Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

27.1.10

Terima Kasih kepada wartawan Harakah kerana gelar Pemuda PAS “Anjing”

Oleh : Herman Samsudeen

Saya mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada Wartawan Harakahdaily yang mengelarkan Pemuda PAS sebagai “anjing Polis” kerana membuat kenyataan akhbar untuk mendesak Polis menyiasat Aduka Taruna.

Pemuda PAS Johor dipanggil “Anjing” kerana mahu Polis siasat Aduka yang menghina Almarhum Sultan Johor. Pemuda PAS Wilayah dipanggil “Anjing” kerana sokong kenyataan Pemuda PAS Johor dan mahu Aduka disiasat oleh Jakim juga kerana pernah menghina Isteri Rasulullah, Aisyah dan Imam Syafei.

Wartawan berkenaan mengakui yang beliau simpati dan kenal pada Aduka. Dia menghubungi saya dan memberitahu bahawa Aduka sedang tertekan sekarang setelah Pemuda PAS buat kenyataan minta dia disiasat.

Saya kata ada sebab kita buat kenyataan itu, bukan pasal Kes hina Almarhum Sultan sahaja. Saya minta dia rujuk pada kenyataan asal yang bertajuk “Minta Maaf Tidak Cukup, Aduka Taruna Perlu Disiasat Polis” dan Jakim

Ingatkan bila membaca kenyataan itu dia faham, rupanya dia konar ke tempat lain pula. Dia persoalkan kenapa Pemuda PAS tak buat kenyataan masa dia hina Isteri Nabi dulu, kenapa sekarang?

Bila saya kata, kita baru dapat maklumat tentang artikel itu melalui seorang rakan Facebook lain, dia konar lagi…

Kali ini tuduh Pemuda PAS buat kenyataan itu pasal dendam. Ya! Pemuda PAS Wilayah dikatakan berdendam pada Aduka yang selama ini giat memprojekkan kempen PAS Reform yang mahu Presiden PAS sekarang dijatuhkan…

Saya pun tak terfikir bab tu, sebab selama ini tak singgah pun kat Blog Aduka. Lagipun kita tak ambil pusing tentang kempen Aduka tu, sebab dia bukan ahli PAS. Lagipun kita kita sudah lali dengan kempen-kempen orang luar yang nak pecah belahkan PAS nie, bukan Umno jer yang buat.

Bila kita kata bukan sebab dendam, pagi ini dia tuduh kita “Firaun” pula. Hai teringat kisah Zulkifli panggil Khalid Samad “Firaun kecil” sebab tak sependapat dengannya.

Wartawan yang suka berhujah ini akhirnya mengunakan modal hujah Almarhum Ust Fadzil iaitu “Kaset lawan kasetlah”. Hujah ini Almarhum Ust Fadzil kemukakan bila KDN sibuk nak rampas kaset-kaset ceramah PAS kerana tidak tahan dengan kebangkitan rakyat yang dapat maklumat dari kaset-kaset ceramah PAS.

Maka, bila wartawan Harakahdaily nie nak guna hujah kaset lawan kaset, saya hanya boleh komen kat blog dia…



“Ada masa kaset lawan kaset..tapi sekarang ana pakai DVD dan broadband dah…so minta maaf la kalau terkasar bahasa. Kalau ana dan Aduka panjang umur…teringin juga nak minum teh ngan dia dan anta..mana tahu boleh tukar kaset dengan DVD scr santai”

Melihatkan wartawan berkenaan mengakui bahawa beliau sedikit rapat dengan Aduka, saya bertanya

“Di mana, sikap anta yang suka berhujah. Kenapa tidak gunakannya masa Aduka Taruna hina Aisyah & Imam Syafei…

kenapa anta tidak tegur tulisan Aduka Taruna lebih awal…lemah betul persahabatan anta berdua…

Bila sudah diheret begini barulah nak mengamuk…guna akal. Pemuda PAS juga ada hak untuk bersuara dan bertindak bukan anta dan Aduka Taruna sahaja boleh berbahas.”

