Dalam seminggu dua ini, rakyat Malaysia menyaksikan ‘perang dingin’ yang melanda rumah tangga Parti Islam SeMalaysia ( PAS ). Setelah sekian lama PAS asyik ‘memberi nasihat’ dalam memperbaiki rumah tangga UMNO dan konco-konconya, kini tiba pula giliran PAS di uji dengan kerenah yang pelbagai ragam yang perlu dilayani oleh pelbagai pihak dalam PAS itu sendiri.
Memang tidak dapat dinafikan, adat dan lumrah kita berpersatuan, tambah-tambahan pulak bila berpolitik. Ada pasang surutnya. Kadang-kadang kita dilambung bak putera raja, kadang kala pulak, kita ditendang bagai seorang penjenayah.Yang paling menyakitkan hati dan tulang sumsum kita pulak, orang yang menikam kita dari belakang adalah mereka yang pernah melambung kita bak putera raja!
Gerakan Islam memang tidak pernah lepas untuk diuji. Andai Nabi yang sifatnya maksum dan di janjikan syurga oleh Allah pun diuji dengan kerenah para pejuangnya ketika di medan Uhud, ini apatah lagi mereka-mereka yang masih tidak pasti akan pengakhirannya.
PAS adalah sebuah gerakan Islam yang umum telah ma’ruf akan sifat dan dasar perjuangannya. Busuk-busuk UMNO dalam menentang perjuangan yang digagas oleh PAS, mereka pun tahu yang PAS adalah sebuah parti yang membawa dasar Islam dalam perjuangannya.
Yang pelik dan jelik akhir-akhir ini adalah sikap sebahagian pimpinan PAS itu sendiri yang mempertikaikan akan kekaburan hala tuju perjuangan dalam PAS mutakhir ini! Memang hebat orang tersebut!
Memang tidak dapat dinafikan yang PAS sudah memasuki era kematangan dalam berpolitik. Tambah-tambahan pulak, PAS kini sudah mempunyai 2 negeri dalam pemerintahannya dan 3 yang bersepakat untuk mentadbir bersama. ( baca : Perak masih dibawah pakatan )
Namun sepatutnya dengan bertambah umur dan kematangan politik yang dimiliki oleh PAS, maka segala sifat yang berbentuk tarbiah adalah sewajibnya turut bertambah. Ahli-ahli yang mengikuti usrah haraki sepatutnya telah ma’ruf akan apa yang di maksudkan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam rukun bai’ah yang sepuluh itu.
Bukankah kita telah berintimak dengan PAS kerana kita faham akan apa yang di bawa oleh PAS? Bukankah kita telah memberi wala’ kepada kepimpinan PAS kerana kita yakin dan percaya yang memimpin itu adalah terdiri daripada golongan ulama’ yang teramat faham akan apa yang terkandung dalam Quran dan Sunnah yang menjadi dasar perjuangan?
Dan bukankah telah sekian lama kita menerima corak kepimpinan ulama’ dalam PAS itu sendiri?
Peliknya, timbul pulak golongan-golongan tertentu dalam PAS mula mempersembahkan tarian sumbang yang jelas mempertikaikan corak kepimpinan ulama’.
Adakah mereka ‘terlebih ulama’ berbanding ulama’ dalam PAS yang kita menerima akan sifat mereka sedemikian rupa?
Cerita hangat ini adalah bermula daripada artikel Ustaz Nik Abduh, yang menulis tentang ‘perkara bodoh yang dilakukan oleh orang PAS’ dalam blognya. Saya memang menyokong penuh akan tulisan Ust. Nik Abduh itu.
Sesekali golongan anai-anai yang ‘tidak sedar diri’ menumpang dalam PAS perlu di tegur. Kenapa perlu melenting tidak tentu pasal andai merasakan diri ‘bodoh’ dan ‘ustaz mee celup’ yang di maksudkan oleh Ust Nik Abduh itu bukan empunya diri.
Ini tidak, bersilat dengan langkah sumbang, terus memprotes dengan menyerang dalam media perdana dan blog sendiri.
Memang tidak dapat dinafikan, tulisan Ustaz Nik Abduh itu, sedikit sebanyak membuka pekung di dada. Namun, mereka-mereka yang melenting di laman blog masing-masing, lagi teramat membuka aib rumah tangga PAS itu sendiri!
