Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

27.5.09

HUSAM vs MAT SABU vs UST NASHA = TIMB. PRESIDEN


Muktamar PAS kali ke 55 bakal menyaksikan pelbagai perkara yang menarik untuk di tontoni. Selepas Pakatan Rakyat yang di dokongi oleh PAS, PKR dan juga DAP menang besar pada pilihanraya yang ke 12, pelbagai ujian dan peperiksaan yang sukar telah dilalui.

Bermula dari sekecil ujian ‘UPSR’ hinggalah sebesar ‘Phd’. Lulus atau tidak, panel pemeriksa yang di ketuai oleh barisan rakyat bakal menentukan natijahnya pada ‘result’ akan datang.

Kembali kepada cerita rumah tangga PAS. Sedari kecil hingga sekarang saya amat berminat mengikuti jalan cerita politik yang warna warni ini. Baik UMNO mahupun PAS, lembaran sejarahnya amat menarik.

Tambah menarik cerita PAS yang terkini adalah pemilihan kepimpinan dalam muktamar yang bakal berlangsung kurang seminggu lagi. Tahniah dan takziah buat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas pemilihan yang menyaksikan beliau ditaklifkan untuk kesekian kalinya menerajui Parti Islam untuk seterusnya.

Plot cerita menarik adalah second chairman yang menjadi hangat sehingga hampir hangit di perkatakan. Umum mengetahui, jawatan tersebut bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru yang bakal membawa ‘ideologi’ masing-masing dalam mencorakkan perjalanan parti untuk masa seterusnya.
Ustaz Nasharudin Mat Isa, penyandang jawatan timbalan presiden bakal menghadapi tentangan dari ‘abang-abangnya’ yang lain. Dato’ Husam Musa dan Haji Mohd Sabu adalah tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena politik semasa.

Kedua-duanya yang telah menyatakan kesediaan bagi merebut ‘takhta’ no 2 dalam rangking organisasi parti, telah membuatkan pelbagai ribut spekulasi melanda.

Andai kita perhatikan kembali, selepas pasca kepimpinan ulama’ diperkenalkan, kepimpinan PAS di pandu oleh mereka yang bertitlekan ulama’ dengan penuh nilai tarbiah. Bermula dari tahun 1983 kalau tidak salah saya, sehingga sekarang ( sebelum muktamar yang ke 55 berlangsung ), rentak sedemikian telah diterima pakai oleh seluruh ahli parti.

Kerusi yang menjadi kebiasaan tidak di pertandingkan ( sebab masing-masing rasa tak layak..) setakat ini adalah kerusi no wahid dalam PAS. Walaupun cawangan Bukit Bintang cuba me’reformasikan’ kerusi tersebut dengan memcalonkan Tok Guru Nik Aziz sebagai pesaing, namun segalanya tinggal impian sahaja.

Tumpuan sekarang beralih kepada kerusi no thani dalam PAS. Orang yang bakal membantu presiden dalam membawa bahtera perjuangan PAS itu sendiri.

Andai pada tahun 2003, kita menyaksikan pertarungan 3 penjuru yang sengit dan menarik antara ulama’ dalam merebut kerusi timbalan presiden PAS, ia lebih menarik dan unik pada kali ini.

Pasca PRU 12 adalah segalanya. PAS yang kini melalui dimensi baru dalam lanskap politik, juga terpaksa melalui situasi baru dalam kepimpinannya.

Segalanya menjadi baru bila golongan professional mula mengatur langkah dalam mengambil sistem pentadbiran dari golongan ulama’.

Bermula dengan isu ‘Govermant Unity’ yang menjadi taruhan jajaan dan lobi oleh mereka, ia seolah-olah dilihat ‘menangguk di air keruh’. Tambah menarik bilamana artikel Ustaz Nik Abduh dikeluarkan, ia seolah membenarkan keadaan yang berlaku dalam diam itu.

