan secara intelektual sesama ‘adik beradik’ terlebih dahulu sebelum ‘langkah bendul’.

Apa pun, ia adalah suatu perkara yang menarik!

‘ ABANG VS ADIK ‘!

Pentas mahasiswa kembali rancak!

Kedua-dua mereka saya ‘bermuamalah’ dengan bahasa ‘Abang’.

Namun bagi sruktur keluarga GAMIS, yang lama seharusnya ‘Abang’ dan yang baru seharusnya ‘Adik’.

Dan yang pasti kedua-duanya bakal menggegarkan kepimpinan tanah air suatu masa nanti!

Saya tidak sabar menanti persembahan debat kedua-dua orang tokoh mahasiswa ini.

Sama-sama kita nantikannya!

22.6.09

GAMIS : UMPAMA ANAK BERGUSI MENGAJAR AYAH BERGIGI BERCAKAP!



Sebagai permulaannya, saya rasa tidak salah andai saya juga turut menyatakan pandangan walaupun saya tahu pandangan dari budak hingusan seperti saya umpama “makan nasi, kenyang tidak terasa”.

Namun sebagai menyahut pendekatan semasa yang menyaksikan pentas mahasiswa kembali rancak dengan idealisme yang pelbagai, maka saya kira apalah salahnya andai saya juga turut bersuara secara kecil-kecilan.

Pengalaman ‘biasa-biasa’ ketika di alam kampus DQ, turut membawa saya mengenali sebuah pertubuhan yang di kenali sebagai Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia ( GAMIS ) dengan lebih dekat.

Lebih dari itu, saya juga turut berpeluang bekerja dengan GAMIS serta berkenalan dengan pimpinannya secara lebih rapat siapa mereka.

Mereka memang hebat!

Saya amat mengagumi keprofesionalan gaya gerak kerja yang di tonjolkan. Mereka juga turut di kurniakan oleh Allah dengan berbakul-bakul idealisme yang pelbagai dan sentiasa ‘baru’.

Dan ketika ini, amanah terus di berikan kepada kepimpinan GAMIS yang lepas bagi membawa GAMIS ke pentas mahasiswa yang lebih gemilang setaraf gerakan KAMMI di Indonesia.

Maka tidak hairanlah, dewasa ini GAMIS sentiasa melontarkan idea-idea yang sentiasa menggegarkan pemikiran mahasiswa dan tidak terlepas politik tanah air sendiri terutama PAS.

Kerdil rasanya untuk saya cuba melontarkan pandangan mengenai apa yang di timbulkan oleh GAMIS itu sendiri.

Namun, apabila saya terbaca artikel yang di tulis oleh Presiden GAMIS berkenaan minatnya terhadap mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang kritikal, maka saya rasa apa salahnya andai saya ‘mengkritikalkan’ pandangan saya berkenaan idea-idea GAMIS yang saya rasakan bukan lagi bersifat kritikal, tetapi ‘sudah terlampau kronik’!

Masakan tidak saya mengatakan sedemikian rupa, bilamana GAMIS melontarkan cadangan ‘gila’ dengan menyarankan agar Dewan Ulama’ PAS di ‘hapuskan’ dan membuat kritikan yang hebat bilamana usul untuk mengharamkan SIS yang di usulkan oleh PAS kawasan Shah Alam di terima tanpa bahas.

Dan akhirnya, bilamana di tegur oleh Abang Mior Isfandy ( bekas aktivis GAMIS ) GAMIS kemudian membuat permohonan maaf dan menjelaskan apa yang cuba mereka cadang dan bawakan.

Sebenarnya saya hairan, kenapa di permulaan ketika mana ‘idea gila’ tersebut di lontarkan, tidak di selidiki terlebih dahulu dan dinyatakan secara terang-terangan akan apa yang hendak di maksudkan.

Bukankah idea tersebut mengundang kekeliruan kepada ahli-ahli bawahan di seluruh kampus di tanah air dengan apa yang telah di cetuskan.

