Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

11.1.12

ARTIKEL PANAS LAGI DARI BLOG 'SELAMATKAN PAS' : SELAMATKAN PRESIDEN PAS!!


Setelah Dr. Hassan Ali dilanyak selumai-lumainya, kini giliran Presiden pula untuk diheret sekali. Lihatlah peranan parasit yang bertugas di Malaysiakini di dalam artikel: "Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS" yang memetik laporan Penarik Beca, si pelapik batu di bawah dahi ketika solat yang menyebut: "Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan."



Seperti yang pernah saya sebutkan, sememangnya Dr.Hassan Ali ada kelemahan sebagaimana semua orang ada kelemahan. Tetapi kelemahan ini dijadikan 'target point' untuk melanyaknya selumat-lumatnya. Sebab itu di dalam Malaysiakini kita dapat melihat antara poin besar yang diketengahkan ialah pemecatan itu berlaku disebabkan oleh Presiden walhal majoriti besar mesyuarat AJK Pusat tidak bersetuju, bahkan mereka berpandangan cukup dengan digantung sahaja. Tetapi keputusan dilihat sebagai veto daripada Presiden.

Apapun, tulisan Malaysiakini, penarik beca dan cakap-cakap bawahan sudah mula menalakan muncung senjata mereka kepada Presiden. Inilah masa terbaik bagi parasit untuk menconteng imej Presiden. Lanyak Dr. Hassan, kenakan Presiden.

Lidah Parasit: bakaq syiah





APA SEBENARNYA BERLAKU?
Versi yang diceritakan oleh Penarik Beca adalah versi separtuh daripada full version (versi penuh). Saya melihat, Presiden diperangkap dengan bijak oleh golongan Parasit ini sehinggakan Presiden membuat keputusan memecat DrHA.

Bagaimana Presiden diperangkap adalah sesuatu yang sebenarnya menjadikan saya menarik balik artikel saya bertajuk: "Hassan Ali DiPecat: Semua Ahli Mestilah Akur - Parasit berpesta."Sukar dan panjang untuk menceritakan Presiden yang memutuskan untuk memecat Dr. Hassan dan perangkap Parasit disebalik itu. Justeru itu saya hanya monitor sahaja perkembangan blogger-blogger parasit khususnya Penarik Beca dan Tulang Besi. Tetapi apabila saya melihat isu ini cuba dibawa ke padang awam melalui ulasan di Malaysiakini, maka saya rasa penting untuk saya ceritakan hakikat di sebalik itu yang tidak diceritakan oleh feeders (parasit penyalur maklumat kepada blogger dan media).

Sebenarnya, usul pemecatan ini awalnya di bawa oleh Salahuddin Ayub, antara runner yang menjayakan projek ini. Pada awal paginya berlaku pertemuan 8 mata (4 orang) antara beliau, Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden dan seorang lagi yang saya rasa tak mahu menyebut dahulu namanya. Pertemuan itu dibuat di tingkat 5, bilik besar bersetentang dengan 3 bilik naib-naib Presiden. Dari sini, Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden diyakinkan bahawa tiada jalan lain melainkan DrHA mesti dipecat berdasarkan Fasal 82(9) yang membuka ruang kepada pemecatan Dr. Hassan.

Daripada briefing ini yang menjadikan kedua-dua Tuan Guru ini merasakan DrHA perlu dipecat, tiada tolak ansur. Dalam mesyuarat tersebut, ramai parasit berlakon konon-kononnya mereka tak bersetuju dengan cadangan Salahudin. Apabila hampir kesemuanya sepakat untuk menggantungkan DrHA, Presiden membacakan satu persatu Fasal 82(9) dan akhirnya Presiden menyuarakan 'pandangan' untuk DrHA dipecat (bersetuju usul Salahuddin Ayub).

Akhirnya semua terdiam dengan 'pandangan' yang kelihatan tegas ini sehingga Ustaz Abu Bakar Cik bertakbir kecil. Beliau bertakbir kecil bukan kerana menyokong tetapi terkasima melihat Presiden bertegas dengan golongan Parasit yang zahirnya kelihatan mahu menggantung, bukan memecat. Akhirnya tanpa disedari, semua kena 'trap' kerana golongan parasit mengambil pendekatan itu bagi memperlihatkan mereka 'bersih' dan Presidenlah orang yang bertanggungjawab memecat, bukan mereka. Ini adalah Plan A mereka.


