Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

29.1.10

JK Displin Pas : Sila Puaskan Hati Semua Pihak!!


Seperti yang di jangkakan semuanya telah berlaku dan terjadi. Penantian umum mengenai keputusan JK Displin Pas berkenaan kesalahan yang di laporkan terhadap YDP Shah Alam dan PJ Selangor telah di keluar dan di umumkan hari ini.

Masing-masing yang di dakwa melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan parti telah menerima ‘hukuman’ setelah JK Displin bersidang seusai laporan di adukan kepada badan tersebut.

Sudah menjadi lumrah alam dan kehidupan. Apa yang tidak berkenan di hati dan jiwa, akan di kritik dan di hentam habis-habisan.

Saya sudah mengagak situasi tidak puas hati ini akan berlaku. Lihat sahaja dunia alam maya blog. JK Displin PAS menerima kecaman, kutukan dan label yang pelbagai oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang di putuskan.

Malah pengerusinya iaitu, Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menerima label ‘bangang’, ‘mangkuk’ dan sewaktu dengannya oleh blogger-blogger yang kononnya mengaku ahli PAS. Lihat sini.

Tidak kecuali yang menyindir dengan pelbagai sindiran sinis yang hebat. Lihat sini.

Malah ada yang mengugut dan mempertikaikan ahli-ahli badan tersebut yang di lihat tidak telus dan berat sebelah. Lihat sini.

Begitulah manusia..

Saya cuba mengandaikan sebegini. Andai katakan hukuman yang di kenakan kepada Khalid Samad di kenakan kepada Hassan Ali, sudah tentu ada pihak yang tidak berpuas hati juga.

Mereka yang rapat dengan Hassan Ali pula akan mempertikaikan keputusan tersebut.



Kalau itu berlaku, mungkin wujud mereka yang menyokong Khalid Samad akan mempersoalkan pula, kenapa Hassan Ali tidak di pecat? ( sebab benci sangat-sangat dengan PJ Selangor ni..)

Saya pun pelik dan hairan. Apakah sudah hilang adab dan displin dalam gerakan Islam di Malaysia ini. Masing-masing terkinja-kinja di dalam laman sawang ‘Sdn’ menyatakan ketidakpuasan hati.

Apakah keputusan JK Displin tidak boleh di bantah dan di kritik? Saya yakin dan optimis, yang Pengerusinya bukanlah seorang yang bersifat dictator. Tinggal lagi, mereka yang tidak berpuas hati untuk menggunakan saluran yang baik dan betul, itupun kalau mereka mahu.

Kalau tidak, mereka-mereka ini sekadar ‘melalak’ di laman maya, yang menyatakan keputusan itu boleh merosakkan parti. Saya hairan, apakah tindakan mereka itu tidak merosakkan dan mengusutkan parti?

Apakah mereka kira dengan melontar andaian, kritikan, bantahan dan sebagainya adalah cara terbaik? Seolah-olah, parti yang selama ini mereka dokong hanya mempunyai satu sahaja saluran untuk menyatakan ketidak puasan hati!

Dan apakah JK Displin dapat memuaskan hati semua pihak andai keputusan yang di buat berlawanan?

Huh..Tulang dengan cara tulang..Sauh dengan cara sauh..kalau macam itu, biar mereka sahaja yang tentukan keputusannya!

Teringat saya akan cerita Luqmanul Hakim bersama anaknya. Semuanya tidak kena. Luqman naik keldai pun salah. Anaknya pun salah. Tak naik pun salah. Naik pun salah.

Habis!!!

Sampai ‘ke sut’ nak puaskan hati manusia tak akan dapat!!

28.1.10

Kepala Lagi..



Cerita ‘kepala’ kembali menjelma. Kesiannya, kini kepala najis mugholazoh pula di jadikan taruhan dan sasaran.

Seingat saya, setahun yang lepas, negara kita pernah di gemparkan dengan tindakan yang tidak bertamadun dan menjijikkan. Kepala babi menjelma ketika itu di institute pengajian terkemuka negara.

Binatang yang hadir tanpa di undang itu bukanlah di datangkan khas untuk pameran kajian ilmiah di UM, tetapi ia di ‘shoot’ khas buat mereka yang ketika itu mendendangkan tarian PRK.

Seronoknya, ia di letakkan di dalam surau. Bukan setakat itu, di balut pula dengan bendera parti. Parti itu pula bukan la parti Bush, parti Islam dekat Malaysia lagi!!

WAHH!!

Saya rasa, sehingga ke hari ini, orang yang baik hati membalut elok-elok dan meletakkan kepala babi itu masih lagi tidak ketahui. Orang tua-tua kalau barang hilang atau di letakkan di tempat lain selalu berkata, “Ishhh..takkan la benda tu jalan sendiri!”

Kini misteri kepala babi menjelma kembali dalam rancangan yang baru. Lebih terkini dan ‘advance’.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Memang mengejutkan!


Selepas kejadian serangan rumah ibadat satu demi satu tak makan ‘saman’, ‘malaun’ think thank yang tak di ketahui siapa, memasang rancangan dan perangkap yang lain pulak.

Masa kejadian di UM, benda alah itu di balut dengan bendera PAS. Sahabat saya di UM memberitahu, mereka tidak tuduh siapa.

Kini provokasi semirip itu berlaku di Masjid dan saya pasti, sesiapa pun tidak menunding jari kepada mana-mana pihak.

Rakyat yakin, pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.
Kita pun tak tahu siapa. Tetapi semalam MP Gombak menyatakan beliau ada maklumat mengenai segala kejadian yang berlaku. Bukan kes kepala babi ni, tetapi kes serangan rumah ibadat. Tak tahu la, mana tahu kot-kot ada pertalian ‘adik beradik’. Tunggu nak ‘boom’ dekat media massa sahaja.