Maka inilah jawapan standard dia;

““Ana tegur aduka semasa tulisan itu ditulis, tapi ana tak mahu dilihat berdendam dan dilihat seperti ‘anjing polis’. Anta lebih kuat bersahabat dengan siapa?”

Tapi hairan juga, kalau sudah ditegur. Kenapa Aduka masih publishkan artikel itu? maka saya tanya lagi:

“Setiap kali ana tanya, Jawapan standard anta;

“Ana sudah tegur”

tapi sayang, persahabatan anta dgn Aduka Taruna tidak memberikan kebaikan pada dia, malah lebih memburukkan keadaan.

Jika benar anta tegur patut dia buang artikel penghinaan thdp Isteri Nabi dan Imam Syafei..

Dan patut selepas itu dia tidak lagi menulis yg karut marut sampai persenda org yg sudah meninggal dunia..Inikah adab yg anta kongsi dgn dia…”

Jawapan dia macam nie pula:

“Saya jenis call, minta maklum balas dan tegur. Abang Herman sendiri pun, saya call, saya ambil maklum balas dan saya tegur berhubung isu laporan polis tentang aduka…

Kalau Abang tak bersetuju sekalipun, kenapa tak berhujah? Buka al-Baqoroh:194 dan buka juga Hadith Bukhari: No.2804.

Aduka menulis dalam disiplin propaganda emosional.”

Nampaknya dia makin emosional juga. Jadi terpaksalah jawab juga;

“Berhujah guna akal yg waras bukan nak tunjuk hero….jangan macam Umno, guna Al-Quran tapi tunjukan kebodohan.

Propaganda pun kenalah bijak, jangan sampai makan diri…Kerana sikap org mcm antalah sahabat anta Aduka tu jd mcm tu…

Sahabat yg baik akan menyeru sahabatnya berbuat baik. Klu nak propaganda pun buatlah dengan cara yg tidak merugikan diri sendiri.

Anta sebenarnya bkn nak pertahankan dia. Tapi nak pertahankan kegagalan anta dlm bsahabat dgn dia…

Anta patut malu mengaku ahli PAS, sbb takda pyokong PAS yg tega melihat isteri Rasulullah dihina…patutnya bila anta tahu, anta kena tegur…bila dia tak makan saman…anta kena report…ini, anta takat call dan kemudian diam…konon nak cover dia…” begitu pandangan saya.

Dan perbahasan dalam blog wartawan berkenaan, saya tutup dengan teguran berikut:

“kalau Aduka menulis dalam disiplin propaganda emosional…makna jelas nafsu mendahuli akal…

Maka, ana menulis kembali dlm disiplin orang yang rasional…dimana akal mendahului nafsu…

Orang yg berakal tak perlu jd bodoh dan buang akal klu nak lawan org yg tak da akal dan disiplin…”

Memang sukar juga nak fahamkan wartawan Harakah ini.

Sesungguhnya Pemuda PAS jelas sentiasa istiqamah untuk menjaga prinsip. Kita tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang hina Sultan apalagi kalau dia juga menghina Keluarga dan Sahabat Rasulullah serta Ulama’ Mahzab.

Kalau PAS boleh marah sampai berdemo bila kartunis Denmark hina Nabi dan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilder persenda keluarga Baginda, kenapa dalam kes Aduka kita perlu appologetic.

Wartawan berkenaan minta saya tarik balik kenyataan itu, dan cadangkan saya tegur dia secara direct memandangkan dia selama ini banyak bantu Pakatan.

Wah! macam nak ‘rasuah jasa’ pulak…kalau Umno yang buat rasanya dia juga akan maki hamun berguni-guni…Tapi sebab Aduka kawan dia, maka cairlah hatinya…

Tapi saya tak tolak mentah-mentah pandangan dia. Saya setuju perlu tegur dulu…tapi sebelum saya keluarkan kenyataan itu saya sudah lihat, bahawa sudah ramai yang posting teguran pada Aduka. Tapi dia masih degil dan angkuh untuk membiarkan posting yang menghina itu disitu.