TG yang dicintai akan jadi mangsa selanjutnya
Menurut 'perisik' dalaman saya yang menjadi geng di dalam team Parasit, jika plan A ini gagal, maka plan B akan berjalan. Plan B ialah, jika the worst case scenario berlaku, iaitu ramai di dalam AJK Pusat tidak menyokong pandangan Presiden untuk memecat, maka mereka akan menukar 'mode' mesyuarat dengan menimbulkan evidence-evidence / bukti-bukti yang boleh menyokong usul Salahuddin, dan undian selepasnya semua parasit dan tunggangan parasit akan menyokong usul pemecatan, bukan penggantungan. Apabila mereka menyokong usul pemecatan, maka mereka boleh menang kerana bilangan parasit dan tunggangan mereka adalah majoriti.

Bila Plan A berjaya, ia boleh membawa kepada tembakan, asakan dan hentaman DrHA terhadap Presiden akan berlaku apabila beliau mengetahui Presiden mengepalai pemecatan itu. Itulah sikap agreesif DrHA yang mereka nanti-nantikan. Jika sekarang, DrHA banyak menembak, menghentam dan mengutuk Dato Seri Anwar Ibrahim, maka dengan tersebarnya berita Presiden mengepalai pemecata mudah-mudahan DrHA akan menalakan machine-gunnya kepada Presiden.

Apabila semua AJK anti parasit terkasima, semua AJK parasit dan tunggangan mereka melihat Plan A berjalan baik dan tidak perlu kepada Plan B dan Presiden serta Mursyidul Am (kehadiran pada waktu itu atas nama PJ Kelantan) melihat semua terdiam dengan anggapan bahawa semua bersetuju dengan pandangan Presiden, akhirnya mesyuarat memutuskan pemecatan DrHA secara rasminya.

Itulah liciknya parasit.

Pada peringkat awal, sekalipun saya tahu penglibatan YB Salahuddin dengan kumpulan Parasit ini seperti memberikan sumbangan wang dan dana peribadi kepada missionarry Parasit seperti Zainul faqar dan lain-lain ketika melakukan 'black job'. Saya langung tidak berhasrat untuk melibatkan nama YB Salahuddin dalam mana-mana episod penulisan saya yagn lepas, yang terkini dan yang akan datang memandangkan beliau tidak mempublickan sifat parasitnya, tidak sebagaimana Dr. Zul yang terlalu lantang menolakan pendekatan negara Islam, hudud dan sebagainya, pendekatan YB Dr. Mujahid yang lantang memburukkan imej PAS melalui bukunya "menuju PAS baru" serta fikrah "tak perlu ulama yang memimpin" dan sebagainya.
Sekalipun saya mempunyai maklumat dan bukti penglibatan YB Salahuddin, tetapi saya masih reserve untuk mengkategorikannya sebagai parasit sekalipun indicator sebanyak 75% dia terlibat dengan aktiviti parasit. Kebarangkalian beliau berbuat demikian kerana menjaga survival politiknya atau dia bersifat opportunist atau dia sendiri ditunggang tanpa disedari atau beberapa takwilan yang lain. Kebarangkalian ini menjadikan saya masih 'reserve' untuk mengkategorikan demikian. Jika saya masih 'reserve', anda semua juga mesti 'reserve'.

Nota: Sekali lagi parasit dalaman menyalurkan maklumat mesyuarat kepada Penarik Beca. Siapa dia? Saya tahu tapi anda tak tahu. :D.

14 comments:

Anonymous said...

Laa.Yang kamu ambil tulisan Hafiz Nordin ni pasai apa? Kat Penang dah tak laku dah.

hussin said...

boleh cerita pasal ug tak, nampak penulis tahu banyak cerita.

kenapa isu ug berlaku sekejap tutup sekajap buka sehingga tak boleh ditutup?

betulkah melayu akan hilang kuasa seperti yang dibimbangi haron din?

siapa yang kata kalimah "Allah' tidak boleh digunakan oleh non-muslim menongkah arus keputusan pas?

konsep kepimpinan ulama, tolong jelaskan. apakah presiden dan timbalan presiden mesti ulama?

bertemu dalam gelap dengan umno tak mengaku. alih2 paklah yang akui dah TIGA kali bertemu. di mana kredibiliti kepimpinan?

saya akui nasharudin mat isa bukan nak bawa pas masuk umno. dia ingat orang pas semuanya bodoh ke?

bukankah tawaran jawatan menteri (pintas ke putrajaya) membuat ada kepimpinan yang begitu teruja?

apakah mereka tidak peka dengan pengorbanan ahli2 pas, sudah di atas mahu parti mahu jadi milik sendiri?

wallahu'alam.

ps.
hope the writer got balls to reply.