Aiwah! Nantikan bersama!!

Yang pastinya, kejadian murahan yang berlaku ini tentu sekali ada ‘pelakunya’. Dan ‘pelakunya’ tentu ada sokongannya. Saya agak macam itu la. ‘Mustahil la kalau perompak bank pergi merompak seorang diri dan tiada strategi.’

Itu bangang namanya!

Apa pun, bab untuk melakukan provokasi, ‘kepala’ memang sinonim dengan tindakan agresif ini. Dulu kepala lembu, kini kepala babi.


Eh…macam ada persamaan jer!

27.1.10

Terima Kasih kepada wartawan Harakah kerana gelar Pemuda PAS “Anjing”

Oleh : Herman Samsudeen

Saya mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada Wartawan Harakahdaily yang mengelarkan Pemuda PAS sebagai “anjing Polis” kerana membuat kenyataan akhbar untuk mendesak Polis menyiasat Aduka Taruna.

Pemuda PAS Johor dipanggil “Anjing” kerana mahu Polis siasat Aduka yang menghina Almarhum Sultan Johor. Pemuda PAS Wilayah dipanggil “Anjing” kerana sokong kenyataan Pemuda PAS Johor dan mahu Aduka disiasat oleh Jakim juga kerana pernah menghina Isteri Rasulullah, Aisyah dan Imam Syafei.

Wartawan berkenaan mengakui yang beliau simpati dan kenal pada Aduka. Dia menghubungi saya dan memberitahu bahawa Aduka sedang tertekan sekarang setelah Pemuda PAS buat kenyataan minta dia disiasat.

Saya kata ada sebab kita buat kenyataan itu, bukan pasal Kes hina Almarhum Sultan sahaja. Saya minta dia rujuk pada kenyataan asal yang bertajuk “Minta Maaf Tidak Cukup, Aduka Taruna Perlu Disiasat Polis” dan Jakim

Ingatkan bila membaca kenyataan itu dia faham, rupanya dia konar ke tempat lain pula. Dia persoalkan kenapa Pemuda PAS tak buat kenyataan masa dia hina Isteri Nabi dulu, kenapa sekarang?

Bila saya kata, kita baru dapat maklumat tentang artikel itu melalui seorang rakan Facebook lain, dia konar lagi…

Kali ini tuduh Pemuda PAS buat kenyataan itu pasal dendam. Ya! Pemuda PAS Wilayah dikatakan berdendam pada Aduka yang selama ini giat memprojekkan kempen PAS Reform yang mahu Presiden PAS sekarang dijatuhkan…

Saya pun tak terfikir bab tu, sebab selama ini tak singgah pun kat Blog Aduka. Lagipun kita tak ambil pusing tentang kempen Aduka tu, sebab dia bukan ahli PAS. Lagipun kita kita sudah lali dengan kempen-kempen orang luar yang nak pecah belahkan PAS nie, bukan Umno jer yang buat.

Bila kita kata bukan sebab dendam, pagi ini dia tuduh kita “Firaun” pula. Hai teringat kisah Zulkifli panggil Khalid Samad “Firaun kecil” sebab tak sependapat dengannya.

Wartawan yang suka berhujah ini akhirnya mengunakan modal hujah Almarhum Ust Fadzil iaitu “Kaset lawan kasetlah”. Hujah ini Almarhum Ust Fadzil kemukakan bila KDN sibuk nak rampas kaset-kaset ceramah PAS kerana tidak tahan dengan kebangkitan rakyat yang dapat maklumat dari kaset-kaset ceramah PAS.

Maka, bila wartawan Harakahdaily nie nak guna hujah kaset lawan kaset, saya hanya boleh komen kat blog dia…



“Ada masa kaset lawan kaset..tapi sekarang ana pakai DVD dan broadband dah…so minta maaf la kalau terkasar bahasa. Kalau ana dan Aduka panjang umur…teringin juga nak minum teh ngan dia dan anta..mana tahu boleh tukar kaset dengan DVD scr santai”

Melihatkan wartawan berkenaan mengakui bahawa beliau sedikit rapat dengan Aduka, saya bertanya

“Di mana, sikap anta yang suka berhujah. Kenapa tidak gunakannya masa Aduka Taruna hina Aisyah & Imam Syafei…

kenapa anta tidak tegur tulisan Aduka Taruna lebih awal…lemah betul persahabatan anta berdua…

Bila sudah diheret begini barulah nak mengamuk…guna akal. Pemuda PAS juga ada hak untuk bersuara dan bertindak bukan anta dan Aduka Taruna sahaja boleh berbahas.”

Maka inilah jawapan standard dia;

““Ana tegur aduka semasa tulisan itu ditulis, tapi ana tak mahu dilihat berdendam dan dilihat seperti ‘anjing polis’. Anta lebih kuat bersahabat dengan siapa?”

Tapi hairan juga, kalau sudah ditegur. Kenapa Aduka masih publishkan artikel itu? maka saya tanya lagi:

“Setiap kali ana tanya, Jawapan standard anta;

“Ana sudah tegur”

tapi sayang, persahabatan anta dgn Aduka Taruna tidak memberikan kebaikan pada dia, malah lebih memburukkan keadaan.

Jika benar anta tegur patut dia buang artikel penghinaan thdp Isteri Nabi dan Imam Syafei..

