Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

26.1.10

Adab & Akhlak : tongkan keduanya bersama sampah!!


Ayah saya seorang bekas tentera. Displin, akhlak dan adab amat beliau tekankan kepada anak-anaknya. Setakat rotan, kami adik beradik dah jemu menjamahnya. Pemikiran budak dulu, tentunya sedih gambaran perasaan ketika itu.

Hakikatnya, hasil dapat kami lihat ketika sesi umur meningkat setahun ke setahun.

Melangkah pula ke sekolah agama rakyat menambah lagi asas yang telah di pupuk sekian lama. Ketika zaman saya bersekolah, mudir memang seorang yang ‘cenge’.

Ustaz-ustaz pula, kalau tak dapat hafal matan, Quran, atau sebagainya, mahunya berderai jantung, terkejut akibat meja di tepuk dengan kuat.

Lambat masuk kelas, lambat pergi solat, bising di dalam asrama ketika tetamu ada, segalanya ada habuan yang menanti.

Waktu itu, pemikiran saya sudah di asah kearah kematangan. Saya tahu dan cuba mengerti, segalanya mahu ditekankan tentang adab dan akhlak.

Untungnya saya, di kawasan sekolah tinggal seorang tok guru yang cukup lama bergelumang dengan dunia agama, masyarakat dan politik. Ilmunya yang cukup tinggi serta tawadhu orangnya membuatkan masyarakat setempat segan dan ‘malu alah’ dengan beliau.

Malah saya tidak melepaskan peluang untuk menuntut ilmu yang pelbagai dengannya. Tambahan yang lain, saya juga belajar bagaimana untuk bercakap, memberi pandangan serta menjadi pendengar yang terbaik ketika beliau dan tetamu yang lain berdiskusi.

Zaman berganti. Cuaca kampong dan aliran pondok bertukar wajah. Saya melangkah ke alam dan dunia mahasiswa yang lebih luas.

Awal lagi kami sudah di tekankan dengan adab dan akhlak di minggu haluan siswa. Pandangan yang bersifat emosi dan keterlaluan, cara yang ego dan angkuh di jatuhkan selama seminggu. Dibentuk, di bina dan di tunjuk laluan yang betul.

Manfaat serta didikan tarbiah itu, saya kekalkan sehingga Allah lemparkan ke bumi orang lain untuk di buat bekalan yang cukup berharga.

Peluang berada di dua tanah Syam iaitu Syria ( sebentar sahaja ) dan Jordan ( kini ) menjadikan saya bertambah insaf dan ‘beriman’, peri pentingnya adab dan akhlak dalam membina tamadun manusia yang hebat.

Cukup sahaja untuk melahirkan kagum yang tiada tandingannya terhadap Rasulullah. Baginda yang di utus dan dibangkitkan kepada suatu generasi dan kaum yang lari jauh dari protokol tamadun, akhirnya dapat membina ummat yang gemilang dalam lipatan sejarah yang termasyhur.

Terkadang umum lupa dan terbias sebentar. Prolog perjalanan seorang Rasul bernama Muhammad, bukan di mulakan dengan siasah. Bukan juga dengan fekah dan sebagainya.

Ia di mulakan dengan terapan Tauhid di samping melahirkan generasi ummat yang dahulunya berwajah ‘syaitan’ kepada mereka yang lebih beradab dan berakhlak.

Agungnya cerita adab dan akhlak ini sehingga dapat di singkap dalam novel sirah akan pergaulan di antara para sahabat dan Kekasih mereka, Rasulullah saw.

Dunia mana yang tidak tahu peranan Muhammad dalam membina peradaban di muka bumi ini. Sudut mana yang masih tidak fasih dalam menukilkan Muhammad seorang pemimpin yang teragung.

Hebatnya Muhammad sehingga dapat melahirkan generasi sahabat yang dapat memberikan buah fikiran dalam pelbagai siri peperangan yang masyhur dalam Islam.

Malah beradab dan berakhlaknya para sahabat, sehingga memulakan tutur bicara dengan selembut yang mungkin.

“Wahai Rasulullah, adakah ini wahyu atau sekadar pandangan Mu”.

Bakulkan sampah ‘Adab dan Akhlak’ andai keduanya menyusahkan!!

Tsunami politik yang melanda negara membuatkan parti politik mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Lumrah alam, mereka yang selalu berada di atas kemudian tersungkur di bawah, mengambil ia sebagai suatu pengajaran yang tiada terperi sepanjang kehidupan yang bakal dan akan di lalui.

Namun, usah di lupakan. Mereka yang terbiasa ‘miskin’ kemudian menjadi ‘kaya’, terkadang menjadi ‘Qarun’ sehingga lupa diri dan asal usul.