Saya tidak pasti akan jawapan yang diberikan oleh Dato’ Mustapa Ali berkenaan kempen yang di jalankan oleh pihak yang bertanding di ‘sniperkan’ kepada makhluk yang mana satu. Menariknya, beliau menyatakan yang kuat berkempen itu, payah diterima oleh perwakilan.

Siapa ye??



Cerita semalam hampir-hampir menaikkan merit Dato’ Husam dalam menggapai bintang didalam partinya. Beliau yang menarik diri dari program ‘Hujjah’ di tv 9 akibat penarikan diri oleh Dato’ Zahid Hamidi, menjadikan umum tertarik dengan keberanian beliau yang sentiasa berani berhujjah walau dengan siapa pun.

Hebat betul ‘Golongan Profesional’!!

Bukan nak cakap, sebelum ini pun kita dapat menyaksikan beliau dengan kapasiti peribadi pergi berjumpa dengan Ku Li dan timbalan presiden Gerakan bagi membincangkan perkara yang berlaku di Perak.

Dan hari ini, terpampang di ruangan atas Harakah daily.net akan artikel yang di tulis oleh beliau.

Saya tidak cakap yang beliau berkempen. Tapi..memang hebatlah Husam ni!

Strategi yang disusun oleh beliau, mendapat respon atau tidak, segalanya akan ditentukan oleh perwakilan dalam pemilihan kan datang.


Seorang lagi yang bertanding atas title ‘profesional’ adalah Abang Mat ( Mohd Sabu ) kita. Cerita perjuangan yang didokong oleh beliau memang tidak perlu di bicarakan.

Memang hebat!

Masuk keluar penjara, difitnah, di ISA kan, disaman dan sebagainya seolah menjadi makanan harian baginya. Siapa yang tak kenal Mat Sabu yang amat mengagumi akan kepimpinan Ayatollah Khomeini.

Saya rasa, ahli PAS yang ‘piau’ dan tahu benar akan latar belakang pemikirannya, tentu akan fikir dua kali sebelum memilih beliau untuk digandingkan dengan Tok Guru Hj Hadi..




Tinggalah Ustaz Nasharudin keseorangan yang mewakili title ulama’. Walaupun ‘Penarik Beca’ melabelkan beliau sebagai ‘tholabah’ dan menghentam beliau dengan pelbagai tohmahan, namun itulah keperibadian yang dibawa oleh Ustaz Nasha.

Sentiasa cool..( keluaran Jordan tuh..)

Saya pelik bilamana Ustaz Nasha di katakan tidak menolong dan membantu parti serta presiden dalam membawa parti kearah yang lebih cemerlang.

Mereka ini butakah? Atau sengaja tidak nampak? Bukankah kejayaan PRU 12 adalah jawapannya. Tidak cukup dengan itu, bukankah kejayaan dalam beberapa siri PRK yang telah berlangsung, juga sebagai merit tambah kepada Ustaz Nasha.
‘Govermant Unity’ adalah justifikasi kepada golongan tertentu untuk menyalahkan Ustaz Nasha. Peliknya, bukankah Ustaz Nasha sebagai timbalan sahaja yang diatasnya ada bos. Kenapa tidak disalahkan bos sahaja?

Benarlah saranan yang diutarakan oleh Ustaz Nasarudin Tantawi kepada Husam agar bertanding atas tiket presiden. Dasar yang didokongi oleh parti yang dilihat Husam sebagai sudah melencong, membuatkan Ustaz Din Tantawi menyarankan agar Husam bertanding atas tiket presiden sahaja, agar dapat membawa kembali parti keatas landasan yang sebenarnya.

Tahu..Kalau bertanding, ibarat memalukan diri sendiri..Biarlah di no 2 dulu..

Apa pun, Muktamar kali ke 55 adalah jawapan segalanya….



Yang berjuang dengan ikhlas Allah akan tunjukkan, juga sebaliknya..Sama-samalah kita nantikan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...