Kata golongan PROFESIONAL!!
Saya yakin, ramai golongan ‘PAS tulen’ tahu benar akan ‘sejarah hitam dalaman’ PAS .
Pada waktu itu, ramai yang pelik dan hairan bilamana golongan pemuda pemudi yang belajar di timur tengah dan di barat, yang di harapkan balik untuk bersama berjuang dengan PAS, hilang jejak dan bunyi bila pulang ke Malaysia.
Setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk UMNO dalam tahun 1982, ABIM mula berpecah kepada 4 bahagian. Ada di kalangan mereka yang turut mengikut jejak langkah Anwar, ada di kalangan mereka yang mengikut Allahyarham Dato’ Fadzil Mohd Noor, ada dikalangan mereka yang masih setia dalam ABIM itu sendiri dan ada dikalangan mereka yang menyusun gerak langkah tersendiri.
Mereka inilah ‘pijat-pijat’ yang menghisap darah dalam PAS!
Dalam tahun 1980an, ‘pijat dan anai-anai’ yang bersarang dalam dewan ulama’ PAS sekian lama telah diturunkan secara terhormat dalam muktamar yang di adakan. Saya yakin, Dato’ Ustaz Harun Taib tentu masih ingat akan peristiwa ini!
Dan saya yakin untuk kesekian lamanya, setelah langkah disusun dengan penuh rapi maka, jawatan kedua tertinggi dalam PAS menjadi impian!
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia!
Profesional VS Ulama’
Andai ‘Penarik Beca’ mengatakan yang PAS perlu sedar, kebanyakkan gerakan islam yang lain di pimpin oleh golongan professional, maka ‘ Penarik Beca’ perlu ukur kain pelikat sendiri andai hendak membandingkan golongan professional yang ada dalam PAS ( baca : yang mahu menggantikan kepimpinan ulama’ dalam PAS ) dan pimpinan gerakan islam yang lain.
Adakah dia tidak baca buku yang di karang oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna yang bertajuk “ Tiga Bingkisan Risalah Dakwah’?
Bukankah dalam buku tersebut as-Syahid menyebut, Dr Fathi Yakan adalah seorang professional yang menguasai segenap sudut ilmu syariah, yang menguasai Quran dan Hadis, ilmu bahasa arab dan lain-lain lagi.
Siapa mereka yang hendak disamakan dengan pimpinan gerakan islam sedemikian?
Saya yakin, PAS tidak pernah lari dari hala tujunya. Adakah Majlis Syura terdiri daripada ‘ ustaz mee segera+ustaz mee goreng = Ustaz Silibus?’
Adakah mereka tidak tahu yang Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah ditawarkan menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin?
Maksud saya disini, andai IM pun mengiktiraf kepimpinan Tok Guru Haji Hadi, kenapa ‘ahli rumah’ sendiri mempertikaikan kewibawaan Presiden mereka ketika timbul isu ‘Kerajaan Perpaduan’?
Hairan kan…..
Mereka tak berani tempelak Tok Guru Haji Hadi secara berdepan, maka yang menjadi mangsa, Ustaz Nasarudin Mat Isa..
Kenapa Husam hendak sangat bertanding jawatan timbalan presiden? Kenapa Khalid Samad melenting sangat dengan kenyataan Taqiudin? Kenapa Abdul Fatah Haron mengatakan yang Ustaz Nasarudin tidak membantu parti untuk lebih kehadapan? Kenapa Dr Mujahid perlu menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden?
Siapa mereka??....
Sejarah Uhud adalah panduan yang telah Allah ajar buat hambanya..
Andai Wala’ 100% yang diberikan, tidaklah kita menyaksikan Rasulullah terluka…Hamzah syahid dengan penuh sadis…Islam kalah dek kerana sikap pejuangnya yang mata mereka digelapi oleh harta ghanimah..
Inilah tarbiah Allah buat pejuang agamanya..Untuk waktu itu, kini dan selamanya..Orang yang ikhlas berjuang Allah akan tunjukkan, dan orang yang ada niat tersembunyi juga Allah akan tunjukkan..
Siapakah mereka itu?...Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment