Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

18.5.09

ANASIR SYIAH DI UNIVERSITI TEMPATAN!!


Memang mengejutkan! Ingatkan selsema babi sahaja yang mengganas, rupanya virus Syiah pun sudah mengganas dalam diam!

Seperti yang kita ketahui dan maklumi, Ijmak Ahlul Sunnah Wal Jamaah sememangnya menolak bulat-bulat akan I’tiqad akidah puak Syiah. Sejarah adalah bukti yang paling terbaik dalam menghukum golongan ini.

Dengan mengkafirkan Khulafa’ ar-Rasyidin yang tiga iaitu Abu Bakar, Umar dan juga Usman meletakkan golongan Syiah adalah pengkhianat agama yang teramat merbahaya kepada ummah sekeliannya. Bahkan sehingga golongan ini berani meletakkan sifat silap kepada Allah dalam melantik Rasulullah!

Apa yang mengejutkan saya adalah terdapat mereka yang beraqidahkan Syiah menjadi pensyarah di universiti tempatan!!

Dan lebih teruk lagi, pensyarah tersebut mengajar dalam bidang Usuluddin yang membicarakan tentang aqidah!!

Peliknya macam mana mereka yang beraqidahkan Syiah mahupun yang ‘ tasyaiyu’ ’ ( mereka yang cenderung kepada Syiah ) boleh terlepas untuk menjadi pensyarah di universiti tempatan di Malaysia..

Andai kata sewaktu sesi temuduga mereka-mereka ini berselindung dengan ‘baiiikk punya’, tapi jelas dan nyata mereka mempamerkan akan ‘kesyiahan’ mereka sewaktu sesi kelas berlansung, kenapa tiada sebarang tindakan yang diambil?

Puak-puak Syiah ini memang golongan yang pandai ‘kelentong’. Dengan berimankan konsep ‘Taqiyyah’ dalam kehidupan mereka, selamanya kita susah hendak mempercayai segenap jua percakapan yang mereka keluarkan.

Risaunya saya bilamana ‘pensyarah Syiah’ ini berhujjah dengan mereka yang masih tidak kuat akan pegangannya. Dengan meletakkan konsep berlapang dada dalam berselisih pendapat, maka saya pasti, ramai dikalangan sahabat-sahabat kita yang mengambil subjek dengan pensyarah tersebut terumbang ambing pemikiran mereka dalam meletakkan yang mana satu betul dan yang mana satu salah!

Inilah cara mereka menyesatkan orang lain!!

Dan jangan pelik andai tiada tindakan diambil dengan segera maka kita akan dapati suatu ketika nanti terdapat ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid, akan membengongkan pak cik dan mak cik-mak cik dengan kesesatan aqidah mereka.

Perkara sebegini sememangnya wujud. Cuma mungkin kurang diambil perhatian. Bahaya….

Mereka ini umpama virus pada babi. Dalam senyap amat merbahaya!!

9 comments:

Anonymous said...

teruk sangatkah Syiah hinggakan seakan-akan di benci walhal Syiah juga merupakan cabang daripada Islam.

Anonymous said...

salam..tiada bukti yang mengatakan syiah adalah cabang drpd islam!malah ia telah difatwakan sesat oleh ulama' ahlu sunnah wal jamaa!

muhammad said...

salam ust
boleh tlong terangkan maksud taqiyah
ana xtau
syukran
wassalam

Anonymous said...

salam ust
boleh tlong terangkan maksud taqiyah
ana xtau
syukran
wassalam

malaysia baru said...

Bila kita lemah, senanglah di jangkiti.

Kita perlukan ulama2 muda yg kuat aqidah AhliSsunnah untuk menjaga haq...

Uwais Qarny said...

to muhammad..
ws..saya akan jawab melalui entry akan datang.

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Artikel muhasabah yang bagus..

Pertama: Pelajar syariah kene lebih malu dari Medik yang lebih "alim" dari mereka, atau lebih menekankan aspek "kepentingan" dalam agama.

Kedua: Pelajar Medik tak perlu lebih mendabik dada, kerana lebih alim. Kerana mereka hakikatnya sama dengan pelajar syariah. Apatah lagi jika mereka turut sama mempelahari Fiqh Tibb, usul Fiqh, Hafaz Quran dan sbginya. Bahkan dia lebih pada subjek2 perubatan. Mungkin minor dalam syariah.

Ketiga: Kedua2 jenis manusia ini adalah sama. Lainnya ialah penghayatan dan pengamalan. Ini realiti. Pelajar medik jangan hanya lihat pelajar syariah yang 'rosak' sahaja. Begitu juga pelajar syariah jangan lihat pada pelajat medik yang 'rosak' sahaja. Masing2 ada aspek kebaikan keburukan. Masing2 ada "syaitan" masing2.

Wallahua'lam

faizassyirazi said...

salam..
Akh,ana rasa nta mungkin terkeliru.
Tidak semua Ahlu Sunnah menolak Aqidah Syiah.enta boleh refer kepada link ini http://haidaralkarar.blogspot.com/2009/04/demi-islam.html
Begitu juga sikap para pemimpin Islam di Malaysia.Tn Guru Haji Abd Hadi sendiri pun bersikap terbuka dengan mereka.
Ayuhlah,sekaran bukan masa untuk saling menyesatkan,tetapi fokus kepada isu umat Islam yang lebih utama.
Cumanya mengikut situasi di Malaysia,Syiah masih diprejudiskan oleh pelbagai pihak dan ia masih tiak diiktiraf di negara ini.
Kita bercakap bukan dengan bertaqkid,tetapi berdasarkan hujjah.
Jazakallah..

Anonymous said...

Siapalah si bodoh Anonymous pertama di atas yang kata Syiah cabang Islam. Hanya orang yang cetek akal dan mudah terpengaruh dgn si dajjal Iran saja yang percaya pada syiah.syiah, wahabi semua mengarut. Islam lebih mudah jika hanya percaya kepada Allah, 25 rasul termasuk muhammad s.a.w,rukun iman ada 6 dan 5 rukun Islam. orang syiah berhaji di iran salah. haji sebenar di Mecca - yang ini betul sebab dlm bible old testament pun ada sebut pasal mecca(bacca) dan air zamzam.dlm bible pun ada sebut seorg nabi akhir dtg dgn 20000 saints - sifat mereka sama, anak yatim dan pengembala kambing. Syiah iran hanya ikut telunjuk para imam mereka yg anti keluarga rasul akibat dendam berzaman. kalau muawiyah ada silapnya...kenapa pulak nabi muhammad dipersalahkan, sedangkan dia cukup sayang S.Ali dan cucunya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...