Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

9.11.10

ANTARA KURANG AJAR ATAU JAHIL??TERUK DAHHH MALAYSIA NII..!!


Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.


Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".

Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".

"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.

"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".

Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"

10 comments:

Fatehah A. said...

niat tak menghalalkan cara. tu je senang ckp

zalizalu said...

kalau mak mertua alim, mesti dia marah... haishhhh

Isa said...

ini dah termasuk dalam kategori bangangaterlampau. Otak dia kat lutut, akalnya kat tumit kaki.

Laki pulak dayus..., ada ke.. impian anak lebih utama dari perintah Allah.. bodoh stupidity bahalol..

Mak mentua Alimmmm..???? hahahaha... apa punya lawak bangang...

zalizalu, gua sokong lu...

Hani said...

orang kat turki nak pakai tudung pg sekolah pun x leh....berdemo segala untuk melaksanakan tuntutan Allah...kite senang2 je bukak dengan "kerelaan sendiri"....xde rase bersalah ke...adeiila

tuktuk said...

otak seperti plastik, tak payah cakap mengenai agama, buat kerja kau, berjoget siang malam, suruh anak kau rakam video kau menari, bila kau mati nanti, anak kau boleh pasang semasa iman baca tahlil, boleh anak kau ajak imam berjoget sama.
ayo ayo ayo.

lizay_73 said...

mula2 banjir kat kedah....
pasni banjir kat kelantan plak...
esok2 tunggu la bala turun kar KL...
ni la tanda2 umat akhir zaman

adi360 said...

pandai plak dia jawab org yg solat lima waktu tk penah tinggal tak semestinya masuk syurga.. tp yg semestinya tak pakai tudung tu langsung tkkan ke syurga... wallahualam..

Anonymous said...

bodoh..bongok..xpakai otak ke ms wat statement..dari manala ko blajo..demi pengorbanan anak2 konon..patutla anak2 skrg perangai cam setan..dh mak bapak sendiri pun xpandai mendidik anak2 mengikut ajaran Islam.dia ni xtau ke hukum xtutup aurat?HARAM tetap HARAM..xkirala niat baik ke tak

Jarr said...

apabila konsep kesederhanaan beragama disalah erti...mcm ni la jadinye.statement menggegar langitla yg keluar.

nauzubillah.

Anonymous said...

subhanallah, apa nak jadi dgn masyarakat kita skg nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...