Pada pandangan saya, tujuan tulisan ini disiarkan secara terbuka adalah untuk:
Menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan.
Mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
Mempromosi ideology pembangkang (Pakatan Rakyat).
Menghina sebahagian usaha-usaha murni kerajaan dalam membangunkan Negara.
Mempertahankan ideology Khawarij (kumpulan anti-pemerintah)
Mendapat perhatian masyarakat dalam rangka meningkatkan followers di blog juga “like” di Face Book.
Memperjuangkan demokrasi terlampau mengenepikan sistem Islam.
Menghina kerajaan.
8 sebab di atas hanyalah tanggapan saya, di mana mungkin sahaja Hasrizal berpegang dengan salah satu sebab di atas atau sebahagian daripadanya atau keseluruhannya. Saya tidak mahu menghukum niat beliau.
Kelapan-lapan perkara di atas adalah hal yang amat berbahaya. Ia mampu memupuk bina pemikiran NEO-KHAWARIJ, LIBERAL dan SEKULAR terlampau. Di sini saya ingin mencadangkan juga 12 perkara seperti yang beliau cadangkan, tetapi dengan nada dan langkah berbeza:
PERTAMA: Mengawal penghantaran pelajar ke Timur Tengah, kerana kebanyakan pelajar sibuk berpolitik dan tidak menghadiri kelas pengajian di university. Khususnya Mesir. Pelajar-pelajar sibukkan diri dengan PMRAM, sehingga ramai dari kalangan mereka tidak pernah ke kelas, sebaliknya sibuk dengan politik, melancong bahkan ada yang pulang bekerja di Malaysia dan setahun sekali ke Mesir untuk menghadapi peperiksaan tahunan. Tetapi Hasrizal bukan merupakan pelajar Mesir sebalik beliau adalah graduan dari Jordan. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan ideology IKHWAN AL-MUSLIMIN berada di mana-mana. Jika di Mesir ia bergerak secara rahsia, manakala di Jordan agak sedikit terbuka.
KEDUA: Pantau pelajar-pelajar yang menyertai atau yang dipengaruhi oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN. Kerana gerakan inilah yang memusnahkan cara berfikir manusia. Dan penghasilan pengganas kebanyakannya adalah daripada aliran ini. Bahkan penulis artikel di atas pun adalah daripada aliran IKHWAN AL-MUSLIMIN. Pemuja Hassan al-Banna dan Syed Qutb, juga DR YUSOF AL-QARADHAWI adalah ciri-ciri mereka. Musuh mereka adalah WAHHABI. Selamanya IKHWAN AL-MUSLIMIN bertentangan dengan AL-WAHHABI. Kerana IKHWAN menyeru kepada pemberontakan terhadap pemerintah manakala WAHHABI menyeru kepada mentaati pemerintah.
KETIGA: Gamkan kelompok-kelompok yang mendokong BERSIH samada dengan perbuatan, penulisan atau perkataan daripada media-media kerajaan. Khususnya ustaz-ustaz yang jelas menyokong ideologi pembangkang di media-media kerajaan. Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat di TV, tv3,tv9,tv1 dan astro demi untuk mempromosikan ideologi-ideologi mereka. Setelah mereka popular dan mendapat peminat, mereka akan meninggalkan media-media ini, dan membangkang kerajaan. Media-media hanyalah batu loncatan untuk mereka. Mereka sempat buat duit banyak dengan program-program tv.
KEEMPAT: Wujudkan subjek khusus tentang kepentingan mentaati pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah sesuai dengan petunjuk ulama-ulama muktabar. Kerana pemberontak sering berhujjah dengan al-Sunnah al-Dhoifah (hadis lemah dan palsu).
KELIMA: Jelaskan juga metodologi sebenar dalam memahami Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah. Di mana petunjuk Salaf al-Shalih dijadikan sebagai teras kefahaman. Berbeza dengan pemberontak, mereka mengulas Al-Quran dan al-Hadis sesuka hati mereka, kemudian mereka mencipta kaedah-kaedah sebagai alas an untuk mengharuskan pemberontakan seperti demonstrasi bersih. Patutkah hujjah keharusan berdemonstrasi adalah solat berjamaah dan berhimpun di padang arafah? Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit, Ashraf Imam Muda. Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib.
KEENAM: Fokuskan kepada usaha memartabatkan agama. Islamisasikan UMNO. Jadikan Islam tonggak perjuangan UMNO di samping mempertahankan hak-hak bangsa melayu. Jangan jadikan agama untuk kepentingan politik seperti pembangkang yang jelas menjual agama demi politik. Tetapi PAS sekarangpun dah belakangkan suara “NEGARA ISLAM”. Di mana suara-suara ustaz-ustaz PAS seperti Ustaz Zaharuddin, Hasrizal, DR. Abdul Basit ketika pemimpin PAS tawarkan syurga bagi sesiapa yang pangkah PAS? Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib. Tolong jawab dalam program TANYALAH USTAZ.