Dan patut selepas itu dia tidak lagi menulis yg karut marut sampai persenda org yg sudah meninggal dunia..Inikah adab yg anta kongsi dgn dia…”

Jawapan dia macam nie pula:

“Saya jenis call, minta maklum balas dan tegur. Abang Herman sendiri pun, saya call, saya ambil maklum balas dan saya tegur berhubung isu laporan polis tentang aduka…

Kalau Abang tak bersetuju sekalipun, kenapa tak berhujah? Buka al-Baqoroh:194 dan buka juga Hadith Bukhari: No.2804.

Aduka menulis dalam disiplin propaganda emosional.”

Nampaknya dia makin emosional juga. Jadi terpaksalah jawab juga;

“Berhujah guna akal yg waras bukan nak tunjuk hero….jangan macam Umno, guna Al-Quran tapi tunjukan kebodohan.

Propaganda pun kenalah bijak, jangan sampai makan diri…Kerana sikap org mcm antalah sahabat anta Aduka tu jd mcm tu…

Sahabat yg baik akan menyeru sahabatnya berbuat baik. Klu nak propaganda pun buatlah dengan cara yg tidak merugikan diri sendiri.

Anta sebenarnya bkn nak pertahankan dia. Tapi nak pertahankan kegagalan anta dlm bsahabat dgn dia…

Anta patut malu mengaku ahli PAS, sbb takda pyokong PAS yg tega melihat isteri Rasulullah dihina…patutnya bila anta tahu, anta kena tegur…bila dia tak makan saman…anta kena report…ini, anta takat call dan kemudian diam…konon nak cover dia…” begitu pandangan saya.

Dan perbahasan dalam blog wartawan berkenaan, saya tutup dengan teguran berikut:

“kalau Aduka menulis dalam disiplin propaganda emosional…makna jelas nafsu mendahuli akal…

Maka, ana menulis kembali dlm disiplin orang yang rasional…dimana akal mendahului nafsu…

Orang yg berakal tak perlu jd bodoh dan buang akal klu nak lawan org yg tak da akal dan disiplin…”

Memang sukar juga nak fahamkan wartawan Harakah ini.

Sesungguhnya Pemuda PAS jelas sentiasa istiqamah untuk menjaga prinsip. Kita tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang hina Sultan apalagi kalau dia juga menghina Keluarga dan Sahabat Rasulullah serta Ulama’ Mahzab.

Kalau PAS boleh marah sampai berdemo bila kartunis Denmark hina Nabi dan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilder persenda keluarga Baginda, kenapa dalam kes Aduka kita perlu appologetic.

Wartawan berkenaan minta saya tarik balik kenyataan itu, dan cadangkan saya tegur dia secara direct memandangkan dia selama ini banyak bantu Pakatan.

Wah! macam nak ‘rasuah jasa’ pulak…kalau Umno yang buat rasanya dia juga akan maki hamun berguni-guni…Tapi sebab Aduka kawan dia, maka cairlah hatinya…

Tapi saya tak tolak mentah-mentah pandangan dia. Saya setuju perlu tegur dulu…tapi sebelum saya keluarkan kenyataan itu saya sudah lihat, bahawa sudah ramai yang posting teguran pada Aduka. Tapi dia masih degil dan angkuh untuk membiarkan posting yang menghina itu disitu.

Semasa saya kirimkan kenyataan itu, kesemua artikel masih ada disitu walaupun wartawan itu sudah tegur juga. Apakah dia hanya akan dengar dan tarik balik bila pemuda PAS tegur….saya tidak fikir begitu, maka saya bincang dengan pimpinan lain, dan akhirnya kenyataan saya itu terus keluar dalam Harakahdaily.

Tapi pelik juga, kalau Wartawan itu beria-ria nak tahan kenyataan itu, kenapa Harakahdaily tempat dia kerja boleh siarkan kenyataan itu. Kenapa tiada pimpinan yang tegur tindakan Pemuda PAS Wilayah dan Johor.

Sehingga ke hari ini, saya tidak nampak dimana salahnya kenyataan Pemuda PAS Wilayah dan Johor. Kita akui kita lambat respon isu penghinaan Aisyah dan Imam Syafei sebab tidak maklumat. Dan kerana penghinaan kepada Sultan Johorlah banyak maklumat kita dapat tentang kebiadapan Aduka.

Saya setuju dengan satu komentar dalam blog wartawan berkenaan yang mengatakan tindakan Pemuda PAS ini sebagai “better late than never”.

Lagipun, Pemuda PAS Wilayah juga tidak hanya membuat kenyataan terhadap Aduka. Kita konsisten dalam isu hina Sultan Johor ini, sebab itu saya keluarkan kenyataan kedua yang bertajuk “Hina Sultan: Polis Diminta Siasat Cybertrooper Umno dan beberapa Blogger lain“.

Tapi Wartawan ini enggan mengulas Kenyataan kedua ini, tapi masih taksub untuk pertahannnya kegagalannya mentarbiyyah akhlak Aduka, rakan karibnya.

Saya telah lama melihat tingkah wartawan ini, malah seorang komentar blog beliau juga menegur

“Aku banga dengan ZF, jahat , tak malu makan gaji dengan harakahdaily tapi jahat dan tidak mengikut haluan jamaah.

Padan dah kena sergah di presiden hari jumaat baru ni…”

Dengan selamba, wartawan ini jawab;

“Saya test market aja dengan tanya suatu soalan yang berlawanan dengan emosi Presiden. Marah beliau memberi isyarat x sokong pihak tertentu dalam PAS yang melarang orang bukan Islam dari menggunakan nama Allah. Motif…”

Begitulah sikapnya, berhujah jadi makanan hariannya. Kebenaran apa yang dicari…saya pun tak tahu. Kalau Presiden PAS pun dia boleh persendakan, siapalah Pemuda PAS yang diibaratkan “Anjing Polis” hanya kerana ingin pertahankan maruah Isteri Rasulullah yang sudah cukup difitnah ketika hidupnya.

