Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

25.5.09

Kaedah Bacaan Iqlab Kita Salah?


Sebenarnya saya pun tidak pasti hendak meletakkan garisan yang mana satu yang betul. Saya yakin dan pasti selama mana kita rakyat Malaysia yang mempelajari ilmu tajwid akan selari dengan hukum yang di pegang dan yang di ajar.

Kadar bacaan bagi Iqlab adalah 2 harakat. Ini adalah ijmak ulama’ tajwid yang saya optimis kita semua ma’ruf akan keadaannya.

Dan saya pasti semua ma’ruf akan hal cara bacaannya juga. Apabila ‘nun mati’ bertemu dengan ‘ba’ maka cara bacaannya adalah dengan membuka sedikit mulut.

Itu adalah cara bacaan yang selama ini kita pelajari di Malaysia dan yang kita warisi sejak turun temurun.

Tapi saya tidak pasti adakah sahabat-sahabat dapat bersetuju dengan saya andai saya katakan wujudnya khilaf atau perbezaan mahupun percanggahan cara bacaan Iqlab!

Lagi power andai saya katakan cara bacaan yang selama ini kita warisi sejak turun temurun itu adalah salah!

Saya yakin sahabat-sahabat saya yang belajar di Shoubra tentu tidak sependapat dengan saya. Apatah lagi saya bukanlah mengambil ijazah pengkhususan dalam bidang al-Quran.

Sekadar diploma tahfiz..Itu pun ‘ceroi’ je..

Isu ini saya tersentak apabila saya bertemu dengan Ustaz Aleh Solihin, bekas pelajar Ma’ahad Fatah, yang terletak di Syria. Beliau adalah tenaga penggerak pertubuhan NGO PERSIDAM ( Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia ) yang berpusat di Shah Alam.

Pertemuan antara saya, juga 2 orang sahabat yang lain adalah bertujuan dan berbentuk teknikal sahaja. Dengan sepantas ‘gerak sejenak Goku’ ia menjadi Ilmiah.

“ Bagaimana cara bacaan Iqlab yang kamu belajar?”

Gaya lagak soalannya sepert SB. Kami terpingga seketika.

“ Hurmmm..buka mulut sikit Ustaz,” jawab Rashidi spontan. Saya dan Hafizan mengiyakan dengan penuh spontan juga.

“ Antum percaya andai ana katakan cara bacaan itu adalah salah?”

Kami ‘terkezut’ ( terkejut + buzz ). Aii..bid’ah apa pulak yang kami jumpa hari ini.

“ Sebenarnya cara bacaan yang betul adalah dengan menutup mulut. Itu yang sebenarnya. Saya tahu, kita dan ustaz-ustaz kita yang lain menerima kaedah bacaan Iqlab selama ini adalah dengan membuka mulut sedikit”.

“ Tapi sebenarnya cara bacaan sedemikian adalah salah. Ana pernah bertemu dengan ustaz-ustaz kita yang hebat dan mantap dalam bidang tajwid di Malaysia ini untuk bertanyakan masalah ini”.

“ Ana bawakan hal ini dan ana terangkan kepada mereka secara ilmiah. Mereka kata pada ana mungkin ini adalah khilaf.”

“ Tapi hakikat sebenarnya, ini bukan khilaf! Ini adalahkesilapan yang di bawa oleh seorang Syeikh di Mesir pada era 1940an”.

“ Dan akibat cara bacaan silap yang di bawa oleh Syeikh inilah yang menjadi pegangan kepada kita sejak turun temurun. Ana dalam proses untuk menghasilkan sebuah buku bagi menjelaskan kaedah cara bacaan Iqlab yang sebenarnya.”

Kami hanya mampu diam sahaja.

Ketika saya berada di Syria, saya cuba untuk bertemu dengan Masyayikh Qurra’ yang amat ma’ruf di seantero dunia Islam untuk bertanyakan hal ini. Rezeki tidak menyebelahi saya.

Namun jawapan yang sama juga saya temui dengan Syeikh Abu Mazin, syeikh talaqqi Quran bersanad saya di Syria.

Beliau juga menyatakan hal yang sama seperti yang di beritahu oleh Ustaz Aleh. Dan Syeikh Abu Mazin juga menyatakan tidak wujud khilaf dalam cara bacaannya.

Tentu saya thiqah dengan syeikh saya. Tambah-tambahan pula hafazan Quran yang beliau perolehi adalah bersanad sehingga ke Rasulullah. Mustahil benar beliau menyatakan akan perkara yang salah andai kenyataan dan kaedah bacaan yang beliau perolehi juga adalah bersanad!

