Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

26.5.09

AKU....MALU PADAMU..


Aku di bangunkan lagi. Hampir setengah jam waktu subuh berlalu. Aku masih gagal untuk solat tepat pada waktunya.

Tapi aku masih rasa macam biasa. Mungkin kerana ‘mamai’ kot. Aku sembahyang rasanya semacam ala kadar. Matahari masih lambat menjengah..

Study week. Merdeka hanya seketika sahaja..

Aku kembali rebahkan badan. Membuat kilang mimpi yang alpa..

Dalam keadaan lapar, aku kembali menjadi manusia dalam pukul 10 pagi. Aduhh..nak lapit perut dengan apa. Hurmm.. Makan je apa yang halal di makan..

Aku kembali membelek laptop. Exam hujung bulan. Study masih macam biasa. Ala, study awal-awal takut cepat lupa. Esok nak exam, baru ‘pulun’.

Rajinnya sahabat aku yang lain.. Kuat study.. Yang senior lagi tiada masalah. Pengalaman dah cukup mematangkan diri.

Aku lain..

Azan zohor berkumandang.. Dalam 20 minit, baru solat didirikan. Kejap lagi la sembahyang..

Lepas solat study sikit..Ala kadar juga..

Mengantuk la plak..Rest sekejap.. “Study tak boleh di paksa-paksa”, kata sahabat aku.. “Biar relaks…”.

Pening pula. Asyik tido. Asar hampir sejam sudah ‘pecut’ pergi..Satu terhenti, 10 masih
‘berjalan’..

Buat ‘ketupat’..

‘Melangut’ depan tv dan laptop..

Main game penuh khusyuk..

Buang masa….

Dah malam. Cepatnya... Nak baca Quran..Cerita menarik la pulak..Lepak la dulu..

Isyak..

Ish..kena study ni..

Belek kitab. Selak sehelai. Sehelai lagi..Dan sehelai lagi….

Menguap la pulak..Macam faham-faham la pulak..Besok la ‘start’ study betul-betul..

Tadi mengantuk.. Sangat-sangat pulak tu.. Ni terkebil-kebil la pulak..Pusing sini.. Pusing sana..

Tak nak lelap la pulak..

Tangan atas kepala..apa yang aku buat hari ni ye..Rasa macam kosong..

Bila bercakap tentang Islam pandai..perjuangan..mati syahid..Palestin..Ukhuah..Semangat Melayu..Bakal pemimpin..Hurmm..

Tapi.....

- Solat masih sambil lewa, tidak di awal waktu, walau aku tahu kelebihan dan seksa yang di janjikan..

- Berpagi-pagian itu adalah pintu rezeki yang terbaik..aku masih gagal..

- Zikir?

- Selawat?

- Matsurat pagi dan petang di mana?..rasanya sudah lama aku tinggalkan..

- Quran? Adakah tiap ayat masih ingat akan rupa aku lagi..

- Kitab yang tersusun, bagai hiasan pecantik ketika bergambar..

Exam hujung bulan..Study masih 20% lagi..Hebatnya aku..

Kena bangun buat sembahyang hajat ..berdoa kena banyak..

Tapi….aku malu..aku malu…

Bila dalam keadaan begini, baru aku nak berubah..baru terfikir amalan aku kurang.. Baru terfikir takut ‘kantoi’ dalam exam..




Baru terfikir, selama ini aku punya ‘Zat’ yang memerhati.. Sedangkan harian aku penuh dengan nista dan keji dosa tersembunyi..

Maksiat tangan..

Maksiat mata..

Maksiat telinga..

Maksiat hati..

Aku…malu padaMu.. Aku malu pada Mu untuk meminta..

Aku malu pada Mu, Ya Allah…………..

4 comments:

-pendidikhati- said...

salam juang..

nice entri abangku..

diri ana baru tersdar..rupa2nya inilah wajah yang selama ini mengaku pejuang..

harap2 kita tidak digolongkan bersama-sama golongan ini..

mudah-mudahan tarbiyah yang ana dapat daripada abang dan abang-abang yang lain tidak sia-sia..

doakan kita sama-sama berjuang hingga ke akhirnya..

salam ukhwah

From Me to WE said...

Kalau Allah kita kenali
Kasih sayang dan perananNYA
Kalau Allah kita fahami
Keagungan dan kekuasaanNYA

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hambaNYA
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati keranaNYA
Kita akan sanggup berkorban apa sahaja keranaNYA
Kalau Tuhan dikenali

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNYA

Cintakan Tuhan, cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNYA
Kita akan sanggup buat apa sahaja demi cinta padaNYA
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNYA
Cintakan Tuhan, cinta yang abadi
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan.

::Kalau Allah dikenali, difahami perananNYA..kita akn snggup hdup mati, bkorban sgala'y t'masuk nafsu..krn DIA..::

ampun maaf..

Mohd Nuruddin Mohamed said...

hurm..syeikh..nta ni memang betullah bagi tazkirah terus kat hati yg gelap sekarang ni. Ya ALLAH, nak balik Nur MU..

tq. hehe, dah byk2 lagho, kahwin la syekh. :)

abatafood.com said...

waaaaa ini macam knal adush pawer tul...memang kena khawin terus ni nampakya macam kegersangan...hehehe ops silap cakap heherhe saja nak nyakat jangan marah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...