Maka, saya akhiri dengan ucapan Terima Kasih pada beliau kerana add value pahala Pemuda PAS hari ini. Saya maafkan tuduhan dan gelaran yang wartawan beri tanpa prasangka…harap perkara ini selesai disini.

26.1.10

Adab & Akhlak : tongkan keduanya bersama sampah!!


Ayah saya seorang bekas tentera. Displin, akhlak dan adab amat beliau tekankan kepada anak-anaknya. Setakat rotan, kami adik beradik dah jemu menjamahnya. Pemikiran budak dulu, tentunya sedih gambaran perasaan ketika itu.

Hakikatnya, hasil dapat kami lihat ketika sesi umur meningkat setahun ke setahun.

Melangkah pula ke sekolah agama rakyat menambah lagi asas yang telah di pupuk sekian lama. Ketika zaman saya bersekolah, mudir memang seorang yang ‘cenge’.

Ustaz-ustaz pula, kalau tak dapat hafal matan, Quran, atau sebagainya, mahunya berderai jantung, terkejut akibat meja di tepuk dengan kuat.

Lambat masuk kelas, lambat pergi solat, bising di dalam asrama ketika tetamu ada, segalanya ada habuan yang menanti.

Waktu itu, pemikiran saya sudah di asah kearah kematangan. Saya tahu dan cuba mengerti, segalanya mahu ditekankan tentang adab dan akhlak.

Untungnya saya, di kawasan sekolah tinggal seorang tok guru yang cukup lama bergelumang dengan dunia agama, masyarakat dan politik. Ilmunya yang cukup tinggi serta tawadhu orangnya membuatkan masyarakat setempat segan dan ‘malu alah’ dengan beliau.

Malah saya tidak melepaskan peluang untuk menuntut ilmu yang pelbagai dengannya. Tambahan yang lain, saya juga belajar bagaimana untuk bercakap, memberi pandangan serta menjadi pendengar yang terbaik ketika beliau dan tetamu yang lain berdiskusi.

Zaman berganti. Cuaca kampong dan aliran pondok bertukar wajah. Saya melangkah ke alam dan dunia mahasiswa yang lebih luas.

Awal lagi kami sudah di tekankan dengan adab dan akhlak di minggu haluan siswa. Pandangan yang bersifat emosi dan keterlaluan, cara yang ego dan angkuh di jatuhkan selama seminggu. Dibentuk, di bina dan di tunjuk laluan yang betul.

Manfaat serta didikan tarbiah itu, saya kekalkan sehingga Allah lemparkan ke bumi orang lain untuk di buat bekalan yang cukup berharga.

Peluang berada di dua tanah Syam iaitu Syria ( sebentar sahaja ) dan Jordan ( kini ) menjadikan saya bertambah insaf dan ‘beriman’, peri pentingnya adab dan akhlak dalam membina tamadun manusia yang hebat.

Cukup sahaja untuk melahirkan kagum yang tiada tandingannya terhadap Rasulullah. Baginda yang di utus dan dibangkitkan kepada suatu generasi dan kaum yang lari jauh dari protokol tamadun, akhirnya dapat membina ummat yang gemilang dalam lipatan sejarah yang termasyhur.

Terkadang umum lupa dan terbias sebentar. Prolog perjalanan seorang Rasul bernama Muhammad, bukan di mulakan dengan siasah. Bukan juga dengan fekah dan sebagainya.

Ia di mulakan dengan terapan Tauhid di samping melahirkan generasi ummat yang dahulunya berwajah ‘syaitan’ kepada mereka yang lebih beradab dan berakhlak.

Agungnya cerita adab dan akhlak ini sehingga dapat di singkap dalam novel sirah akan pergaulan di antara para sahabat dan Kekasih mereka, Rasulullah saw.

Dunia mana yang tidak tahu peranan Muhammad dalam membina peradaban di muka bumi ini. Sudut mana yang masih tidak fasih dalam menukilkan Muhammad seorang pemimpin yang teragung.

Hebatnya Muhammad sehingga dapat melahirkan generasi sahabat yang dapat memberikan buah fikiran dalam pelbagai siri peperangan yang masyhur dalam Islam.

Malah beradab dan berakhlaknya para sahabat, sehingga memulakan tutur bicara dengan selembut yang mungkin.

“Wahai Rasulullah, adakah ini wahyu atau sekadar pandangan Mu”.

Bakulkan sampah ‘Adab dan Akhlak’ andai keduanya menyusahkan!!

Tsunami politik yang melanda negara membuatkan parti politik mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Lumrah alam, mereka yang selalu berada di atas kemudian tersungkur di bawah, mengambil ia sebagai suatu pengajaran yang tiada terperi sepanjang kehidupan yang bakal dan akan di lalui.

Namun, usah di lupakan. Mereka yang terbiasa ‘miskin’ kemudian menjadi ‘kaya’, terkadang menjadi ‘Qarun’ sehingga lupa diri dan asal usul.

Hilang sudah nilai perjuangan Islam yang selama ini di laungkan. Tarbiah yang menjadi asas kekuatan, seakan larut dengan ‘culture shock’ yang di timpa.

Nilai kemenangan yang sedikit, membuak menjadi-jadi sehingga melahirkan drama 16 september dan sebagainya.

Sedih dan pilu terasa. Adab, displin, akhlak yang sedari dulu di tekan, di jahit, di bajai, hampir-hampir terburai dengan kehendak yang melampaui perjuangan yang di dokong.

Mana yang tidak serasi, semuanya di bantai habis-habisan. Label dan tuduhan di cipta bagi merealisasikan impian tercapai secepat mungkin.

Samada engkau presiden, timbalan presiden, ketua ulama’, ketua pemuda, semua habis di sapu.
Sekali nampak bagai merugikan kemenagan yang cepat ( kononya )….“aku tak kira siapa, semua aku sapu!!”

Sebab itu ingin saya cadangkan, sampahkan sahaja elemen adab dan akhlak dalam ‘tong taik’! Segalanya menyusahkan!!melembab dan melambatkan kemenangan!!

Kalau nampak sesiapa yang bercakap sebarangan, yang menyusun strategi yang bukan-bukan di belakang tabir, hentam mereka habis-habisan dalam blog!!

Nak-nak lagi kalau blog yang ‘famoust’ dan mencapai rating yang tinggi. Lagi pedas, lagi kasar, lagi ‘gedebe’, lagi bagus!!

Persetankan sahaja adab dan akhlak!! Kerana dengan eleman inilah, mengongkong pemikiran dan keintelektualan manusia!

Tak kira ulama’ ke, orang lama ke, jawatan tertinggi ke, semua akan di langgar!!

Adab dan akhlak bicara yang terkebelakang...Zaman nabi lain, zaman kita lain..jangan salah ‘parking’!!

Adab + Akhlak = kalau menyusahkan, tongkan bersama sampah!!

25.1.10

Aduka Taruna&Group PAS Reform :Talian yang tidak pernah wujud dengan PAS

Saya dah agak dah tanggapan dan persepsi sebegini akan berlaku. Kini heboh semalaya yang Aduka Taruna adalah ‘egen’ dari PAS. Berasaskan lesen ‘PAS Reform’ yang di anjurkan oleh beliau, umum terutama media dan blogger pro kerajaan menjadikan alasan untuk memindahkan kesalahan itu kepada PAS.

Melayang dan merawang di pelbagai laman sawang, blogger pro kerajaan menyatakan PAS mengambil sikap lepas tangan di atas keadaan kontroversi yang dicetuskan oleh blogger AT ini.



Saya bukanlah pimpinan PAS untuk menyatakan si AT ini ahli PAS atau tidak. Tetapi berasaskan kepada keyakinan entri-entri yang pernah di keluarkan oleh beliau menyatakan sedemikian ( sila rujuk entri-entri beliau yang lepas ). Malah ia di kuatkan lagi dengan entri terbaru yang di keluarkan oleh ‘rakan sejawatan’ Projek Langgar Haji Hadi ( PLHH ), Xenan.

Sila lihat di sini.

Lama sudah saya ikuti setiap perkembangan dan artikel yang di siarkan di blog AT. Setiap baris perkataan, ayat dan luahan, langsung tidak menggambarkan yang beliau membawa suara dari PAS.

Saya pasti dan yakin, tentunya pimpinan PAS berasa sedih di atas situasi yang berlaku. Sudahlah terpaksa berhadapan dengan isu yang lebih besar, tiba-tiba, ‘anak’ yang tak tahu asal usul, di canang oleh pihak lain bahawa itu anak mereka.

Ada di kalangan blogger pro kerajaan menyatakan si AT ini adalah tajaan dalaman PAS yang ingin menjatuhkan kepimpinan TGHH dan ulama’.

Ini adalah satu kenyataan yang jahat dan lemparan tuduhan yang langsung tidak berasas. Kelakar benar blogger-blogger pro kerajaan ingin menyamakan ‘rumah tangga’ mereka dengan ‘bayti jannati’ yang di kecapi oleh PAS.

Jauh bezanya langit dan bumi!!

Apa pun, adengan ‘filem’ produksi yang di anjurkan oleh group ‘PAS Reform’( kononnya ) bakal bertukar wajah. Drama PLHH pun bakal bertukar bala kepada tuan empunya badan.

Sebelum ini, saya penuh keyakinan bahawa Allah akan tunjukkan mana yang hitam dan putih. Lagipun AT pernah berdoa di dalam blog beliau tunjukkan mana satu betul, mana satu yang salah.

Adakah drama PLHH betul atau sebaliknya.

Nah!!artikel itu rasanya tidak sampai 2 minggu. Allah tunjuk ‘cash’!

Lawan beliau adalah mereka yang gadaikan seluruh hidup untuk Islam. Yang malamnya bermunajat meminta kemenangan untuk Islam. Yang hidupnya bak ‘Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar’.

Bandingan di antara mereka ini ( PAS Reform ) dengan mereka ini ( kepimpian TGHH ), anda saja mampu menjawabnya.


Maka saya nasihatkan kepada group ‘PAS Reform’ ( Tulang Besi, Topeng Perak, Xenan dan rakan yang sewaktu dengannya ), usahlah ganggu perjuangan ini.

Mereka katakan mereka bukan ahli PAS. Bukan juga pendokong dan penyokong PAS. Sekadar rakyat yang memilih dan memangkah PAS semasa PRU. Maka mereka tidak mahu parti yang mereka pilih tersesat jalan.

Jalan keluarnya mudah sahaja.

Orang-orang seperti mereka ( Group PAS Reform ), tubuhkan sahaja parti baru. Saya yakin, andai AT di tangkap, di dakwa atau sebagainya, idea ‘bernas’ sebegini akan terus berjalan.

Jadi, gerakkan massa yang ada pada masing-masing. Pergi daftarkan sahaja pada ROS. Namakan sahaja apa yang sedap dan terbaik bagi telinga masing-masing. Letakkan sahaja siapa pimpinan yang mereka rasakan terbaik.

Tak payah beraksi bagai pahlawan di gelanggang orang lain. Kelak malu kerana langkah yang teramat sumbang dan jelik.

Itu baru Allah bagi ‘warning’ sikit kepada mereka yang memperlekehkan kepimpinan ulama’.
( Jangan cerita la bab UMNO. Itu semua dah maklum. )

Jangan pula sampai cerita perang uhud Allah zahirkan kelak!

Baca penjelasan terbaru AT

Baca tuduhan blog pro kerajaan terhadap PAS

23.1.10

Otai 'Projek Langgar Haji Hadi' akan di dakwa?

GAP baru mengisytiharkan telah membuat laporan polis berkenaan artikel yang di keluarkan oleh Aduka Taruna. Artikel yang di telah di siarkan di dalam blog Aduka Taruna menjadi kontroversi akibat ia menyentuh isu yang amat sensitive berkenaan Almarhum Sultan Johor yang baru di jemput menghadap yang Maha Esa.

Cuma yang saya kelakar, GAP menyatakan yang si Aduka Taruna adalah blogger PAS. Bagi saya AT ( baca : Aduka Taruna ) bukanlah blogger PAS. Juga bukan penyokong PAS.

AT pernah mendabik dada yang dia bukanlah penyokong PAS. Dia punya idea dan gaya ‘poyo’ yang tersendiri.

Itu yang pernah beliau katakan.

Malah projek besar yang di susun untuk mendapat liputan sensasi pulak adalah ‘Projek Langgar Haji Hadi’!

Umum mengetahui yang TGHH adalah presiden PAS. AT juga teramatlah maklum akan hal tersebut. Juga beliaulah yang beria-ia teramat sangat untuk menjatuhkan kepimpinan ulama’ di dalam PAS melalui medium blog beliau.





Gerakan ‘PAS Reform’ juga beliaulah salah seorang dari think thankernya. Siap buat baju lagi! Bukan itu saja, gambar timbalan presiden PAS dan pesuruhjaya PAS Selangor pernah di letakkan di dalam blog beliau secara terbalik! ( cuma sekarang dah buang daa..)

Rupa beliau tidak pernah di pamer kepada umum. Dalam posting ketika beliau membakar gambar PJ Selangor, juga di hitamkan.

Kelakarnya, otai samseng blogger macam dia pun tahu takut. Tak nak sesiapa tahu wajah beliau. Bestnya, ayat-ayat cinta setiap artikel yang di keluarkan, cukup ganas!

Malahan artikel yang ‘latest’ berkenaan ‘projek langgar Haji Hadi’, beliau dengan selamber membahasakan Allah dengan perkataan kurang ajar iaitu ‘LU’!!

Orang macam ni GAP katakan blogger PAS!!!

Saya kira mungkin GAP perlu betulkan statement beliau. Saya pasti, andai AT di dakwa, pimpinan PAS akan katakan yang mereka tidak kenali AT.

Kerana cara dan gaya PAS tidak mengajar pengikut dan penyokongnya bersikap kurang ajar. Tidak kira melalui tulisan, percakapan, demontrasi dan sebagainya.

Dah Presiden sesebuah parti nak di ‘langgar’, kepimpinan ulama’ di perlekehkan dengan cercaan yang saya sendiri tak sanggup nak katakan yang si AT ini islam; takkanlah ‘makhluk’ ini datang dari parti islam?

Apapun buat AT, bersabarlah..

Kau nak ‘langgar’ ulama’ dengan strategi yang kotor, Allah hantar orang lain langgar dulu..

Nak buat macam mana…

Bersabarlah ye!!


Blog Aduka Taruna

Blog GAP

Seketika Potret Pejuang Islam Berbicara..


Almarhumah Zainab al-Ghazali

as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin & as-Syahid Dr. Aziz Rantisi


as-Syahid Abdul Fattah Ismail


al-Marhum Prof Dr Abdul Halim Mahmud & al-Marhum Soleh Ja'fari


as-Syahid Sayyid Qutb


as-Syahid Hassan al-Banna



al-Marhum Abdul Qadir Audah



al-Marhum Dr Burhanuddin Helmi


al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor



22.1.10

Cerdikkan soalan yang 'bodoh'!


Pandangan dan tanggapan terhadap golongan yang mendalami ilmu agama cukup ‘menggerunkan’. Masakan tidak, terkadang masyarakat memandang golongan ini umpama ‘malaikat pembawa rahmat’. Lebih jitu ‘kegerunan’ lagi takkala golongan ini di nobatkan dengan gelaran ‘serba tahu’!


“..eh Ustaz silalah…..”


khalifah yassin..


kemudi tahlil..


khutbah jumaat..


sembelihan binatang..


mandi jenazah..


marhaban..berzanji..


ceramah..kuliah..baca kitab ‘kuning’..


dot..dot..dot..dot…..


Maka persiapan yang rapi dari segi mental dan psikologi teramatlah penting. Usah nanti melatah berhadapan dengan masyarakat ‘pasembor’ membuatkan kita pening tidak ‘ketahuan’..


Andai ‘make up’ perasaan, ‘perang psiko vs perang psiko’ tidak di mulakan penguasaannya seawal yang mungkin, cerita mudahnya, sediakan tisu sebanyak yang mungkin di poket..


Peluh berjurai tidak berkesudahan..


Anda vs Soalan Bodoh!!


