

Sebentar tadi menerusi mesej Twitter pembantu Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali telah MENGESAHKAN ahli parlimen Titiwangsa telah kembali ke rahmatullah.
Mesej Twitter pembantu Dr Lo' Lo' berbunyi:
Innalillahiwainnailaihirojiun. Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi.Semoga beliau... http://fb.me/y0HqH6YQ
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor jam 10.18 tadi.
Mesej Twitter pembantunya dihantar lapan minit lalu (jam 10.19 malam).
Dalam mesej keluarga allahyarham yang dihantar menerusi Facebook memberitahu:
[keluarga] Innalillahiwainnailaihirojiun.Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.
AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM DR LO'LO' DATUK MOHD GHAZALI
No comments:
Post a Comment