Entah apa yang mereka mahukan. Nak berhusnu zhon ( bersangka baik ) pun saya rasakan susah. Nama program pun dah tak berapa sedap nak dengar. Bukan setakat itu, sebelum program berjalan pun dah ada sikap prejudis terhadap golongan ulama’, kebenaran apakah yang mereka cari sebenarnya?
Saya cuba untuk bersangka baik dengan Aduka Taruna ( baca : AT ) apabila beliau pernah keluarkan artikel selepas di sambut baik oleh Songkok Putih. Di dalam artikel tersebut, AT menyatakan beliau akan menukarkan kalimah ‘ langgar’ kepada ‘wacana’ andai harapan mereka untuk berhadapan dengan TGHH menjadi kenyataan.
Dan sekarang, telahpun menjadi kenyataan.
Namun sikap sebenar AT serta Group PAS reform terlalu huduh untuk di gambarkan. Tersiar di dalam blognya ‘ Tarikh Langgar Hadi 28 Mei 2010’..
Apa yang di perhatikan, AT bersama group PAS Reformnya terlalu memandang hina institusi Ulama’ dalam PAS dan tubuh badan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Artikel AT seterusnya di keluarkan dengan bauan busuk hati dan serangan psikologi kepada anak muda secara licik.
Ayat ‘ genetic bodoh’, ‘Hadi wajib di jatuhkan’, ‘TIDAK ADA sebutan word KEPIMPINAN ULAMA dalam kitab para rasul dan hadis nabi’ dan sebagainya, menyerlahkan ‘ketidakpandaian’ dan ‘kejahilan’ AT sedari alam janin lagi.
Memang siapa pun tidak boleh ungkapkan apa niat sebenar AT yang tersirat di hati dan fikirannya. Namun andai sesiapa membaca entrinya, Tok Wan yang berumur 80 tahun pun dapat menghidu bau nafas ‘tak gosok gigi’ AT ini.
Entahlah, kalau di bawakan ayat Quran, Hadis dan sebagainya, belum tentu si AT akan faham dan menerimanya. Sebabnya mudah, “ orang Yahudi memang sudah termaktub secara genetic yang Islam itu benar dan termaktub di dalam kitab mereka akan kebenarannya, namun di sebabkan sikap prejudis mereka sedari awal lagi, segala hujjah yang benar di pandang salah bagi mereka selama-lamanya!”.
Saya tak katakan si AT itu yahudi, tapi mungkin itu adalah Qias yang paling mudah untuk di fahamkan kepada umum akan sikap AT dan Group PAS reform akan siapa sebenarnya mereka ini..
Kesian benar si AT dan Group PAS Reform ini. Dalam banyak-banyak isu, parti politik, individu, kumpulan dan sebagainya yang boleh di kategorikan sesat, salah dan wajib di jatuhkan, hati mereka terbuka untuk menentang ulama’.
Kesian si AT…
Kesian Group PAS Reform..
Jelasnya, mereka hendak malukan tubuh TGHH secara individu 28 Mei ini..Tetapi umum mengiktiraf TGHH sebagai ulama’..Dan kalimah ‘ulama’ pula di nyatakan di dalam Quran bahawa di kalangan hamba Allah yang paling takut kepadaNya..Maka tentu sekali Allah akan memelihara hambaNya yang paling takut kepadaNya daripada di malukan oleh mereka yang tidak takut kepadaNya!
10 comments:
Apa yang ngko nak sampaikan sebenarnya ni..? tak paham la... tulisan panjang meleret, tapi x de isi... kalau rasa tak tau nak tulis apa-apa, baik tak payah tulis terus... nanti dengan sendirinya nampak kebodohan kita.
Sungguh2 aku cakap, akau tak paham apa sebenarnya yang ngko nak terangkan dekat pembaca...
aku tak minat nak tau sape aduka teruna & sape ngko, tapi aku rasa betul2 buang masa baca artikel ngko ni.
ni nak ulas pasal politik malaysia yang makin haru biru ke nak ulas pasal personal yang tak de apa-apa kepentingan dalam politik..?
kalau nak jadi blogger yang bagus, fokus la pada isu, bukan membantai orang lain yang tak de pengaruh dalam politik Malaysia.
kami pembaca bukan nak tau pasal benda2 bodoh macam ni. kami nak INFORMASI..!
*ada jugak blogger tak fokus... patutla PR susah sangat nak tawan Putrajaya padahal ada kemampuan.
kepada orang atas :ni mesti geng2 Aduka Tarak Guna..hahaha..
Group PAS reform group buduh. drng ni msti xprnh pi tamrin@mukhayyam PAS. apa hangpa ingt PAS ni tertubuh mcm UMNO ka?
ni tulisan (UG) UMNO GROUP dalam PAS.
UG tersepit bila DAP menang di Sibu.
Nak ke UMNO, UMNO dah halalkan judi.
Nak ke PR, org dah x suk ceramah Hadi dan semua pemimpin UG.
Alahai... UG... UG...
gi mampos lagi baik.
Sheikh Uwais, berliku juga bidang ni ye. Semoga anta berjaya
berpuluh tahun TG haji Hadi dlm PAS dan lwn Umno. mcm2 dh TGHH dah kena dr Umno. mdh2 je ko tuduh bliau Umno gROUP YE? kO TU DH BRAPA THN JD AHLI pas? dh brpa kali mngundi?? blh blah la...
Salah satu perangai bodoh dan tak reti bahasa. Ini negara demokrasi. Suka hati dialah nak keluarkan pendapat dia. Pergi mampuslah dengan kenyataan "hanya ahli parti boleh kutuk parti".
Nak amal demokrasi, buat cara amal demokrasi. Yang nak halang orang nak bersuara buat apa. Suka hati dia lah nak kata apa pun.
To: Anonymous Jangan Bodohkan Pembaca Blog dengan artikel bodoh.....
weihh... ko, klu nk informasi & tak nak benda2 ni... takyah la dtg sini... ikut suka la blogger ni nak buat ape... ek elehhh...
byk lagi informasi lain ko boleh dapat... cari la blog lain...
Biarlah tuan punya blog ni nak buat apa... ni dia punya pendapat...
Rempat jalanan, kepala otak engkaula boleh cakap apa saja. Kalau orang cakap mak kau pelacur pun, kau kena diam ke? Ye le, kan boleh cakap apa saja?
Bongok, yang kita marah pasal orang buat fitnah. Pemimpin ni masuk umno, pemimpin ni nak peluk umno. Kemudian hina ulamak. keladi bawak kitab.
Kau budak lagi, tak pernah mengundi pun, lagi mau cakap byk..
orang balas hujah.. bodoh.. tak demokrasi??
pelik bin ajaib ni..
sepatutnya Demokrasi memberi peluang untuk menyoal, menjawab, menafikan, mengiyakan dan sebagainya!!
kalau ada yang setuju.. dah tentu ada yang tak setuju...
Siapa yang tak faham demokrasi ni??
ISLAM tak tertegak bila mana Umatnya masih berpecah..
Contohi pemerintahan ketika Muhammad Al Fateh..
kenapa mereka berjaya menawan Konstantinople??
kalau setakat tahu sejarah demokrasi. prinsip demokrasi untuk alasan membodohkan orang..
hishhhhhh...
nothing to say lorrr.....
Post a Comment