Pengalaman bergaul dengan ustaz tempatan atau gelaran umum, ‘ustaz pondok’ amat bermakna bagi saya. Walaupun orientasi pengajian berbeza, namun ‘emasnya’ mereka ini adalah pengalaman dan rapatnya mereka dengan masyarakat.


Dan yang lebih penting, penguasaan ilmu mantiq mereka dalam berhadapan dengan pelbagai persoalan bisa di teladani oleh ‘masyarakat’ timur tengah.


Lihat sahaja gaya ‘tok-tok guru pondok.


Bersahaja..


Maintain..


‘koro’..


Pernah seorang ustaz pondok berkongsi pengalaman berkenaan dengan sikap dan kerenah masyarakat. Soalan yang di tujukan pelbagai.


Tidak apa kalau soalan yang di tanya asbab tidak tahu. Tetapi, apabila soalan yang ingin di utarakan berbau ‘budu’ campur ‘cencaluk’, maka situasi 2 dunia bakal muncul di hadapan mata.


“ Enta kena cerdik baca soalan orang. Kadang-kadang ada yang bertanya untuk ‘test’ kita..dia dah tahu, saja nak tanya..lebih teruk lagi, bila dia tanya untuk malukan kita”.


“Bila soalan pun dah ‘bodoh’, maka jawapan pun ‘bodoh’lah..tapi biar cerdik!”


Pernah suatu ketika, setelah ustaz ( yang saya maksudkan ) ini selesai membaca kitab ( baca : situasi di kampong ), maka seperti kebiasaan di buka sesi soal jawab.


Seorang yang asing muncul mengangkat tangan.


“Ustaz, boleh tak ‘orang barisan’ jadi Imam?”


Jawapan tidak di jawab meluru. Kuntuman senyuman di ukir kepada umum. Di teliti ‘makhluk’ yang tidak pernah muncul selama ini, menjelma untuk bertanya soalan.


“Tak boleh..”


“Aiii ustaz…takkan tak boleh kot ‘orang barisan’ jadi imam??”


Nafas di tarik.. Buah ‘luku’ kuasa 2 akan di lepaskan.


“Dia camni..pasal apa orang yang duduk dalam barisan tak boleh jadi Imam..pasal Imam dah ada..kalau ‘orang barisan’ jadi Imam, batal la solat!”


Saya tergelak mendengar jawapan ‘kilas’ daripada ustaz itu.


“Dia JKKK..tak pernah pun datang..sekali datang nak tembak kita..tunggu lagi..”


………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Itu yang terkadang menggerunkan saya. Berhadapan dengan mad’u yang pelbagai ragam, membuatkan setinggi ilmu yang di pelajari, boleh lenyap sekelip mata!


Di antara tokoh yang saya kagumi di dalam membidas kategori ‘soalan-soalan bodoh’ ini adalah Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor.


Kepetahan, kelancaran dan kegeligaan beliau menjawab dan membidas cukup padu dan ‘maut’. Lihat sahaja ketika beliau beraksi di pentas parlimen.


Tidak jemu untuk saya berulang kali melihat gaya ‘selamber’ beliau ketika memberi pukulan maut kepada MP Larut ( ketika itu ) yang cuba memprovoke dengan soalan ‘budak tadika’.


“apa la jadi ahli Parlimen macam ni..”



Gaya membidas yang cukup ‘kemah keming’!


Kerana kadang-kadang soalan macam ni, biar keras sikit ‘pulangannya’. Bertanya benda yang sudah tahu dan ma’ruf akan keadaannya.


“maka apabila hari kiamat sudah tiba, bumi dan langit akan di gulung kesemuanya..”terang seorang tok guru pondok.


“bumi dengan langit di gulung, lepas tu kena letak kat mana?”tanya seorang pendengar.


“di gulung keduanya, dan kemudian di letak atak kepala tok hang!!”


PAP AMIK SEBIJIK!!

17.1.10

Kalimah Allah : Mahasiswa Islam Usah Bisukan Diri!


Dunia mahasiswa ibarat check n balance kepada negara. Walaupun pentas mahasiswa ibarat budak yang baru hendak belajar berjalan, namun suara dan kehadirannya amat memberikan impak yang begitu besar di dalam mana-mana negara.

Lihat sahaja sejarah mahasiswa di Indonesia, suara mereka ibarat petir dan guruh yang mencakar. Sekali di cabar, selamanya terlipat dalam kanvas sejarah, Suharto di jatuhkan oleh gerakan mobilisasi mereka!


Gerakan di Baling pula misalannya, menjadi penyebab kepada pimpinan negara pada waktu tersebut mengikat tangan dan kaki serta menutup mulut gerakan pelajar di dalam negara dengan akta yang cukup mual iaitu AUKU.

Lihat pula gerakan mahasiswa di Afghanistan yang pernah suatu ketika menjadi ancaman yang maha dahsyat kepada golongan sosialis.

Maka dunia mahasiswa bukanlah suatu dunia yang asing dengan masyarakat. Justeru dekatnya perjuangan mereka dengan masyarakat dalam memartabatkan keadilan sejagat yang di sarankan oleh agama islam.

Desawarsa kini, Malaysia gegak gempita dengan pelbagai isu. Tidak kering dengan isu yang bersifat negara, timbul pula isu yang bersifat keagamaan.

Maka kita dapati, pelbagai reaksi yang di zahirkan dalam skop positif mahupun negatif.
Isu penggunaan kalimah Allah masih tidak surut di perkata dan di perbincangkan secara umum.

Banyak wacana dan diskusi ilmiah yang di adakan bagi mencari jalan penyelesaian yang paling terbaik dalam mengimbangi kestabilan negara dalam pelbagai sudut terutama dari sudut keselamatan.

