Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

4.2.10

Ustaz Nasharudin Mat Isa Di Jemput Dr Yusuff al-Qardhawi...'Geng Bloggers Katang' tak kata apa ke?


Berita berkenaan jemputan kepada Timbalan Presiden PAS oleh ulama’ tersohor antarabangsa iaitu al-Allamah Imam Dr Yusuff al-Qardhowi merupakan pengiktirafan yang perlu di banggakan oleh semua pihak.

Umum dan sejagat mengetahui al-Qardhowi merupakan ulama’ yang mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga pernah di adakan multaqa’ ulama’ sedunia bagi menganugerahkan gelaran ‘al-Imam’ kepadanya. Selayak dengan ketokohan, keilmuan serta keperibadian beliau, sesiapapun merasa teramat bangga andai di jemput untuk bersama dengannya dalam mana-mana majlis ilmu atau apa jua keadaan.

Penghargaan sebeginilah yang saya rasakan di berikan oleh al-Qardhowi kepada Ustaz Nasha. Ustaz Nasha yang juga Timbalan Presiden PAS telah di jemput sendiri oleh tokoh ulama’ antarabangsa ini untuk menghadiri dan mengikuti satu wacana yang di panggil 'Multaqa Anak Murid Qardawi' yang julung-julung kali di adakan di Qatar.



Surat al-Qardhawi

Menariknya, Ustaz Nasha adalah satu-satunya wakil dan tetamu jemputan dari Malaysia bagi menghadiri Multaqa tersebut.

Bila sebegini,saya terfikir sendirian.

Kenapa al-Imam Dr Yusuf al-Qardhawi tidak menjemput mereka yang berpencak hebat di dunia blog atau ulama-ulama hebat yang lain? Lebih-lebih lagi, al-Qardhawi menjemput orang yang di pakaikan gelaran pelbagai oleh ‘pesilat’ bloggers yang garang dan ‘katang’ belaka.

Contohnya seperti Tulang, Bakistan, Tukang Tarik Beca dan seangkatan dengannya. Mereka ini ( sebagai contoh ) tergolong dari kalangan yang mengiktiraf Ustaz Nasha sebagai pengkhianat gerakan Islam di Malaysia.

Mereka kata, Ustaz Nasha ni orang ‘geng perpaduang’..Mereka kata lagi, gerakan islam aman dan damai andai ‘musuh dalam selimut’ ni berambus dari PAS..Mereka kata lagi, Ustaz Nasha ni ustaz ‘mee celup’..Mereka kata lagi…


Peliknya, apa yang mereka kata ini diiktiraf oleh al-Qardhawi dengan menjemput Ustaz Nasha ke multaqa ilmiah antarabangsa…

Hurmm..pelik lagi, Ustaz Nasha memberitahu, jemputan secara lisan di buat oleh al-Qardhawi sendiri ketika Ustaz Nasha bersama TGHH menhadiri Majlis Maal Hijrah baru-baru ini..

Pelik betul…

Mana tahu selepas ini, geng bloggers ‘katang’ ini akan menganugerahkan pula gelaran ‘Mursyidul Am Perpaduang’ kepada al-Imam al-Qardhawi..Mana tahu..Agak-agak jer..

Baca berita tersebut, Ustaz Nasha akan membangkitkan kembali dan menceritakan keadaan waqi’iah semasa di Malaysia berkenaan isu Kalimah Allah kepada al-Qardhawi.

Risau juga saya. Sebelum ini, ‘geng bloggers katang’ ini begitu ‘loud’ dalam mempertahankan hak non muslim dalam menggunakan kalimah Allah. Lebih-lebih lagi, al-Qardhawi pernah membangkitkan isu di Malaysia ini ketika beliau berkhutbah di Qatar.

Mana tahu, selepas ini kenyataan al-Qardhawi berubah setelah mengetahui akan waqi’ sebenar di Malaysia macam mana.

Dan mana tahu, selepas ini, ‘geng bloggers katang’ akan menganugerahkan gelaran yang lain pulak kepada al-Qardhawi..’

‘Ulama’ antarabangsa mengikut rentak UMNO’!!

Mana tahu..biasala la, nama pun ‘geng bloggers katang’!bila perencanaan tidak menjadi, memberi gelaran la cara yang paling terbaik!

11 comments:

aku dr amin said...

tak habis lagi ke isu perpaduan dan sindir mwnyindir ni.

Anonymous said...

aku dr amin, patut lu gi soal blogger2 katang yg selalu ungkit isu UG

aku dr amin said...

tiada siapa yang akan mengungkit andaikata pohon tak berbuah. sekadar renungan bersama. tapi bilamana disertai dengan sindir menyindir macam macam la persepsi yang akan timbul.
E+R=O
(event +response=outcome)
u can blame the event for your lack of result or you can insist simply change your response to the events, the way things are, until you get the outcome you want.
we are what we though
wallahualam

Anonymous said...

kalau kita pun berperangai macam diorang, sama la kita ngan diorang. tak ke gitu tuan sheikh

Anonymous said...

wah. panas nampaknya artikel ni. panas panas

Anonymous said...

siapa makan cili dialah terasa

Anonymous said...

ana setuju kalau kiat semua lupakan perkara yang lepas dan mula fokus pada kerja masa depan nak lawan umno ni. banyak lagi yang nak kena buat dari asyik duk bergaduh dan berbahas pasal benda tak ada faedah ni

Anonymous said...

inilah pandangan jauh dsai. tentunya dr yusuf mendapatkan pandangan dsai ttg wakil dari msia. ust nasa walaupun berilmu ttp kematangan & kebijaksanannnya masih rendah nisbah kpd kedudukannya sebagai no2 pas. maka inilah majlis utknya memantapkan dirinya dan ini kelak akan menguntungkan pakatan dan pas sendiri. dsai sedang mengajar kita poltik islam jarak jauh...

gila-gila said...

Bukan geng bloggers katang tu.....
Tu kumpulan orang gila ( gelaran drp blog macamoranggila )!!!

Anonymous said...

kalau kita tengok pada hari ini siapa yang kehadapan dalam memperkukuhkan pakatan rakyat nak menawan putrajaya. kit semua boleh ukur sendir. pemimpin kena dihotmati sebab dia dipilih untuk memeimpin, tapi kena ingat syura jemaah kena dipatuhi oleh semua pemimpin. pemimpin boleh ditegur dan berani memenrima teguran sebagaimana khalifah islam zaman sahabat umpama umar alkhattab. seorang sahabat sanggup menghunuskan pedang untuk memperbetulkan umar andai umar ada membuat kesilapan. dan seortang pemimpin mesti merendah diri mengakui kesilapan andai tersalah dan tersilap. pegang pada konsep apa yang diputuskan jemaah itu lebih penting sebagaimana apa yang telah diputuskan di muktamar ipoh dahulu.

aku dr amin said...

dari duk borak pasai ni baik kita pakat serang blok si jefri laknatullah ni. sedap je dia hina ulamak

http://jeffrydamien09.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...