Semasa saya kirimkan kenyataan itu, kesemua artikel masih ada disitu walaupun wartawan itu sudah tegur juga. Apakah dia hanya akan dengar dan tarik balik bila pemuda PAS tegur….saya tidak fikir begitu, maka saya bincang dengan pimpinan lain, dan akhirnya kenyataan saya itu terus keluar dalam Harakahdaily.

Tapi pelik juga, kalau Wartawan itu beria-ria nak tahan kenyataan itu, kenapa Harakahdaily tempat dia kerja boleh siarkan kenyataan itu. Kenapa tiada pimpinan yang tegur tindakan Pemuda PAS Wilayah dan Johor.

Sehingga ke hari ini, saya tidak nampak dimana salahnya kenyataan Pemuda PAS Wilayah dan Johor. Kita akui kita lambat respon isu penghinaan Aisyah dan Imam Syafei sebab tidak maklumat. Dan kerana penghinaan kepada Sultan Johorlah banyak maklumat kita dapat tentang kebiadapan Aduka.

Saya setuju dengan satu komentar dalam blog wartawan berkenaan yang mengatakan tindakan Pemuda PAS ini sebagai “better late than never”.

Lagipun, Pemuda PAS Wilayah juga tidak hanya membuat kenyataan terhadap Aduka. Kita konsisten dalam isu hina Sultan Johor ini, sebab itu saya keluarkan kenyataan kedua yang bertajuk “Hina Sultan: Polis Diminta Siasat Cybertrooper Umno dan beberapa Blogger lain“.

Tapi Wartawan ini enggan mengulas Kenyataan kedua ini, tapi masih taksub untuk pertahannnya kegagalannya mentarbiyyah akhlak Aduka, rakan karibnya.

Saya telah lama melihat tingkah wartawan ini, malah seorang komentar blog beliau juga menegur

“Aku banga dengan ZF, jahat , tak malu makan gaji dengan harakahdaily tapi jahat dan tidak mengikut haluan jamaah.

Padan dah kena sergah di presiden hari jumaat baru ni…”

Dengan selamba, wartawan ini jawab;

“Saya test market aja dengan tanya suatu soalan yang berlawanan dengan emosi Presiden. Marah beliau memberi isyarat x sokong pihak tertentu dalam PAS yang melarang orang bukan Islam dari menggunakan nama Allah. Motif…”

Begitulah sikapnya, berhujah jadi makanan hariannya. Kebenaran apa yang dicari…saya pun tak tahu. Kalau Presiden PAS pun dia boleh persendakan, siapalah Pemuda PAS yang diibaratkan “Anjing Polis” hanya kerana ingin pertahankan maruah Isteri Rasulullah yang sudah cukup difitnah ketika hidupnya.

Maka, saya akhiri dengan ucapan Terima Kasih pada beliau kerana add value pahala Pemuda PAS hari ini. Saya maafkan tuduhan dan gelaran yang wartawan beri tanpa prasangka…harap perkara ini selesai disini.

3 comments:

bung said...

aduka kena masuk lokap n dicari polis bukan kerana pemuda pas

tapi kerna pemuda umno yang report

tapi kenapa pas jugak yang disalahkan

nampak sangat yang mamt tu berdendam dengan pas

kenapa dia tak tibai teruk2 pemuda umno yang wat report pasal dia

malangnya ada plak mamat poyo dalam harakah boleh sokong aduka tu

apa punya turr la budak baru pas ni

Anonymous said...

tak pa lah ...sabaq je lah,,,ZF memang camtu.. dari zaman kampus lagi dah perangai gitu...habis zaman kampus...mula cari publisiti...pengaruhi budak2 kampus...habis caca merba kampus dibuatnya...bila orang mula hidu perut busuk dia, lari masuk harakah...pastu wat panas dalam PAS...ni masalah bila beraqidah kepada akal...harapkan sarjana, sarjana tak boleh harap...

dia lupa kita ada ALLAH

Anonymous said...

bertobatlah...yang penting pemuda PAS buat kerja lillahitaala... Biar mamat tu melalak sorang-sorang... Yang harakah ni pun satu...dah ketandusan wartawan dah ker... cammana nak tarbiyah rakyat, kalau staf sendiri fikrah serabai...tak da interview ker??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...