Kecewanya, reaksi yang di zahirkan secara negatif di baca dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun.

Isu gereja di bakar adalah isu yang cukup sensitif. Sama juga sensitif andai suatu ketika ( nauzubillah ) masjid di bakar!

Lihat sahaja peringatan maha benar yang termaktub di dalam al-Quran. Allah teramat melarang kepada makhluknya untuk menyakiti, mencaci akan apa yang di sembah oleh penganut agama lain. Ini kerana, mereka akan menjustifikasikan tindakan yang di buat oleh orang Islam untuk membalas kembali.

Malah bacaan tindakan dakwah yang di tonjolkan oleh Nabi Muhammad dalam kisah yang amat tragis di dalam misi dakwah ke Taif, semestinya di ambil ibrah oleh umat Islam umumnya.

Saya mengikuti kisah dan isu terkini dengan penuh berhati-hati. Malah ajaran tarbiah agar kita tidak mudah melatah, membolehkan setiap isu di baca dengan adil dan saksama.

Saya kagum dengan sahabat mahasiswa di dalam negara yang mewarnai isu semasa dengan menyertai perbincangan ilmiah di dalam wacana dan diskusi yang di anjurkan.

Sebagai contoh, wacana ilmiah yang di anjurkan oleh intellectual Youth Club (IYC) UIA dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


High Light saya adalah kepada presiden PKPIM. Kredit dan merit yang tinggi patut di berikan kepada beliau. Pada saya, bacaan dari segi undang-undang dan waqi’iah yang di lontarkan oleh beliau amat hidup dan sesuai dalam konteks di Malaysia.

Saya tidak cakap tidak ada, cuma saya tidak nampak dan ketemui lagi ( selain Presiden PKPIM ) pimpinan pelajar yang lain mengeluarkan kenyataan mahupun ‘sit down’ dalam mendiskusikan isu yang andai tidak bijak di urus oleh pimpinan negara, maka tentu sahaja banyak pihak yang terguris.

Saya yakin, ramai yang teramat mengharapkan satu kenyataan dari gergasi front liner mahasiswa yang masyhur, iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia ( GAMIS ) berkenaan isu ini. Mungkin wujud wacana, diskusi mahupun kenyataan akhbar dari GAMIS, tetapi biarlah di’jaharkan’ kepada umum.


Biar semua mengetahui bahawa GAMIS juga mengambil ‘part’ dalam isu sensitif ini bukan sekadar duduk dan akan mengambil ‘seat’ andai isu ini bertambah ‘ganas’ dan akan berada ‘di luar kawalan’.

Baru-baru ini, PMRAM mengeluarkan kenyataan rasmi dari Manhal PMRAM berkenaan isu penggunaan kalimah Allah.

Cantiknya, kenyataan itu di buat dan di keluarkan secara ilmiah dan tidak terlepas memasukkan point waqi’iah di dalamnya.

Walaupun ada yang memberi respon yang pelbagai terhadap kenyataan yang di keluarkan, namun ia sekurang-kurangnya, menggambarkan mahasiswa dari timur tengah khususnya Mesir mengambil berat akan isu ini.

Selepas kenyataan yang di keluarkan oleh PMRAM, maka pada pemikiran dan pandangan saya, saya beranggapan tentu sahaja persatuan-persatuan induk di negara timur tengah yang lain akan turut menjejak langkah bijak PMRAM.

‘Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba’…

Saya tidak pasti, adakah isu tuntutan penggunaan kalimah Allah di baca dari sudut yang mana pada front mahasiswa timur tengah yang lain. Adakah isu ini terlalu kecil bagi mereka?

Ya. Tentu sahaja ramai akan mengatakan, biar sahaja cerdik pandai agama yang membincangkannya. Biar pimpinan negara yang tentukannya. Biar kita yang di luar melihat dan memerhatikan sahaja.

Adush…tentu sahaja naïf sangat pemikiran sebegini andai wujud dan ada di dalam benak sahabat mahasiswa islam timur tengah yang lain.

Saya tahu, tentu sahaja sensitif andai saya ‘menyentuh’ persatuan-persatuan yang bergerak di negara yang lain.

Namun, sebagai ahli biasa yang bernaung di bawah persatuan besar di timur tengah, tentu sahaja diri ini ingin mendengar ‘suara’ ambil peduli dari sini dan dari tanah arab yang lain.
Risau benar, andai tanaman ‘tidak pedulisme’ menjadi kekal serta akan di warisi zaman ke zaman.

Saya yakin dan pasti, seluruh pelusuk organisasi persatuan timur tengah yang lain mempunyai ‘mauqif’ yang tersendiri berkenaan isu yang hangat di perbincangkan.

Tinggal lagi mahu mengikuti jejak seperti PMRAM sahaja.


Maka, cerita mudahnya..ikut ler..

Ringkasnya, tentu sahaja persatuan di luar sukar membaca dari sudut keadaan setempat. Maka posisi yang perlu di isi adalah bacaan dari segi ilmiah.

Walaupun ramai pimpinan politik, cendiakawan, para ustaz dan individu yang lain telah menyatakan pendirian masing-masing, namun bagi saya biarlah sekurang-kurangnya bacaan pendirian organisasi yang secara ‘overall’nya di anggotai oleh sahabat syariah, di nyatakan secara ilmiah.

Saya yakin, masyarakat di dalam negara tentu sahaja menanti persembahan seterusnya selepas PMRAM memulakan langkah.

Kerana suatu hari nanti, ‘baton’ itu akan di serahkan kepada generasi yang menanti!!

Maka biarlah persiapan itu bermula daripada sekarang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...