Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

22.5.09

ALAHAI BUDAK SYARIAH...


Itu yang boleh saya katakan..Bayangkan, azan baru habis dikumandangkan, maka mereka juga baru habis ‘menyepak bola’..masih menghadap laptop lagi..dengan penuh ‘selamber badak’ main game..menghadap tv tanpa ada perasaan..

Tak malu ke?

Ke dah hilang kemaluan?

Orang berebut nak ke masjid, mereka dengan penuh rasa kepuasan baru habis bermain dan ‘berlagho’..

Siapa mereka?

Pelajar Syariah!

Pengkhususan apa?

Fikh Usul..Belajar tentang hukum hakam..halal dan haram..Baik dan jahat..

Pengkhususan apa lagi?

Usuluddin..Belajar tentang aqidah..hadis nabi dan tafsir al-Quran..

Tapi..alahai pelajar syariah..takkan ilmu yang belajar tak menyusup masuk ke tulang sumsum..ke tersekat di bulu roma sahaja..aduhai..

Maka tidak hairan la, kalau pemandangan yang pelik makin ketara kelihatan..Orang yang tidak belajar agama ( secara khusus ) lebih menghargai agama berbanding ustaz dan ustazah yang ‘mengkhususkan agamanya’!

Saya pernah ditegur kerana kerap mengkritik mereka yang sealiran dengan saya..Saya terima saja..Tapi saya sekadar menyatakan pandangan sahaja..menasihati secara berhikmah juga..

Andai 2 orang budak syariah yang membaca artikel saya kemudian mereka sebarkan, maka ini juga adalah salah satu teknik nasihat yang up to date kan!

Pointnya..siapa yang makan belacan, maka gatal hidung la jawabnya! Takkan masih tak faham lagi..

Benarlah firman Allah swt dalam surah al-Maidah:

“……maka Allah akan datangkan satu kaum yang lain yang mereka itu akan sentiasa berkasih sayang diantara satu sama lain, berlemah lembut sesama orang mukmin dan bertegas dengan kaum kafir…..”

Kadang-kadang rasa bangga juga bila melihat pelajar perubatan yang terkedepan. Bercakap penuh berdalil bak seorang ustaz yang penkhususannya bidang fikh usul..Lembut dan bersopan bila bertutur..

Tapi rasa malu lebih menebal bila melihat pelajar syariah menjadi ‘mandul’..Saya yang melihat pun naik segan mendapati mereka yang sealiran dengan saya jadi begini..

Kerana itulah saya masih ingat ketika program PERTAMA anjuran MPPMJ di Irbid dulu ramai ajknya dikalangan mereka adalah pelajar JUST.

Seronoknya, ketika forum yang terdiri daripada pelbagai negara berlangsung, ahli panelnya yang tidak salah saya adalah pelajar perubatan, mengkritik akan peranan yang dimainkan oleh pelajar syariah secara terang-terangan!

Saya terkejut..malu..adush..

Saya menulis bukan bermakna saya adalah orang yang mempunyai autoriti dan hebat untuk dicontohi dan menegur. Tapi sekadar mengajak sahabat-sahabat agar melihat kembali akan peranan kita selaku mereka yang faham sedikit agama serta yang belajar akan bidang tersebut agar koreksi kembali apakah peranan kita sebenarnya.

Kita yang sepatutnya menjadi front liner dan leader kepada mereka yang bukan pengkhususan dalam bidang agama. Dan kitalah yang sepatutnya berfikiran dan strategik, kritiskreatif dan bijak berhujah dan berbicara.

Itu adalah permata syariah yang telah hilang!

Kita patut kembalikan semula!

Kita patut membina kembali semangat dan nafas baru sebagai dan selaku pemimpin dimasa akan datang!

Saya yakin andai di mobilisasikan kembali dengan baik dan teratur, pelajar syariah mampu kehadapan dan bakal melahirkan kembali produk yang bernafas dan berjiwa baru!

Inilah yang sepatutnya dan memang patut bagi kita lakukan.

Ayuh, pelajar syariah! Usah jadi ‘mandom’ dan ‘longlai’!

Segalanya bermula dari diri sendiri!

