Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

23.8.12

PENJELASAN DARI SYEIKH AL-YAQOUBI MENGENAI PENDIRIAN DR RAMADHAN ALBOUTI TENTANG ISU SYRIA!

Sumber
Transkrip terjemahan daripada seorang ulama yang disegani, Sheikh Muhammad al-Yaqoubi mengenai isu Ulama Syeikh Dr Bouti yang menyokong rejim zalim Syria. Isu ini telah lama berlegar dan menyebabkan fitnah di kalangan umat Islam yang mengenali beliau. Sangat banyak iktibar yang boleh diambil dari sini dan ianya boleh menjadi kayu ukur bagi masyarakat awam dalam melihat dan menilai isu ini.

Semoga Allah merahmati kedua-dua ulama' ini. Hafizahumullah.
--------------------------------------------------------------------------------

Adakah Syeikh Dr. Buti seorang mujtahid dalam menyokong rejim Syria?

Daripada Yang Mulia Sheikh Muhammad Al-Yaqoubi

Soalan:

Yang Dikasihi Shaykh Muhammad al-Yaqoubi,

Yang mana satu antara dua kategori berikut Dr. Bouti dikategorikan, berdasarkan pendiriannya terhadap rejim Syria:

a) Ulama yang telah melakasanakan ijtihad dan membentuk satu pendapat, yang pada pandangan beliau adalah demi kepentingan umat Islam, tetapi dia telah membuat kesilapan dalam ijtihad ini dan ganjaran pahala buatnya untuk ijtihadnya . Walau bagaimanapun, ia adalah perlu bagi ulama lain untuk memberitahu kebenaran dan pandangan yang benar dan pada masa yang sama, orang-orang yang memperkecilkan dia berdosa terhadapnya.

b) Atau adakah beliau seorang ulama yang telah memungkiri (a) yang telah menjadi ejen Nusairi dan juga beliau telah mejadi musuh kepada Islam dan juga menjadi penyokong musuh Islam? Oleh itu perlu bagi setiap ulama untuk mendedahkan beliau dan memberi amaran terhadapnya secara sepakat dan meletakkan satu pengakhiran kepada konflik di antara mereka yang menyokongnya dan mereka yang menentangnya?

(a)- (kita mengharap supaya ia tidak berlaku dan semoga Allah SWT memberi jaminan keselamatan kepadanya)

Atau jika ianya adalah dilema antara kedua-dua kedudukan, maka adakah lebih baik untuk berdiam diri [mengenai Dr Buti] dan mengambil pendapat yang baik selaku seorang Muslim? Dan adakah ianya satu dosa untuk memperkecilkan beliau dalam kes ini?

Kami meminta Sheikh untuk memberikan jawapan yang menyeluruh – moga moga diberi ganjaran untuknya sehingga pada hari kiamat; kerana orang awam sangat resah untuk jawapan yang meyakinkan daripada seorang ulama yang soleh seperti anda. Semoga Allāh SWT memberi jaminan keselamatan pada Sheikh dan meningkatkan pangkat keturunan terdahulu Sheikh dalam syurga yang tertinggi.
---------
Jawapan:

Segala puji bagi Allah SWT, salam dan rahmat ke atas sebaik-baik ciptaan, penghulu kami Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Terdapat syarat-syarat, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang mengawal ijtihad dan terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dianggap sebagai ijtihad yang diterima dan paten antithesis (pendapat yang ditolak kerana bertentangan dengan prinsip); perbezaan antara ijtihad yang diterima dan pendapat yang aneh ialah Ijtihad orang-orang yang diterima akan diberi ganjaran walaupun mereka telah tersilap dalam penghakiman mereka, tetapi hanya pada keadaan bahawa kesilapan mereka jatuh dalam kaedah-kaedah yang boleh diterima undang undang penafsiran (Tambahan : Al-Quran dan Sunnah)