KETUJUH: Perkenalkan kepada masyarakat siapakah KHAWARIJ. Kelompok antic inilah yang merosakkan ideology manusia. Mereka telah muncul di zaman Nabi. Kini yang tinggal adalah ideology mereka. Abad ini, KHAWARIJ terbesar adalah IKHWAN AL-MUSLIMIN. Penyokong dan pendokong mereka ada di mana-mana. Mereka memanfaatkan ngo-ngo juga parti-parti politik dalam usaha penyebaran fikrah. Di mana ada mereka di situlah ada pemberontakan kepada kerajaan. Mereka suka kepada popularity. Mereka meng”ayat” pembaca melalui tulisan-tulisan cintakan agama walhal matlamat mereka adalah JATUHKAN KERAJAAN. Bahkan usaha merosakkan minda pelajar telah bermula di peringkat sekolah hingga ke university. Dengan bertopengkan nama “USRAH” mereka memasukkan elemen-elemen anti-kerajaan ke dalam silibus-silibus pengajian. Antara tag-line mereka “WAJIB BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH”. Hal ini, telah disebut oleh para sahabat Nabi SAW zaman berzaman.
KELAPAN: Wujudkan hubungan langsung antara ulama dengan pemerintah. Ulama yang rabbani. Yang berpijak teguh di atas Al-quran dan al-Sunnah berdasarkan petunjuk salaf, Ulama-ulama inilah yang akan memberi nasihat dengan telus, tanpa kepentingan, tanpa populariti.
KESEMBILAN: Hati-hati dengan tokoh-tokoh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti Dr Yusof Al-Qaradhawi dan konco-konconya yang memperjuangkan ideology memberontak kepada kerajaan. Fatwa Al-Qaradhawi: sesiapa mati dalam demonstrasi di Mesir, maka dia mati syahid!!. Fatwa ini sangat berbahaya. Fatwa mempromosi demonstrasi jalan yang mengakibatkan huru-hara. Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit. Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Al-Qaradhawi yang kata? Atau adakah kalian nasihat Al-Qaradhawi dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Al-Qaradhawi? Khususnya pd Ust Zaharuddin yang sering menyebut dalam ceramah-ceramahnya “Syaikhuna Dr Yusof Al-Qaradhawi” maksudnya “guru kami Dr Yusof Al-Qaradhawi”.
KESEPULUH: Kerajaan tidak perlu bimbang kepada isu-isu khilafiah fiqh. Tetapi TAKUTILAH isu-isu AQIDAH yang diFIQHkan juga dirasionalkan oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti isu JIHAD, DEMONSTRASI, MENJATUHKAN PEMERINTAH, KUTUK PEMERINTAH SECARA TERBUKA dan lain-lain. Ketahuilah wahai pemerintahku bahawa isu yang berkaitan dengan ketaatan kepada pemerintah adalah sebahagian dari dasar-dasar aqidah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah.
KESEBELAS: Perbanyakkan program-program agama di media, masjid dan tempat-tempat terbuka. Biarlah bersilibus dalam memastikan keberkesanan program.
KEDUA BELAS: Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu diberikan penjelasan tentang isu-isu Islami agar tidak memberikan pandangan sesuka hati.
KETIGA BELAS: Kerajaan tolong pantau senarai nama Ustaz-ustaz ini kerana mereka adalah pendokong demonstrasi:
1. Ustaz Zaharuddin
2. Ust. Zahazan
3. Ust Dr Abdul Basit
4. Ust. Dr Maszlee Malik
5. Ust Nizam Abdul Kadir
6. Ust Aizam Mas'ud (Pegawai Di Jakim) hairan, mcm mana JAKIM terlepas pandang Ustaz nie?
7. Ust. Hasrizal Abdul Jamil
8. Ust. Dr Zulkifli al-Bakri
9. Ust. Khairuddin aman Razali
10. Imam Muda Ust Ashraf
11. Ust Ramadhan Fitri
12. Dr. Wifaq
Berikut adalah senarai nama Ustaz-ustaz yang menyokong demonstrasi. Nama-nama mereka disebut satu persatu oleh Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) beserta gambar latar di link:
http://www.youtube.com/watch?v=ObSmxjnQNxY
Mereka menamakan kelompok mereka sebagai Ulama Wasathiyyah dan perhimpunan mereka sebagai USRAH ILMUAN SYARI"AH. Mohon pihak berkuasa memantau perkembangan ideologi mereka.
7 comments:
ape kes ni....kita negara demokrasi....lantak lah depa nak sokong sape pon....kita menuju negara maju....setiap warga layak untuk menentukan pilihan sendiri....jangan sempit kan otak....ke ada FATWA dari alim ulama kata HARAM sokong selain UMNGOK...hahaha.....otak kalu dah sempit sampai bile2 negara tak akan maju....
hanya org dungu sahaja yg akan berhujjah camni..thnkx tuan tanah kongsi info tentang kewujudan org camni..ptuihhh..!
Bagi link. nak bantai cukup2..
to anon 7:48 :
linknya di atas post ini,bawah link artikel dari web Saiful Islam.
to all :
setelah di dedahkan tuan FB yg menulis artikel menyerang ustaz Hasrizal dan Usrah Ilmuan, dia telah memadam postnya di FB nya.
ini link FB nya tapi sudah hilang post asal https://www.facebook.com/abu.naila
dasar bodoh, ckp org mmbahayakan Islam, yg ko tuh konsep taati pemimpin pon x paham, ko igt Allah suh taat pemimpin bodoh2 mcm tu je ke? dah la anti ikhwanul muslimin~ko jd syiah lg baik
kecian orang agama taw ostad,
iftahi....iftahi...
Post a Comment