Anonymous said...

Cukup2 la.Banak sgt dah kerenah HA ni.Tikam belakang dan mutakhir serang parti sendiri sampai telinga ni tak sanggup nak dengar.Kalau tv tu setakat RM50, dah lama kena campak.Buang saja tak padan sebenarnya, patut tambah sepak terajang lagi

penarik rantai said...

knp mesti di keluarkan cerita sebegini???
ini cerita dalaman parti...
yg pasti, ramai org2 bawahan PAS yg benci dgn sikap HA ni...
Artikel ini seakan2 menyokong HA plak...

hussin said...

penarik rantai,

ni cite ug nak cover line...

Mayang Abadi said...

aku tak nampak pun salah Presiden, yg aku nampak salah hang la sbb tulisan ni menampakkan salah Presiden.

Anonymous said...

sudah le

ko nak suruh nampak 2 tok guru ni bodoh sgt ke?

aku nampak...hassan ali la parasit besar... tapi berlainan dengan parasit fikrah anwar...

2 tok guru tu sudah nampak apa yg hassan ali boleh buat... breifing hanyalah formality sajer..

parasit fikrah anwar tu pun..sebenarnya bukan pendokong anwar jugak... semuanya berlakon jugak...

rozan said...

tanda-tanda kecil kiamat telah hampir lengkap. tanda-tanda besar kiamat akan menghampiri kita.
awas ! setan-setan dalam pas sedang berleluasa. jangan biarkan pas sampai bernaung di bawah kuasa pro ad-dajjal.

Anonymous said...

kalu betui pun benda yg dicerita ni hangpa agak2 apa tujuannya didedahkan? hahaha

ini la orang kata jarum halus mencucuk hahaha

bukan nak selesai masalah , tapi nak menambah masalah, bagi bergaduh sesama hangpa itu la tujuan dia hahaha

org pecaya ka tak pecaya ka ada hasilnya hahahaa

dia dok kata org parasit, dia pulak batu api tak sebut hahaha

pandaikan depa ni hahaha

Anonymous said...

penulis ni yg parasit sebenarnya...anda tak perlu libatkan Presiden.. ni sah2 GENG UG..FYI geng erdogan akan kekalkan presiden. Erdogan akan menghilangkan terus pengaruh UG dlm PAS..(majlis syura / ketua ulama akan digantikan dgn ustaz ahmad or ustaz ghani..timbalan musyidul pun mungkin akan diganti, dan ketua pemuda pun nanti kena ganti..sebab org muda yg atas pagar la ni dan pemuda PAS masuk umno sebab bencikan umno..yg hampa nak berGABUNG dgn umno buat apa..!

Anonymous said...

penulis ni mmg perangai munafik,suka pecah belah PAS...hasan ali yg duk kritik PAS dasar PAS secara terang2 tak nampak...memang dasar syaitan betul la penulis ni
sapa yg parasit kat presiden pulak?sapa yg perangkap presiden?dah terang2 hasan ali langgar aturan jemaah kau nak bela yer..memang banggang kau ni
tunjuk la sapa muka kau ni dulu baru org satu sapa kau sebenarnya...dah kau sembunyikan diri ni kenapa?banggang laknat kau ni

panah said...

Nampak semacam je komen2 tu.... Kalau tak parasit pun, agen2 parasit lah tu aka blogger celaka!!

hussin said...

parasit ke, agen parasit ke, pencacai ke, lihat bagaimana senadanya hassang ali deng blog bs, parasit menjadi kegemaran:

Hasan dipetik berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

http://bloglistpolitik.blogspot.com/2012/01/ada-siapa-peduli-hasan-ali-nak-rayu-ke.html

panah said...

aaaik... menikus jugak dng komen pendek aku... ni baru hulubalang sejati!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...