Oleh itu, tidak semua orang yang menjalankan ijtihad akan diberi ganjaran untuk tindakannya. Malah, sesetengahnya mungkin mendapat dosa berbuat demikian. Sebagai contoh, dalam kes yang buta huruf atau orang biasa yang tidak mempunyai alat-alat yang diperlukan, kemahiran dan pengetahuan untuk ijtihad, dan dia berijtihad dalam hal-hal agama, maka dia hendaklah dikecam dan didisiplinkan. Begitu juga, seorang mufti yang memberikan fatwa berdasarkan pendapat yang tidak menepati kayu ukurnya atau pendapat yang tidak sahih. Dia perlu dikritik dan ditegur. Jika dia tidak berhenti, dia hendaklah diharamkan daripada mengeluarkan fatwa. Ulama mengatakan,

Tidak semua perbezaan adalah layak dipertimbangkan,
Kecuali suatu perbezaan yang layak diberikan merit.

Adapun hadith yang bercakap tentang hakim, telah dinyatakan; supaya mujtahid yang tidak berkelayakan tidak dimasukkan. Kerana ianya bercakap berkenaan mujtahid yang mempunyai alat dan layak untuk memperolehi keputusan dalam isu di tangan. Dalam zaman kita, kita bercakap tentang ijtihad yang terhad, bukan ijtihad umum. Di sini, 'terhad' ertinya menjalankan ijtihad dalam isu tertentu yang tidak disebut dalam teks awal; oleh "terhad" di sini kita maksudkan terhad kepada isu tertentu bukan kepada undang-undang mazhab.

Untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tertentu, mujtahid mesti memperolehi syarat ijtihad, seperti sumber perundangan, mengetahui pelbagai pendapat dan cekap dalam pemeriksaan dan analisis prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah. Kita tidak mempertikaikan bahawa Dr. Buti mempunyai kualiti dan kemampuan ini - jika dia tidak mempunyainya, tidak ada orang lain yang akan mempunyainya.

Walau bagaimanapun, ada lagi syarat yang diperlukan untuk membuat fatwa, sains fatwa diperlukan di sini, ianya sesuatu yang merangkumi pengetahuan masa, tempat dan persekitaran penyoal. Kerana, "seseorang yang tidak memahami zaman dia hidup bukanlah seorang ulama" dan dia tidak dibenarkan untuk mengeluarkan fatwa. Warzāzātī [d.1166 AH] berkata dalam komentarnya terhadap Lāmiyah Zaqqāq [Didactic Poetry mengenai prosedur mahkamah]: "Penghakiman dan fatwa, masing-masing adalah kraf yang perlu dipelajari. Setakat pengetahuan tentang fiqh tidak mencukupi. Kerana memahami semuanya seperti qađā dan fatwa, adalah kelebihan yang melebihi pengetahuan pendapat fiqh, kerana ia memerlukan keupayaan ciri-ciri untuk menyiasat dan memperolehi. Ibn 'Arafah berkata bahawa "ia adalah keupayaan untuk teliti dan memeriksa juzuk dan secara spesifik memahami semua sifat-sifatnya, yang kehadiran atau ketiadaan mereka boleh menukar sesuatu hukum".

Saya tidak menganggap pendapat Dr Buti, semoga Allāh SWT melindunginya, sebagai suatu kesilapan yang boleh mendapatkan pahala. Kerana, beliau tidak layak untuk ijtihad dalam perkara ini [rejim Syria,]. Beliau telah tersilap pada masa lalu untuk menunjukkan pemahaman beliau terhadap masa dan keadaan di mana kita hidup. Beliau jatuh dalam kesilapan itu pada masa lalu dan ia bukannya satu perkara baru. Satu contoh yang paling terkini adalah fatwa yang beliau keluarkan sepuluh tahun lalu, yang muncul dalam majalah perubatan, Doktor anda [tabībak] dimana dia membenarkan suami melihat video lucah dengan niat untuk memperbaiki hubungan pasangan dengan isteri. Fatwa ini menerima banyak bantahan dan ia menunjukkan kekurangan Shaykh tentang pengetahuan hal ehwal semasa dan terlupa peraturan-peraturan undang-undang dan etika yang diperlukan mufti.

Terdapat beberapa sebab-sebab pendirian syeikh dan mungkin dua berikut adalah yang paling buruk.