Hilang sudah nilai perjuangan Islam yang selama ini di laungkan. Tarbiah yang menjadi asas kekuatan, seakan larut dengan ‘culture shock’ yang di timpa.

Nilai kemenangan yang sedikit, membuak menjadi-jadi sehingga melahirkan drama 16 september dan sebagainya.

Sedih dan pilu terasa. Adab, displin, akhlak yang sedari dulu di tekan, di jahit, di bajai, hampir-hampir terburai dengan kehendak yang melampaui perjuangan yang di dokong.

Mana yang tidak serasi, semuanya di bantai habis-habisan. Label dan tuduhan di cipta bagi merealisasikan impian tercapai secepat mungkin.

Samada engkau presiden, timbalan presiden, ketua ulama’, ketua pemuda, semua habis di sapu.
Sekali nampak bagai merugikan kemenagan yang cepat ( kononya )….“aku tak kira siapa, semua aku sapu!!”

Sebab itu ingin saya cadangkan, sampahkan sahaja elemen adab dan akhlak dalam ‘tong taik’! Segalanya menyusahkan!!melembab dan melambatkan kemenangan!!

Kalau nampak sesiapa yang bercakap sebarangan, yang menyusun strategi yang bukan-bukan di belakang tabir, hentam mereka habis-habisan dalam blog!!

Nak-nak lagi kalau blog yang ‘famoust’ dan mencapai rating yang tinggi. Lagi pedas, lagi kasar, lagi ‘gedebe’, lagi bagus!!

Persetankan sahaja adab dan akhlak!! Kerana dengan eleman inilah, mengongkong pemikiran dan keintelektualan manusia!

Tak kira ulama’ ke, orang lama ke, jawatan tertinggi ke, semua akan di langgar!!

Adab dan akhlak bicara yang terkebelakang...Zaman nabi lain, zaman kita lain..jangan salah ‘parking’!!

Adab + Akhlak = kalau menyusahkan, tongkan bersama sampah!!

5 comments:

Anonymous said...

Salam..

ana silap paham ke entry ni?
apa yang ana dapat ialah kita x perlu jaga adab..itu ke yg camar putih cube sampaikan?

btw, ana suke entry aduka tu..akhir zaman mmg terlalu byak fitnah

Muhammad Hilmi bin Mohd Hamdan said...

sajujurnya ana confius.. permulaan entri enta menekankan aspek akhlak &adab, pengakhirannya enta ckp bakulsampahkan mereka... adakah ini satu sindiran pada mereka yang tidak beradab@ mmg adab sudah tak penting di zaman skrang @ macammana?? mgkn ana trlalu lembap untuk faham maksud tersirat enta....

anyway, u're the best. keep on writing.. entri yg menarik stp kali update. doa2lah utk kam i di uiam ni. Doa huffaz & bakal ulama insyaAllah mustajab..:)

uminas said...

Entry ni ana baca lebih dari skali. Cuba memahami apa yang tersirat. Mungkin tuan rumah cuba berbahasa sinis tapi ayat enta...

"Adab dan akhlak bicara yang terkebelakang...Zaman nabi lain, zaman kita lain..jangan salah‘parking’!!

Mengelirukan..

zikrullah said...

entry yg amat baik untuk shoot mereke2 yg mengenepikan adab & akhlak dalam saff perjuangan.. hancurlah gerakan lumpuhlah dakwah jika adab & akhlak diabaikan..

Anonymous said...

salam..saya rs pembc yg lain mungkin xkenal akan penulis blog ni scr mendlm..dia mmg suka berkias dan berbhs sinis dan sindir,tp menusuk kalbu!!huhu..Jelas dan terng pe yg nak d sampaikan.
Jika d bc skali, saya rs tentu siape pun penng, dan sy pon mmg pening!tp kalau tgk, CP kata dia sedih dan pilu sebab ramai yg pinggirkan adab dan akhlak, sbb nak kejar kemenngan, yg nak nak kejar kemenngan dah xkire siapa,prsedn ke@org lain sumer d balun, d kutuk, d krtik dlm blog, so dia cdgkan xpyh amik kira ler psl adab dan akhlk kalu kemenngan dah jd hadaf utama!
sy rs iyu kot yg dia nak smpaikan..
ttg 'Adab dan akhlak bicara yang terkebelakang...Zaman nabi lain, zaman kita lain..jangan salah‘parking’!! tu sy rs, dia nak gtaw, kalu dah kemenngn tu jd hadaf utm, tntulah mrk akn gnkan hujjah yg pelbgai utk menghalalkan cr diorg..hurmm..
kenai sgt ler aku ngn awis ni!!
btul x awis penerangn aku ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...