Dengan menjelaskan agar Dewan Ulama’ PAS di ganti dengan nama yang lain membuatkan sekali lagi saya pelik dan hairan.

Ada apa kesalahan andai dewan tersebut di sandarkan kepada kalimah yang hebat iaitu ‘Ulama’ yang mana kalimah tersebut juga di sebut oleh Allah di dalam al-Quran.

Apa yang tidak kenanya dengan kalimah tersebut?

Saya rasa perkara ini timbul kerana berlakunya persaingan dalam merebut jawatan timbalan presiden PAS yang menyaksikan bertembungnya blok ulama’ dan profesional seperti apa yang di gembar gemburkan.

Dan ia timbul lagi bilamana secara terang-terangan Presiden Gamis menyatakan sokongan beliau terhadap Datuk Hussam.

Bukankah ini adalah satu lontaran yang bersifat berat sebelah?

Jauh daripada itu lagi, adakah ini adalah adab yang sepatutnya di tonjolkan oleh gerakan mahasiswa yang mendakwa mereka adalah gerakan dakwah mahasiswa di tanah air?

GAMIS juga menempelak PAS kerana menyifatkan seharusnya PAS menjadi gerakan dakwah bukan gerakan yang bersifat menghukum dalam isu yang berkaitan dengan SIS yang di timbulkan dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Ketua dakwah GAMIS juga turut menyatakan kekesalan akan sikap PAS dalam isu SIS ini dengan menyatakan PAS gagal melahirkan ‘Ahmad Deedat’ dalam mendepani gerakan faminisme ini.

Pada saya, GAMIS itu sendiri yang perlu di persalahkan. Mereka yang sepatutnya mendepani golongan seperti SIS itu sendiri serta melahirkan kader-kader mahasiswa yang hebat bagi mematahkan hujjah-hujjah golongan faminisme tersebut.

Bukan sekadar pandai menunding jari dan mencipta provokasi dan kontroversi!

Lebih hebat takkala ini bilamana GAMIS menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS pusat berkenaan isu UG yang hangat dewasa ini.

Pada saya, orang yang sepatutnya mereka cabar untuk berdebat adalah presiden PAS sendiri yang mana beliau sendiri yang mencadangkan idea UG, bukan kedua-dua tokoh tersebut!

Malah tidak salah andai saya katakan, kenapa begitu sombong dan ego GAMIS mencabar kedua-dua orang tokoh tersebut untuk berdebat secara terbuka bukan dengan secara berbincang dan bertanya dengan penuh tatasusila sebagai gerakan mahasiswa yang mendakwa diri mereka gerakan dakwah!

Apakah GAMIS hendak mencipta politik murahan dengan sengaja melontarkan idea-idea yang ‘boom’ bagi menyatakan kepada orang ramai terutama kepada golongan mahasiswa bahawa ‘ jangan bermain api dengan GAMIS ’?

Apakah budak yang baru tumbuh gusi mengira dengan mereka sudah pandai berkata, maka si ayah perlu di ajar untuk bercakap dengan betul?

Dan sehingga tulisan ini di tulis, isu yang berkaitan UG dan kenyataan kontroversi yang di cetuskan oleh TGNA terhadap Ustaz Nasharudin telah selesai dengan suasana yang penuh mahabbah.

Maka, apakah tindakan GAMIS untuk terus mendabik dada dengan terus mendesak agar di adakan EGM dan mendesak pemilihan timbalan presiden PAS di adakan semula?

Saya tidak sabar menunggu kenyataan daripada gerakan mahasiswa yang hebat ini!

Bagi saya, saya berpandangan adalah lebih baik GAMIS menumpukan gerak kerja mereka kepada kerja-kerja yang bersifat dakwah dan islah secara total tanpa menyisihkan siasah kampus yang menjadi tunjang gerakan tersebut.