10 comments:

Max J. Potter said...

salam.

erm. pemandangan ni biasa di semua peringkat pendidikan pun. masa nani sekolah dulu, kenal juga dgn kawan2 dari sekolah agama yang jauh lebih nakal dari budak nakal sekolah biasa. masa di ipt pun, kenal juga budak2 Quran yang ambil dadah.

tapi, nani kawan dengan semua. walaupun ada yang nani tak suka, nani tak terus tinggalkan saja. nani ajak buat baik sama2.

kalau lekat di hati mereka, alhamdulillah.

kalau tak lekat, nani cuba lain kali. =)

post2 awak menarik. nanti nani datang lagi. *^^*

-pendidikhati- said...

kadang malu dgn pelajar medik... diorang lebih terkedepan.. lebih menonjol mahukan islam....

sala perjuangan abangku di medan mu'tah..

doakan ana thabat di irbid ni.. =)

-pendidikhati- said...

kadang malu dgn pelajar medik... diorang lebih terkedepan.. lebih menonjol mahukan islam....

salam perjuangan abangku di medan mu'tah..

doakan ana thabat di irbid ni.. =)

Anonymous said...

emmmm...teruk juga budak syariah kena bantai....cuba cari jalan penyelesaian..mungkin anda mampu jadi penggeraknya,selagi mana bernama manusia..selagi itulah berlakunya kekhilafan...gunakan manhaj tarbiyah yang betul...insyaalah semua setel...

Anonymous said...

salam sejahtera

ini bukan lagi fenomena tetapi soal sikap yang membina fenomena buruk, bahkan lebih dilihat enteng kerosakkan yang berlaku apabila pembawa keburukan itu bertitle seorang ustaz/ustazah.

dunia jadi terbalik, apabila agamawan mengalami krisis identiti pada diri sendiri. sedikit demi sedikit mahukan kelainan dan keterbukaan yg kosong isinya. dengan kata lain, diri sendiri tiada bersama prinsip.

penyebabnya??
agama tidak pandai dinilai, agama sudah diibarat pegangan yang bila2 boleh dicari, kerna itulah mudah disia-siakan dan diambil sambil lewa. Meskipun orang bukan berbidang ini, terasa satu yang amat2 besar apabila mendapat agama yg walaupun sikit.
konklusinya? dunia sudah terbalik!!

itulah yang dinamakan ISLAMnya hanya pada baka! ikut-ikutan tanpa rasa ingin diapresiasikan..

salam juang!

Anonymous said...

erm... cari jln penyelesaian.. xrasa ke cam memburukkan diri sendiri @ membuka pekung di dada.. manfaatkan blog anda seadanyerr..fenomena ni satu benda yang 'biasa' bagi seorang manusia yang alpa.. hatta..bukan budak syariah.. tapi, apa gunanye anda jika tidak mampu memberi kesan pada tempat anda sendiri. best of luck.kite semua dipertanggungjawabkan....

Anonymous said...

adakah selesai masalah dgn cara ini?... hurm..

Anonymous said...

salam..
saya anggap ini sebagai ujian buat kalian pelajar syariah..saya yakin ianya ujian buat kedua2 belah pihak, yg lalai dan yg peka..

yang lalai sama ada mereka terus lalai atau berubah..

yg peka sama ada ingin menegur atau tidak..
rasa 'ujub atau tidak...

moga kalian mendapat kekuatan dan pertolongan Allah untuk membimbing kami yg lain..amin..

From Me to WE said...

Syari'at bukan sekadar syari'at lahir..tp jg syari'at hakikat..Bukan sekadar diamal atau dipelajari, tp juga dihayati..Pndpt kerdil dr hmba b'dosa..

mahasiswa syariah yg terkilan said...

alaa..mmg mcmtu pon bdak syariah..malas ana nak cakap...selalu buat fitnah pada agama..
ana tau bila ana post ni mesti ade bdak syariah yg xpuas ati..cakap bukan semua laa,ni perkara biasa la,
haa..sb biasa sangatla jadi mcm ni..ntahlah..respect ana kat bdak syariah da mnurun daripada bdak engenieering kat msie...
apapon..same2 kita renungkan..maap sekiranya bhse ana kasar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...