Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

16.5.09

KATAKAN TAK NAK PADA USRAH?


Inilah masalahnya. Sudahlah pandangan segelintir dari orang kebanyakkan yang tidak tahu agama mengatakan betapa usrah itu ‘membahayakan’ dan ‘melahirkan para pengganas’. Kita yang mengikuti pembelajaran dalam bidang agama juga terkadang terpengaruh dengan dakyah macam ini. Seolah-olah kita yang mengungkapkan ‘ katakan tak nak pada usrah’!

Sepengetahuan saya, banyak universiti-universiti tempatan yang disekat akan perjalanan usrah mereka. Lantas jalan yang paling terbaik adalah menukar nama kepada yang lain. Saya tidaklah hendak membincangkan tentang mereka-mereka yang ‘bengong’ yang menyekat akan perjalanan usrah itu.
Hendak buat macam mana, sudah itu memang tugas mereka..
Cumanya, saya hendak mengajak para sahabat yang mengikuti tulisan saya ini untuk sama-sama kita perhatikan betapa terkadang kita memandang sebelah mata dan jelik sahaja akan hakikat perjalanan usrah itu sendiri.
Mana tidaknya, terkadang kita pulak yang ‘mempromote’ kepada sahabat-sahabat kita yang lain agar tidak mengikut program. Dengan alasan yang pelbagai.
- Mengongkong
- Skema
- Boring
- Naqib tak best, tak pandai, bengong ( dan hanya dia je yang power )
- Ahli usrah yang bukan satu ‘geng’

Dan pelbagai lagi alasan yang pelik-pelik ‘Orang Hafiz Quran’ dan ‘ Orang Syariah’ akan kemukakan..Biasalah, Quran didada, hukum di kepala, sekali bagi macam ‘best’. Tapi hakikatnya, ‘hampeh’!
Saya terkadang cuba hendak faham, andai dikatakan title ‘usrah’ itu sememangnya berhantu, maka kita tukarkan namanya semacam universiti tempatan buat.
Tapi..Sama je pandangan golongan ini..
Tetap..‘KATAKAN TAK NAK PADA USRAH’!
Inilah yang saya lihat permasalahan yang berlaku pada golongan agama.
Semasa di DQ, golongan yang amat menghargai akan kewujudan usrah ini adalah mereka yang di beri peluang menghafaz Quran selama setahun setengah saja.
Yang akan menyambung pelajaran ke UIAM dalam bidang professional. Yang akan bergelar ‘Dr’ ataupun ‘Ir’.
Golongan yang diberi peluang menghafaz selama tiga tahun?
Dot dot dot dot…..
Bila ditanya, seguni bahkan berlori-lori alasan boleh dikemukakan..
Biasalah…’Orang Quran’..
Saya terkadang kesian pada sahabat-sahabat yang ditaklifkan untuk memastikan perjalanan usrah itu lancar dan teratur. Segalanya dah di buat.
- Tukar nama ‘berhantu’ tersebut kepada yang lebih kormesial
- Susun manhaj dengan lebih teratur
- Promote bagai ‘nak rak’
- Siap pujuk ahli persatuan agar mendaftar diri..
Dan macam-macam lagi..Natijahnya..semua orang buat ‘ dek ‘ je…
Maka kita akan saksikan bidang syariah bakal melahirkan mereka-mereka yang bermacam-macam ragam dan rupa.
- Tak pandai nak bercakap
- Kurang mengetahui isu semasa..
- Tolak siasah ( nak duduk bawah ketiak bini bila dah kahwin )
- Tak tepati masa ( bila sampai tempat program, sengih-sengih macam kerang busuk )
- Otak lambat nak berfungsi ( bukan sakit, malas nak fikir panjang dan mendalam..)
- Kurang rasa kebersamaan samaada dalam masyarakat mahupun berkawan dan sebagainya
- Ego tinggi..( biasalah orang agama..)
- Management ‘kureng’

Kalau hendak disenaraikan, rasanya saya pun nak termuntah menyaksikan betapa kroniknya penyakit mereka-mereka yang sealiran sepengajian dengan saya..
Bukan saya hendak buat cerita, hakikatnya perkara-perkara sebegini selalu di perkatakan oleh para motivator, orang yang bukan bidang agama dan sebagainya.
Malu…..
Saya melihat, andai sewaktu arena pembelajaran, usrah diikuti dengan baik, saya optimis dan yakin segala ‘penyakit kronik’ ini dapat diatasi, tanpa saya menolak wujud juga perkara sebaliknya.
Sejarah adalah bukti yang paling terbaik. Ahli-ahli IM sendiri lahir dari mereka yang mengikuti usrah. Lantas mereka inilah yang hebat dimata dunia. Dan disebabkan perkara sebeginilah, barat menobatkan ‘usrah’ sebagai proksi melahirkan mereka yang cintakan agama Islam dan perlu di hapuskan.
Tapi, janganlah kita pulak yang terpengaruh!!
Fikirlah secara matang dan rasional. Andai segala kekurangan yang saya kemukakan di awal tadi menjadi punca kita tidak mahu dan malas mengikuti ‘usrah’, kenapa tidak kita yang menutup kelemahan tersebut..
Ceritanya mudah..Tapi hendak memahami jalan cerita yang susah..
Bila ‘orang syariah’ waktu belajarnya nak ‘hepi’ je, maka jangan pelik la kalau balik nanti nak ajar anak murid untuk ‘berjalan lurus’ jadi macam badut!
Cukuplah sekadar slogan ‘ KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK’..bukan pada USRAH.

2 comments:

wearelearningparents said...

manusia manusia...mmg suka mengkritik..hanya sedikit yg boleh memberi cadangan utk membaik pulih.most like to oppose but a few can suppose...KATAKAN NAK PADA USRAH

Dzuu Haniin said...

Kita sebenarnya perlu lebih optimis dan lebih yakin pada Allah.I'Allah dgn kebersamaan Allah segalanya dimudahkan bg hamba yg ikhlas..teruskan berjuang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...