Yang pertama dia tidak mempunyai maklumat keadaan, kecuali hanya dari satu sisi, iaitu sisi rejim. Jadi dia percaya apa yang dia dengar pertama kali, seolah-olah dia adalah orang yang dinyatakan oleh Ibn Tathriyah:

My love for her stroke me before I experienced love,
It chanced upon a vacant heart and dwelled in it.
(mohon maaf kerana tidak menterjemah puisi yang agak tinggi ini)

Ibn Abi Zayd al-Qayrawānī berkata dalam Epistle beliau, dan ia pada asalnya dikatakan oleh Tuan Ali, semoga Allāh SWT memuliakan wajahnya yang diberkati, "hati yang mudah menerima merit dan kebaikan adalah hati di mana kejahatan tidak pernah terlintas sebelumnya".

Jadi inilah sebab mengapa Dr. Bouti tidak menerima sebarang laporan mengenai Revolusi daripada sumber-sumber lain selepas dia telah menerima propaganda rejim. Ini adalah kerana hubungan rapat beliau dengan beberapa pegawai kanan rejim. Ianya telah mempengaruhi keputusan beliau dan dengan itu, beliau melihat segala-galanya dari prisma rejim dan mengulangi propaganda mereka itu tanpa beliau menyedari hakikatnya. Biasanya seorang yang baik dan benar adakala merasakan semua orang lain juga adalah baik dan benar seperti dirinya sendiri. Ini adalah hasil daripada bertahun persahabatan dan hubungan yang baik dengan orang kuat di dalam rejim itu.

Yang kedua ialah permusuhan beliau dengan Salafi dan Ikhwan Muslimin ke titik bahawa dia telah memilih sisi musuh Allāh untuk mengalahkan mereka! Beliau percaya propaganda rejim bahawa semua yang memberontak adalah Wahabi, yang akan membakar dan merobohkan makam orang-orang Alim Islam, seperti yang mereka lakukan di Libya. Memang benar, Salafi dan Ikhwan adalah antara yang pertama untuk menyertai revolusi (kebangkitan); ia adalah disebabkan oleh ideologi revolusioner yang meluas dan biasa dalam wacana mereka; manakala mereka juga popular di kalangan pencari ilmu. Namun, revolusi ini adalah revolusi orang Sunni agama Islam, yang tertakluk kepada pemerintahan diktator kejam, dan penindasan dan penyeksaan zalim.

Walaupun kita berbeza dengan Salafi mengenai beberapa isu; dan kita berbeza dengan Ikhwan dalam beberapa pandangan politik mereka, tetapi Islam menyatukan kita dan sekarang Jihad menentang rejim menyatukan kita. Kita tidak boleh bayangkan diri kita menyebelahi musuh-musuh Allah terhadap mereka. Revolusi ini bukan revolusi MEREKA, walaupun mereka adalah antara yang pertama untuk menyertai. Kami menyertai revolusi ini dari awal, ramai ulama, imam, sufi, dan orang biasa menyertai revolusi kerana pendirian kami dan pernyataan kami.

Briged Sufi juga telah dibentuk untuk melawan rejim. Dan bersama briged yang mengguna nama Taqiyuddin Ibn Taimiyyah itu juga terdapat satu pasukan dalam nama Muhiyuddin Ibn Arabi. Ini adalah kepelbagaian revolusi yang merupakan satu fakta yang kita perlu terima, sama ada kita suka atau tidak.

Dr Bouti mesti memahami perkara ini dan tidak harus menghadkan revolusi untuk kumpulan tertentu atau briged tertentu. Malah, tidak ada sebuah bandar atau kampung di Syria, yang belum menghantar lelaki berani dan askar berani untuk melawan jenayah, rejim zalim dan kejam. Tiada bandar atau kampung juga telah terlepas dibunuh tanpa belas kasihan oleh rejim ini atau terlepas daripada penindasan rejim ini.

Kami mengkritik Shaykh kerana beliau tidak bersama-sama dan menyokong revolusi. Kalaulah dia memilih untuk berdiam diri, kita akan menerima perkara tersebut dari beliau dan kita akan menerima ia sebagai satu kesilapan penghakiman dan akan memutuskan bahawa dia juga mendapat pahala, kerana ia adalah satu ijtihad yang diterima, walaupun pada hakikat ianya adalah salah. Tetapi beliau telah melampaui batas tersebut malah aktif bersubahat dan membantu raksasa, pembunuh dan penjenayah dengan memuji mereka dan bercakap berpihak kepada mereka. Dengan berbuat demikian, beliau telah melanggar sempadan ijtihad yang boleh diterima dan diberi ganjaran.

Begitu juga, kita tidak mempersoalkan niatnya atau keadaan pemikirannya, kerana kita tidak mempunyai keraguan bahawa dia adalah seorang yang baik. Kita tahu syekh dan ibadah beliau dan zuhudnya, dirinya menghalang dari keinginan dunia dan usaha beliau untuk mendapatkan keredhaan Allah swt; cintanya bagi orang-orang yang soleh dan keikhlasan beliau untuk berkhidmat kepada Islam. Walau bagaimanapun, ini hanya sebahagian daripada apa yang diperlukan bagi ulama fatwa, seperti yang kami terangkan tadi. Salah satu ciri-ciri yang paling penting mujtahid mesti mempunyai kecerdasan akal yang tajam dan kebijaksanaan.

Kerana pengetahuan kita mengenai niat baik syeikh dan keikhlasan beliau dalam Islam, kita hanya menyalahkannya, tetapi tidak menghukum beliau sebagai murtad. Ia juga kerana ini, kami telah menyampaikan pandangan kami dengan menghormati beliau dan tidak menyetujui orang-orang lain yang memperkecilkan beliau, dan kami juga tidak menggalakkan penghinaan kepada beliau. Walau bagaimanapun, prihatin berkenaan tidak bermakna bahawa kita harus berdiam diri tentang kesilapan beliau. Pengetahuan adalah harta di kalangan ulama dan tiada satu ulama pun yang boleh memonopolinya.

Shaykh Muhammad al-Yaqoubi

(Penterjemah : Bro Muaz -Pengunjung RMBRS)

3.8.12

PANAS! : RESPON BALAS USTAZ ABU BAKAR CHIK TERHADAP BUKU PANAS DR YUSUF RAWA!

Respon Terhadap Buku Rejuvenasi PAS oleh Dr Mujahid Yusof Alhamdulillah saya telah membaca buku Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertajuk Rejuvenasi PAS: Idea Realiti Aplikasi ke arah Aspirasi Massa, sebagai buku Menuju PAS Baru II. Di dalamnya terdapat tajuk-tajuk penting membicarakan landasan-landasan baru untuk membentuk sebuah perubahan melalui pembinaan Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang diberikan tenaga baru kepemudaan melalui saranan-saranan yang dibuat oleh beliau.

 Saya memilih tajuk kecil “Pelabelan PAS sebagai Parti Keagamaan” pada muka surat 119 untuk diulas. Walaupun tajuk kecil ini dimasukkan di bawah tajuk Tajdid Organisasi, tetapi ianya merupakan unsur yang paling dasar dan paling asas dalam penubuhan PAS itu sendiri. Dr Mujahid menulis “PAS kemungkinan dipersepsikan sebagai parti agama yang dikuasai oleh golongan agamawan di mana persepsi ini akan membawa implikasi bahawa PAS dipimpin dan dikuasai oleh golongan agama atau rijaluddin dalam Bahasa Arab (dalam hal in ulama’)”.
Kemudian beliau memetik daripada Dr Yusof al-Qordhowi: “Kita tidak pernah mengenali sistem ‘orang agama’ atau klerikal sebagaimana yang terdapat dalam kehidupan gereja.” Kemudian Dr Mujahid menyimpulkan “Kemungkinan persepsi orang ramai terhadap PAS sebagai parti orang agamawan ada kebenarannya sekaligus menghalang PAS untuk benar-benar menzahirkan dirinya sebagai parti yang merangkul semua pihak dalam slogan ‘PAS For All’ yang dilaungkan. Ini juga menjejaskan peluangnya mendapatkan sokongan yang lebih meluas”.

Tidak dapat dinafikan bahawa PAS adalah sebuah parti keagamaan kerana tujuan penubuhannya adalah untuk “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah” (Perlembagaan PAS Fasal 5). Iaitu sebuah parti yang tunduk kepada dasar-dasar Islam yang menjadi syariat akhir zaman. Seperti yang telah disyariatkan kepada Nabi-Nabi terdahulu dan berterusan sehingga hari kiamat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud "Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". (al-Syura:13) http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/rejuvenasi%20pas.jpgSejarah membuktikan PAS adalah parti keagamaan dan menjadi identiti yang tidak terpisah selama-lamanya.

 Di antara sarjana yang menulis mengenai PAS sebagai parti agama ialah John Funston dalam Politics in Malaysia: A Study of PAS and UMNO. Beliau menyatakan PAS merupakan sebuah parti politik yang berorientasikan agama kerana tokoh-tokoh yang mengasaskannya adalah orang yang berlatar belakangkan pendidikan agama. Sebahagian besar pemimpin parti itu diwakili oleh orang-orang yang berpengetahuan agama, terutamanya guru-guru agama. Funston menyatakan dengan perjuangannya yang berlandaskan falsafah politik Islam, PAS adalah sebuah parti politik yang mempunyai ideologi yang jelas. Ideologi PAS juga mempunyai aspek-aspek praktikal seperti dalam pendekatannya di bidang Islam dan ekonomi yang dijelaskan secara menyeluruh dan sistematik.

 Parti itu menentang segala unsur yang bercanggah dengan dasar perjuangannya, terutamanya anasir mungkar dari Barat seperti tari menari, muzik yang melalaikan, kegiatan seks bebas, perjudian dan minum arak. Funston juga membandingkan perbezaan dasar perjuangan PAS dengan UMNO di mana PAS adalah berlandaskan falsafah politik Islam dan menolak sekularisme sedangkan UMNO menyokong sekularisme (J. Funston,1980:102,135,148&161). Shafie Ibrahim dalam The Islamic Party of Malaysia: Its Formative Stages and Ideology juga mengakui PAS sebagai parti agama kerana perjuangannya hendak mendaulatkan Islam.

 Jika Islam ditafsirkan seperti yang difahami oleh PAS, maka ia adalah sebuah parti agama. Pemimpin PAS percaya kepada ideologi atau doktrin yang membezakan parti itu daripada parti-parti politik lain. Ciri paling nyata dalam pernyataan politik parti itu ialah berlandaskan Islam dan Islamlah yang menjadi matlamat akhirnya. Komitmen PAS adalah menyeluruh di mana parti itu bersuara atau menjelaskan ideologinya mengikut fahamannya terhadap Islam yang berasaskan nas-nas al-Qur’an dan al-hadith yang menjadi sumber rujukannya. Shafie menyatakan PAS melihat Islam secara keseluruhannya dan menerimanya sebagai ideologi yang lengkap. Penerimaan PAS terhadap Islam merangkumi semua aspek ajaran Islam seperti politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. PAS melihat Islam dalam bentuk yang sepadu dan berinteraksi di antara satu dengan lain sehingga membentuk struktur yang organik, iaitu tidak tepisah.

PAS menganjurkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap (Shafei Ibrahim,1981:79,94,95&101). Dasar PAS ialah Islam dan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat yang hidup dengan nilai-nilai Islam dan pemerintah yang melaksanakan hukum Islam (Perlembagaan PAS,Fasal 3&5(1)). Dengan meletakkan Islam sebagai dasarnya PAS memperjuangkan cita-cita Islam secara berterusan (Yusof Rawa, 1983). Dalam memperjuangkan cita-cita itu, PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu wasilah semata-mata, tetapi juga terlibat dalam bidang dakwah, pendidikan, kebajikan, ekonomi dan lain-lain aktiviti. Ahli-ahli parti itu digerakkan secara aktif dalam program tarbiah sama ada di masjid, surau dan lain-lain pusat pendidikan. Mereka disemarakkan dengan budaya ilmu secara berterusan. PAS meletakkan kalimah suci "Allah Akbar" sebagai seruan dalam perjuangannya.

 Seruan itu merupakan satu amanah sebagai "Khalifah Allah" di muka bumi bagi melaksanakan perintah Allah swt secara syumul. Bagi merealisasikan amanah itu, PAS menggerakkan aktivitinya melalui keputusan mesyuarat atau majlis syura ulamaknya. Parti itu berjuang menyeru masyarakat untuk menegakkan hukum Allah swt dan sunnah Rasulullah saw menerusi dakwah secara lisan, tulisan dan amalan (Perlembagaan PAS, Fasal 4&6(1)). Pemimpin-pemimpinnya memberikan penjelasan dan penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah, dialog, diskusi dan lain-lain ke seluruh Malaysia. Risalah-risalah dan buku-buku diterbitkan untuk mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang ajaran Islam. PAS memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah (Perlembagaan PAS,Fasal 6(2)).

 Masyarakat diajak berpegang kepada akidah yang benar kerana ianya melahirkan penyerahan diri kepada Allah swt dan menerima segala hukumNya (Abdul Hadi Awang, 1985:37). Isu yang membabitkan akidah menjadi bahan utama di dalam ucapan pemimpin-pemimpin PAS samada di Dewan Undangan Negeri, di Dewan Rakyat, di Dewan Negara dan di luar ketiga-tiga dewan itu. Isu sekularisme, ajaran sesat, Islamisasi dan murtad adalah antara isu-isu yang ditangani secara serius oleh pemimpin-pemimpin parti itu. PAS menentang habis-habisan sebarang ajaran sesat dan gerakan murtad yang menghancurkan akidah umat Islam di negara ini. Pendapat penulis untuk mengeluarkan PAS sebagai parti keagamaan mendorong kepada dua keadaan. Pertama: PAS meninggalkan urusan utamanya (core business) mengenai Islam dan Melayu dan kedua: PAS menjadi sebuah parti yang sama sifatnya dengan UMNO atau Keadilan. Bagi pilihan yang kedua ini, PAS tidak lagi perlu wujud kerana UMNO sudah sedia ada dan dominan dalam konteks perjuangannya. Di samping itu Keadilan juga merupakan sebuah parti yang mempertahankan hak Melayu dan Islam pada tahap perjuangannya.

Oleh kerana itu adalah mustahil untuk PAS belepas diri daripada parti keagamaan malah ianya mesti diperkasakan lagi dengan memahamkan masyarakat bahawa perjuangan PAS adalah universal dan menegakkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa dan agama kerana Islam adalah agama yang adil untuk sepanjang zaman, tempat dan keadaan. Hal ini dipertegaskan oleh tokoh-tokoh dan pejuang yang terdiri daripada alim ulama’ dulu dan sekarang. Sebenarnya cara penulis berhujah dan membuat kesimpulan adalah tidak berasas dan songsang. Pertama; dalam satu perenggan yang terdiri daripada 17 baris beliau telah menggunakan dua kali perkataan “kemungkinan”, empat kali perkataan “persepsi”. Menunjukkan bahawa beliau hanya membuat suatu andaian terhadap PAS sebagai parti yang tidak berpengaruh kerana sifatnya sebagai parti keagamaan. Kedua; beliau mengandaikan dengan persepsi dalam keadaan yang ada ini, memberi implikasi PAS dipimpin oleh golongan agama atau rijaluddin, sedangkan beliau sendiri tahu dalam Jawatankuasa PAS Pusat hari ini yang terdiri daripada 37 anggota hanya seramai 16 sahaja mereka yang berlatarbelakangkan pendididkan agama secara formal termasuklah Dr Mujahid sendiri.

 Di samping, mereka juga mempunyai pelbagai kepakaran dan disiplin ilmu selain daripada pengajian Islam. Ketiga; Alasan daripada petikan Dr Yusuf al-Qardhawi sangat mengelirukan kerana belum pernah ada dalam sejarah PAS, sistem kepimpinannya sampai kepada tahap yang boleh disebut sebagai mengamalkan system kehidupan beragama seperti kehidupan gereja. Keempat; PAS telah memperakui dasar PAS untuk semua (PAS for all) dalam muktamarnya di Perak Darul Ridzuan pada Ogos 2008. Dalam Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-54 ini, Presiden PAS mengungkapkan: “ ...... tema PAS UNTUK SEMUA adalah berteraskan kepada keyakinan yang tinggi bahawa perjuangan yang kita bawa ini adalah merupakan suatu amanah untuk memakmurkan sekalian alam. Perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.Perjuangan PAS adalah bersifat universal untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Yang Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), perlembagaan PAS.

Saya mengira tulisan penulis ini amat mengelirukan. Pertama; Beliau telah mengandaikan suatu kemungkinan keatas sebuah persepsi untuk meyakinkan perlunya ada tajdid keatas gerakan PAS yang telah ditubuhkan lebih setengah abad dan menjalani perjuangannya diatas sejarah dan sunnah perjuangan Rasulullah SAW yang dirumuskan dan dibina dari semasa ke semasa memerlukan suatu penelitian. Menganalogikan bahawa kepimpinan yang dikuasai oleh golongan agama semacam golongan paderi yang mengtaqdiskan diri mereka adalah satu perkara besar dan boleh membawa fitnah keatas kepimpinan ulama’ PAS kerana PAS bukan sebuah parti autokratik yang pemimpinnya tidak boleh ditegur dan dikira bersifat maksum seperti imam-imam Syiah.

PAS mempunyai muktamar tahunannya yang melakukan check and balance keatas kepimpinan dan parti serta jawatankuasa pusat itu sendiri boleh dimuhasabahkan pada bila-bila masa sahaja. Kedua; Mengemukakan sebuah cadangan untuk mentajdidkan PAS agar keluar daripada parti keagamaan tanpa mengambil kira sejarah penubuhannya, perlembagaannya, kepimpinannya dan usaha-usaha yang dilakukannya dengan cadangan mentajdidkan organisasi adalah perkara yang tidak munasabah kerana penjenamaan PAS adalah identiti dan batang tubuh PAS sendiri. Bolehkah ditadjidkan parti itu terkeluar daripada identitinya dan matlamat penubuhannya? Ketiga; mengemukakan cadangan tajdid keatas perkara yang sedang berlaku perubahannya dan sedang berjalan melalui pembinaan yang konsiten daripada ucapan-ucapan dasar dan perbahasan-perbahasan muktamar, bukanlah usaha baru yang boleh dinamakan tajdid. Sesungguhnya setiap tahun PAS membina tema-tema pergerakannya yang menggambarkan usaha tajdid yang berterusan. Keempat; mengemukakan tajdid sehingga ke peringkat menghilangkan identiti parti sebagai sebuah gerakan Islam dalam keadaan parti itu sedang memperkasakan dirinya dengan pelbagai ikhtiar yang menggambarkan dinamismanya dan diterima oleh masyarakat dengan keyakinan yang meningkat dari semasa ke semasa adalah usaha songsang yang tidak memahami nature pergerakan PAS dan realiti yang sedang berlaku.

 Ternyata istilah “PAS for All” tidak dipertahankan oleh penulis walaupun beliau sendiri adalah Ketua Lajnah Antara Kaum yang diamanahkan oleh PAS untuk memimpin dan menguruskan gerak kerja untuk orang-orang bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS. Sedangkan kita tahu bahawa PAS sentiasa melakukan tajdid yang selaras dengan kehendak Islam bagi membolehkan PAS mencapai matlamat dakwah dan politiknya sebagai sebuah parti Islam. Apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh penulis? Dato' Ustaz Abu Bakar Chik ________________________________________________________________________________ Rujukan-Rujukan Abdul Hadi Awang, Muqaddimah Aqidah Muslimin, Penerbit Gedung Gua, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 37. J. Funston (1980),

Malay Politics in Malaysia: A Study of PAS and UMNO, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Perlembagaan Parti Islam Se Malaysia (PAS), [Pindaan 2001] Shafei Ibrahim (1981),

 The Islamic Party of Malaysia: Its Formative Stages and Ideology. Yusof Rawa, Ke Arah Pembabasan Ummah, Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 4. (Ucapan Dasar Yang Di Pertua Agong PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke 29 pada 29 April 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...