Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

31.12.11

WARDINA SAFIYYAH : ICON UMMAH 2012 ( VIDEO INSIDE )



Satu benda yang menarik perhatian saya terhadap selebriti bertudung popular ini adalah kisah silam bagaimana beliau boleh berubah. Latar belakang keluarga dan jalan hidup yang di lalui, adalah 'skrip' kehidupan yang perlu di kongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita.

Menariknya, dengan tidak meninggalkan bidang 'kontroversi' ini, beliau 'masuk' dengan corak aliran yang lebih segar dan bersih, sesuai dengan apa yang di gariskan oleh Islam. Imej bertudung litup, komunikasi yang menarik dan sopan serta pendekatan yang 'up to date' perlu di jadikan icon oleh remaja perempuan agar mereka yang 'tersesat' merasakan ada 'cara' untuk 'pulang' ke alam fitrah yang suci ini.

Video ini perlu di sebarkan dari yang 'putih' sehinggalah 'sehitam legam' kehidupan yang di lalui oleh masyrakat di Malaysia.

Sebab itu saya rasakan, sesuai keadaan Wardina sebagai 'figure' yang di kenali umum serta masih berada di posisi yang tidak kepartian, Wardina perlu di ketengahkan kepada ummah Malaysia terutamanya golongan remaja perempuan tentang bagaimana 'cara hidup yang sebenar' yang patut di hadapi pada masa kini.

Tirai 2011 sudah melabuhkan tirainya. Maka apabila jendela 2012 membuka 'kuaknya', Wardina Safiyyah perlu di tampilkan sebagai 'figure ummah' oleh semua golongan. Saya yakin, orang seperti Wardina tentu ada jalannya:)

29.12.11

ARTIKEL PANAS DARI BLOG "SELAMATKAN PAS'!!

Sumber

Bila saya tengok blog penarik beca, saya terfikir kenapa penyembah batu waktu sembahyang ni duk swing statement cikgu PA? Memang kalau orang percaya tulisan dia, memang orang tu bodoh. Dia kata: "Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali) tentu tak nak jawab (cabaran) (Datuk Dr) Hasan (Mohamed Ali) bab dia nak jumpa (dalam gelap) dengan Umno tu sebab bila jawab, (mungkin) kena cerita pula Presiden (Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang suruh jumpa Umno. Presiden pula (mungkin) kena cerita pula (Datuk Dr) Harun Din yang cadang supaya jumpa (pemimpin) Umno.

Walhal saya tengok, penarik beca takut orang dedahkan Mat Sabu jumpa MCA, UMNO di Penang apasal tak bangkit?

Kenapa dia diam bila bos dia jumpa UMNO dan MCA?Kenapa dia diam bila Husam Jumpa Tengku Razaleigh ketika pilihanraya Galas? Perjumpaan yang menjadikan Husam hampir masuk perangkap UMNO dengan berjanji PAS tidak akan meletakkan calon bertanding di galas dengan balasan bla... bla.. bla...? Ni nak saya detailkan satu-satu ke?

Akhirnya PAS terselamat apabila PAS Pusat membuat keputusan untuk terus bertanding dan janji Husam dengan Tengku Razaleigh akhirnya dibatalkan oleh PAS Pusat. Kenapa Penarik Beca tak bising? atau parasit tak sampaikan berita tersebut dari Kelantan, dibawa oleh Bos Penarik beca, Mat Sabu untuk di mesyuaratkan di restoran taqwa, Gombak dan beberapa area di Pahang?

Pandai juga hang selamatkan bos hang! Bila berlaku kekalutan, Timbalan Presiden ni peluk tubuh je... Tak ada fungsi lansung.Tak buat kerja. Walhal, dia kena bantu Presiden selesaikan masalah. Saya masih ingat lagi bila sahabat saya tanya Mat Sabu: "Mat, betul ke hang kata, Lim Guang Eng macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu jawab: "ya, betul". Pernahkan hang kata: Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi macam Umar bin Abdul Aziz?" Mat Sabu terdiam. Tak reti jawab. Kawant tu terus kata: "aku dah tak percaya dah dekat hang". Nak cerita lagi?


Saya nak tumpu pendedahan Saari Sughib punya perjumpaan-perjumpaan sulit. Sebab dialah punca kepada kekalutan yang berlaku sekarang. Dia punca, lately, dia rileks je peluk tubuh. Yang berbantai-bantai Dr. Hassan Ali dan Cikgu PA.

Tahukah anda bahawa beliau terlibat dengan konspirasi menguasai PAS dan PKR? Bermula dengan perjumpaan sulit di dalam PAS dan penglibatannya di dalam pencaturan pemilihan PKR.

24.12.11

KENYATAAN BALAS KETUA PEMUDA PAS TERHADAP TUDUHAN PRESIDEN ISMA MENGENAI ISU 'PAS MENGALAMI KRISIS IDENTITI'!!


PAS : Berindentitikan Islam.

1. Parti Islam Se Malaysia [PAS] didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden ISMA berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama : Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden ISMA terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota ISMA sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden ISMA, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.

