Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

18.1.11

SALAM TAKZIAH : PELAJAR MALAYSIA DI MESIR MENINGGAL DUNIA AKIBAT KERACUNAN GAS PEMANAS AIR..


Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.

Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.

Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.

Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.

Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (solat jenazah tidak dapat dijalankan lagi kerana jenazah masih ditahan untuk bedah siasat).

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

3 comments:

Tinta.Muallimah said...

Ya Allah. Sedihnya.....smg ibubapanya mendapt pahala yg tidak putus2.

'Aishah Jauhara said...

Allahu Allah..

Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun..

Muhasabah buat insan yang masih bernyawa..

Anonymous said...

Innalillahieainnailaihoroojiuunn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...