Bukankah terlalu banyak untuk di senaraikan!



Bukan meniru PKPIM mahupun ISMA, tapi itulah hakikat sebenar yang saya nampak andai GAMIS terus menerus mencipta polemik seperti sekarang ini, lama kelamaan mereka yang baru hendak berjinak mengenali GAMIS akan menjauhkan diri kerana menyifatkan GAMIS hanya pandai berpolitik dan bercakap sahaja, tetapi segalanya kosong dan ‘hampeh’!

Kerja dakwah cukup banyak. Sepatutnya GAMIS lah yang mendahului gerakan mahasiswa yang lain seperti PKPIM dan ISMA dalam mendepani masalah-masalah sosial yang semakin kronik dan membimbangkan.

Mungkin ada di kalangan pendokong GAMIS akan menyatakan, bahawa mereka juga menggalas dan membuat gerak kerja yang bersifat dakwah dan islah, tapi tidak di tonjolkan.

Pada saya, andai kontroversi yang bersifat politik ini boleh di tonjolkan, mengapa tidak gerak kerja dakwah dan islah tidak di pamerkan dan di promote besar-besaran?

Itu yang sepatutnya!

Malah saya pernah berbual dengan aktivis GAMIS yang mengeluh kerana sukarnya membuat program di sebabkan sukarnya mendapat ajk yang boleh memberi komitmen sepenuhnya.

Adakah GAMIS tidak nampak bahawasanya tugas mereka juga untuk mencipta pelapis bermula dari sekolah menengah lagi?

Mereka yang sepatutnya menguasai sekolah-sekolah menengah dengan menjadikan setiap kampus yang di kawasannya mempunyai sekolah menengah sebagai ‘anak angkat kampus’ masing-masing.

Saya yakin, andai kerja ini di laksanakan secara terus menerus dan penuh kesabaran serta penuh komited, 2 atau 3 tahun akan datang GAMIS tidak akan ketandusan pemimpin mahupun ahli serta penyokongnya di kalangan mahasiswa di dalam mahupun di luar.

Memang akan ada orang berkata, ‘ senang la bercakap ‘, dan saya nyatakan di sini memang mudahpun untuk bercakap, semudah GAMIS mencadangkan ‘di hapuskan dewan ulama’ PAS, PAS gagal melahirkan Ahmad Deedat untuk mendepani golongan SIS, mendesak di adakan pemilihan semula timbalan presiden PAS serta di ajak berdebat dengan pimpinan tertinggi PAS, bukankah GAMIS juga mudah mengeluarkan kenyataan walaupun pada hakikatnya mereka tahu ia satu benda susah untuk di laksanakan?

Maka GAMIS seharusnya bermuhasabah dan kembali ‘cek’ diri sendiri, dari awal permulaan penubuhannya sehingga kini, setakat mana sumbangan mereka terhadap masyarakat terutama mahasiswa itu sendiri.

Andai tidak, saya bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Perak, bahawa GAMIS itu sendiri yang sepatutnya ‘di hapuskan’ kerana gagal berfungsi dengan sebaik yang mungkin!

‘Maka, bila sudah pandai berjalan, usah melihat orang lain yang jatuh, tidak pandai berlari !’

20.6.09

LUAHAN HATI BUAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG


Dipetik dari Tranungkite.

Dihantar oleh Rusly_Islam.

Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum warahmatullahi Wabarakaatuh

Saat saya menulis untuk meluahkan hati tika ini, saya tidak tahu Tuan Guru berada dimana. Tapi, jauh disudut hati saya tetap berkata Tuan Guru akan membaca surat terbuka ini kerana saya tahu Tuan Guru adalah seorang yang rajin membaca dan sensitif dengan perkembangan Harakah Daily.

Jadi, saya utuskan surat terbuka ini selepas saya hiba dengan keadaan PAS pada hari ini.

Tuan Guru yang dihormati,


Saya anak muda yang berada dalam PAS untuk memperjuangkan Islam. Dari sekolah menengah saya mengenali PAS. Saya kenal bukan melalui usrah. Saya kenal bukan melalui pimpinan PAS.

Tapi, saya kenal PAS ketika saya bergembira menaiki lori menggantung bendera PAS ditiang-tiang lampu dan pokok-pokok. Saya meminati PAS selepas saya diminta membawa uncang-uncang duit untuk memungut derma ketika ceramah PAS berdekatan dengan sekolah saya.

Ma’ahad saya uzur. Pelajar-pelajarnya pada waktu itu tidaklah sebijak rakan-rakan lain yang berada di SMKA, Sekolah Agama Kerajaan Negeri mahupun di Kolej Islam.

Tapi, bila saya kenang sekolah itu, saya yakin di tanah itulah Allah memberkati orang-orang yang menuntut ilmu keranaNya. Disitulah Almarhum Abu Bakar Al-Baqir berpangkalan untuk memperjuangkan Islam.

Sehinggalah saya berazam mengiltizamkan diri dengan perjuangan yang suci ini ketika saya di bangku universiti. Hari ini pun saya masih lagi belajar memahami dan bekerja untuk memaknakan perjuangan Islam ini.

Ketika Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 baru-baru ini, saya telah membeli sebuah buku yang dikarang oleh Riduan Md Nor. Buku mengenai kisah hidup Tuan Guru. Saya ralit membaca buku itu kerana saya berasa tenang dengan peribadi dan ketokohan Tuan Guru seperti yang digambarkan.

Saya turut mengikuti Ucapan Dasar Presiden selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-55 malah saya baca berulang-ulang kali untuk menjiwai intipati ucapan itu. Apa yang saya dapat rumuskan ialah hanya Islam yang akan menyelesaikan masalah manusia terutamanya di Malaysia ini.

Tidak ada walau satu masalah pun yang tidak boleh ditangani oleh Islam sebagai agama Allah. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini. Saya yakin!
Sebelum muktamar hati saya sedih melihat pimpinan PAS. Saya tidak mahu ceritakan mengapa saya sedih sebab saya tidak tahu siapa yang paling benar pada percakapannya.

Tetapi, semuanya ini berlaku kerana ungkapan Tuan Guru mengenai Kerajaan Perpaduan. Sebahagian pimpinan mengatakan Tuan Guru tidak cerdik politik. Sebilangan yang lain menegaskan Tuan Guru berjiwa besar bak Sang Negarawan. Hanya Allah Maha Mengetahui hati-hati mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah ini.

Media pula menggembar-gemburkan pelbagai isu yang keluar dari setiap bibir pimpinan PAS. Bukan sekadar media perdana, bahkan media alternatif. Sehinggakan yang tulen menjadi kabur, terang berubah gelap.

Tuan Guru yang disegani,

Saya yakin ramai lagi ahli seperti saya gundah melihat perkembangan ini. Tambahan lagi, apabila pandangan Tuan Guru Nik Aziz sering bercanggah dengan Tuan Guru. Bahkan, media melaporkan Tuan Guru Nik Aziz sebut boneka UMNO dalam PAS yang ingin menjual Parti Islam ini kepada Parti Nasionalis. Sedih. Saya benar-benar sedih. Benarkah ada orang-orang ini dalam parti yang mulia ini?

Saya percaya Tuan Guru sudah menerangkan berkali-kali mengenai Kerajaan Perpaduan. Hari ini, saya membaca tulisan Wan Abdul Rahman, Pengarah Penyelidikan PAS mengenai idea politik tersebut. Segar hati saya. Apa yang saya faham adalah Kerajaan Perpaduan bukan tahalluf siyasi antara PAS dan UMNO.

Tetapi, PAS membuka pintu rundingan dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan krisis politik, ekonomi dan kebejatan rakyat yang melanda negara. PAS mahu mengajak UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah kerajaan asalkan meletakkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai tunjang. Mesti Islam sebagai asas pembentukan.


Tuan Guru Yang Dikasihi,

Saya merayu pada Tuan Guru, bertemu matalah dengan Tuan Guru Nik Aziz. Saya tahu Tuan Guru seorang yang setia. Malah, apa yang saya dengar, Tuan Guru akan berpeluk dan mencium dahi Tuan Guru Nik Aziz bila bertemu. Bermuqabalah dan bermuzakarahlah dengan beliau. Saya sendiri melahirkan rasa terkilan apabila kenyataan beliau terlalu keras seperti pemimpin yang tidak pernah maklum mengenai Kerajaan Perpaduan.

Hanya Tuan Guru yang boleh menasihatinya. Leraikanlah kekusutan beliau. Saya mohon sebagai pemimpin yang besar jiwanya, bertemulah dengan Dato’ Husam Musa. Bincanglah dengan dia mengenai perkara ini dan dapatkanlah kata sepakat.

Walaupun beliau adalah AJK PAS Pusat, sebagai pemimpin yang dihormati, Tuan Guru akan terus bersemuka untuk menyelesaikan polemik bersama. Itu adalah cara yang terbaik untuk seorang AJK menghargai dan memahami siapa sebenar dirinya.

Saya juga berharap kepada Tuan Guru untuk memanggil semua komponen parti Pakatan Rakyat. Beritahulah kepada mereka bahawa Kerajaan Perpaduan ini bukan perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO. Saya benar-benar memahami bahawa PAS tidak akan mengkhianati persahabatan ini meskipun mereka seringkali membuat PAS sedih.

Tuan Guru kena buktikan bahawa betapa mulianya sifat pemaaf dan ibrah disebalik Sahifah Madinah. Saya yakin Tuan Guru seorang perunding politik yang hebat. Tuan Guru berilah nasihat yang lembut kepada pemimpin UMNO, MCA dan MIC bahawa Kerajaan Perpaduan bukan antara PAS dan UMNO sahaja.

PAS akan berbincang dengan sesiapa sahaja untuk memulihkan negara walaupun dengan parti politik yang kecil. Inilah jiwa Tuan Guru yang besar tetapi seringkali disalahertikan dengan propaganda musuh.


Tuan Guru Yang Dimuliakan Allah,


Seringkali saya berfikir bahawa Tuan Guru sentiasa bermunajat kepada Allah untuk memandu diri dalam setiap saat. Saya kagum dengan kenyataan Tuan Guru ketika meletakkan YB Abdul Wahid Endut sebagai calon di Kuala Terengganu meskipun ramai berpendapat pemimpin-pemimpin yang lain adalah lebih layak.

Kenyataan Tuan Guru melegakan hati apabila Tuan Guru menyebut bahawa ini adalah ilham dari Allah. Saya juga berpendapat begitu. Walaupun idea Kerajaan Perpaduan ini dicemuh, diremeh malah dipertikai oleh sebahagian yang lain, namun Tuan Guru teruskan niat yang mulia ini.

Hati kecil saya sentiasa beringat bahawa Tuan Guru mendapat petunjuk dan ilham dari Allah. Sudah pasti petunjuk Allah itu benar walaupun ujiannya berat dan pedih. Tuan Guru, idea revolusi itu selalunya lewat untuk dicernakan. Mungkin Tuan Guru akan meninggalkan idea ini dalam legasi politik PAS dan Malaysia.

Tidak mustahil ia akan diungkap kembali dari generasi kepimpinan PAS yang lain dan pada waktu itulah gagasan politik ini akan menjadi satu realiti yang sangat mahal harganya. Inilah hikmatullah yang mulia. Hanya optimis dan positif melatari perjuangan Islam ini.


Tuan Guru Yang Dikagumi,


Saya hanya aktivis PAS yang menghiasi persada perjuangan ini. Tuan Guru adalah inspirasinya. Saya memohon maaf andaikata surat terbuka ini tidak memberikan apa-apa makna buat semua.

Tapi inilah rayuan saya.

Inilah luahan saya setelah beberapa kali menangis dihadapan Allah. Tidak ada apa-apa yang saya ingin lafazkan lagi melainkan saya mencintai Tuan Guru kerana Allah Ta’ala. Saya berbai’ah dengan Allah dan Rasul serta Tuan Guru bahawa saya mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam yang mulia ini.

Doakanlah saya agar tsabat dan istiqamah hingga syahid bertemu Rabbul ‘Izzati.
Maafkan saya Tuan Guru. Maafkan saya. Moga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada Sang Murabbi yang saya cintai. Ya Allah, bantulah kami.

Ahmad Fawwaz bin Abdul Aziz

KENYATAAN BODOH MP PAS!


Saya cuba mencari di manakah relevannya 10 MP PAS yang membuat kenyataan menerusi sidang media yang di adakan di lobi Parlimen, tapi saya masih bingung kerana apakah tujuan kebanyakkan ahli parlimen yang bergelar ‘Dr-Dr’ tersebut berbuat demikian.

Politik Murahan?

Serangan Psikologi terhadap Presiden dan Timbalan Presiden PAS?

Wala’ 2 serangkai?

Keliru saya dengan gelagat ‘hebatnya’ mereka cuba mempertahankan ‘kedaulatan’ PAS. Dan saya turut yakin, ramai juga ahli-ahli yang akan bertambah sesat jalan dalam mencari ‘jalan pulang’ dalam masalah yang semakin kronik membelengu politik PAS.

Saya kira 10 orang MP PAS yang ‘bersilat’ dalam sidang media tersebut umpama ‘makmun mendahului imam’ dan ‘mengeruhkan’ air yang sudah maklum akan kekeruhannya!

Kenapa mereka beria sangat membuat kenyataan media? Apakah hak mereka membuat kenyataan secara terbuka yang sendiri memalukan PAS secara jelasnya!

Saya seronok bilamana sidang media yang di ketuai oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyatakan mereka mewakili keseluruhan ahli parlimen PAS dalam menentang sebarang pembentukkan ‘Kerajaan Persekutuan’ mahupun ‘Unity Government’.

Lawak apa yang mereka buat, saya pun tidak pasti!

Apakah mereka kira rakyat mahupun ahli bodoh dalam mengira bilangan MP PAS di Parlimen?

Atau adakah mereka kira mereka juga turut mewakili suara Presiden dan Timbalan Presiden yang kedua-duanya juga adalah Ahli Parlimen PAS?

Atau adakah mereka yang kebanyakkan ahli JIM seumur hidup sudah tidak sabar mengambil tampuk kepimpinan tertinggi PAS dengan memalukan pimpinan tertinggi sedemikian rupa terlebih dahulu?

Licik benar ‘pepijat yang menghisap darah’ dalam Jemaah ini!

Saya kira silap benar TGHH melantik Dr Hatta kembali menjawat jawatan Bendahari PAS Pusat.

Juga tersilap kira dan langkah bilamana melantik mereka yang kalah dalam pemilihan yang lepas dalam AJK PAS Pusat!

Saya tidak mendendami JIM. Apatah lagi membencinya. Kerana mereka juga badan dakwah yang hebat dan kritikal pemikiran ahlinya.

Cuma saya ‘kurang suka’ akan sikap dan ‘wala serampang dua’ yang mereka tonjolkan.

Mereka boleh memperbodohkan ahli yang tidak tahu sejarah, tapi tidak pada mereka yang cukup kenal akan seni sejarah yang pernah mereka ukirkan lewat era 80 an.

Kita tengok apakah langkah yang bakal mereka aturkan lagi dalam mencapai cita-cita jemaah mereka yang ‘menumpang badan’ dan ‘tuah’ pada PAS.

Sama-sama kita nantikan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...