Namun hal yang berlainan pulak saya jumpai di Jordan.

Ketika saya menanyakan kaedah bacaan Iqlab yang sebenarnya kepada Dr Jamal, Dr talaqqi Quran tidak bersanad ( kerana beliau tidak mempunyai sanad bacaan Quran ) saya dan sahabat-sahabat yang lain di Universiti, beliau menyatakan kaedah bacaanya adalah membuka mulut sedikit.

Saya ceritakan segalanya apa yang saya perolehi. Beliau sukar untuk menyatakan yang mana satu betul dan tidak.

“ Mungkin khilaf”.

Adakah wujud khilaf dalam kaedah bacaan iqlab? Adakah selama ini kita membaca dalam keadaan yang salah?..

Segalanya adalah perbincangan ilmiah. Sama-samalah kita positif ye!

8 comments:

Nasrullah said...

kesimpulannya?

ummu ammar said...

salam

bagaimana penjelasan yg ustaz aleh nyatakan... apa hujah beliau mengatakan kena tutup mulut tu... kita dah terbiasa di malaysia ni mmg ramai yg mengatakan begitu...
mungkin disebabkan makhraj huruf ba berada dibibir@mulut...

Anonymous said...

salam..
dalam perbahasan ilmiah hendaklah kita berlapang dada..
terlalu awal untuk kita katakan bacaan iqlab dgn cara buka sedikit mulut adalah salah 100%..
ana kurang setuju dgn "ini adalahkesilapan yang di bawa oleh seorang Syeikh di Mesir pada era 1940an”. soalannya siapakah syeikh tersebut??
dan kenapa pelajar shoubra yg dihighlightkan dgn "Saya yakin sahabat-sahabat saya yang belajar di Shoubra tentu tidak sependapat dengan saya"..syeikh2 di Mesir juga bersanad dalam bacaan sampai kepada Rasulullah. bukannya seorang saja syeikh di Mesir ni..ayat anda seolah olah bacaan buka mulut sedikit adalah salah dan masyaikh mesir juga turut salah..begitu yg saya faham ayat anda..

camarputih said...

ws..sy cb mencari di mana ayt yg sy keluarkan spt menghukum Masyayikh2 Azhar..tp sy xpasti d mn..seingat sy, sy bwkan perbualan yg sy naqalkan dr u.aleh, kemudian sy truskn dgn bertny kpd syeikh d syria dan Dr d Jordan..dan sy tdk lnsg meltkkan ksimpuln bacaan mmbk mulut sdkt itu adlh slh..wallahua'lam, setiap tulisan sy,terserh penfsiran pembc msg2..mf andai sy highlight kan kpd shbt2 shoubro,hny sy 'berbhs2' sj,tidk puny mksd yg jauh skali berbaur tdk elok..mnt mf keseluruhnnya.

Abu Yusuf said...

Salam,

salam ukhuwwah...

Iqlab:

1-paling sahih buka mulut sedikit,
2-sahih tutup mulut..

kedua-duanya betul...

hal ini ma'ruf,dikalangan Qurra:ulamak Qiraat&tajwid..

dalam tuhfatul atfal ade sebut...

kami belajar kat sini{mesir}secara bersanad, sykh pun cakap ada dua wajah...

mungkin anta boleh rujuk sykh-sykh yg terkenal,dan rujuk kitab-kitab tajwid....

tak mungkin ulamak bersepakat atas kesalahan...

ok..

teruskan perjuangan...

rindu kat anta..

DOakan ana,moga-moga najah dalam imtihan syahadah...3-18jun ini..

ok..wassalam

we kob shoubra mesir

Abu Yusuf said...

pembetulan,

Iqlab:

1.paling fasih buka mulut sedikit,
2.fasih tutup mulut

-fasih // sohih*

tersilap istilah...

we kob

Anonymous said...

Salam..maaf smua..jika kita lihat pd makhraj dn sifat huruf trsebut..maka InsyaALLAH kita akn dpt mnyebutnye dgn betul...
Kdua2 bibir prlu brtemu krna kdua2 mkhrj hruf trsbut adlh bbr prlu ditemukan..
Tntg ksilapan sheikh era 40an tu btul..akn ttpi beliau prnah mnyatakan kesilapannya sblm akhr hytnye..
Jd kita sudh tdk boleh mnyalahkan bliau..hrp mklm..

Hanafi Jamil said...

Saya cenderung kepada pandangan Abu Yusuf, paling fasih ialah merenggang mulut kerana. Bila kita rapat mulut dia akan jadi idgham misthlain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...