3. Kedua : Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal Identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat - buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang - undang tubuhnya. Inilah Pengenalan dan Jati diri PAS : a] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam . b] Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah Allahu Akbar. c] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah : ~ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hukum – hukumnya menuju keredhaan Allah . ~ Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara . d] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha : ~ Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan . ~ Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .

4. Isu negara berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mereka mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

5. Lebih menarik, UMNO juga menyatakan demikian sedang UMNO lah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada - ngada betul lah mereka ni !

6. Suka saya jelaskan di sini bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti plan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan Syariat Allah swt. Itulah Fasa 1 projek PAS.

7. Fasa ke 2 , PAS bergerak dengan lebih praktikal. Bukan sahaja membentang plan induk [ Fasa 1 ] yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Ia adalah pengisian dan perlaksanaan. Sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata - mata atau juga di tohmah sebagai negara mullah.

8. Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah [pengabdian diri kepada Allah] . Ia menepati pembentukan Good Governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.


9. Menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat - buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Plan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan Fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.


10. Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah Pengukuhan Identiti. Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

22.12.11

GEMPAR!! : KONSPIRASI SULIT UNTUK MEMBUNUH KARIER POLITIK DATO' SAIFUDIN DALAM UMNO!!

Kemunculan Saifuddin bersama Nurul Izzah juga telah dijadikan isu mereka
yang mengatakan bahawa dia akan sertai parti pembangkang selepas ini




Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) kini dalam bahaya bila terdapat maklumat yang mengatakan UMNO Bahagian itu mengambil ketetapan untuk menolak nama beliau dicalonkan untuk bertanding lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Difahamkan, UMNO bersedia untuk menggantikan Saifuddin dengan muka baru iaitu calon dari Pemuda UMNO Mentakab bagi kerusi parlimen Temerloh pada PRU-13 ini. Berdasarkan maklumat, satu mesyuarat sulit akan diadakan di Jordan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan ketetapan itu. Jika ini berlaku, maka Saifuddin dilihat akan terpinggir dari politik UMNO kerana beliau lebih bersikap terbuka dalam beberapa isu termasuk yang membabitkan mahasiswa. Semalam, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah didesak meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar oleh kira-kira 350 orang mahasiwa di pejabatnya. Apapun, mengulas lanjut selepas itu Saifuddin berkata beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka. Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai desakan dalam memorandum itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara sebenar. Soalnya sekarang, bolehkah Saifuddin bertahan dalam UMNO atau meninggalkan parti itu sebelum PRU-13 ini nanti. UMNO tidak suka mana-mana pemimpin mereka yang cenderung kepada apa yang diperjuangkan oleh pembangkang walau pun ia untuk kebaikan rakyat sebenarnya. Malah, Saiffudian dilihat antara pemimpin UMNO yang amat disenangi oleh pembangkang kerana beliau lebih bersikap profesional dalam berpolitik. Namun, apakah sikapnya sebegini sesuai dalam UMNO. Mungkin Saifuddin boleh menilai segalanya kerana beliau lahir daripada sebuah NGO yang memperjuangkan aspirasi anak-anak muda. Apapun, semoga Saiffudin cepat membuat keputusan dan tindakan kerana dirinya kini dijadikan mangsa kutukan oleh blogger-blogger dan penyokong UMNO sendiri sekarang. Jika tersilap langkah, hayat politiknya akan terus berkubur begitu sahaja. Namun, jika dia cepat bertindak untuk kembali kepada rakyat ia memungkin untuk beliau dianggat ke tahap yang lebih tinggi selepas ini. Apapun, segala keputusan kini ditangan Datuk Saifuddin Abdullah. Bertindak atau pun terus bertahan.


[Apa yang bakal terjadi kepada Saifuddin ini jelas sekali melambangkan ketakutan UMNO BN terhadap sikap yang beliau tunjukkan mutakhir ini. Memang benar, kini beliau semakin popular dikalangan rakyat tidak kira yang menyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Saifuddin dilihat antara pemimpin UMNO yang agak berkarisma, bersih dan tidak banyak kontroversi melampau. Malah, pendiriannya yang tegas terutamanya dalam mempertahankan hak-hak mahasiwa juga dilihat sebagai satu alasan untuk pihak berkenaan menolak beliau. Sedangkan, pemimpin seperti inilah yang wajar dikekalkan. Mungkin, dek kerana UMNO tidak perlukan orang seperti ini akhirnya mereka cuba mencari jalan untuk menjatuhkan beliau. Apa yang pasti, jika Saifuddin dijatuhkan oleh partinya sendiri maka ia satu kesalahan besar yang sukar untuk dimaafkan. Malah, kami yakin satu hari nanti Saifuddin kembali akan berada di landasan kebenaran dalam meneruskan perjuangan politik beliau pastinya. Apakah beliau sudah bersedia agaknya? Atau mungkin dia akan tetap setia kepada UMNO].

GEMPAR : MAHASISWA BENGANG SEBAB DI PERGUNAKAN DALAM DEMO MINTA DATO' SAIFUDIN LETAK JAWATAN!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...