ALOR SETAR 2 JULAI :Polis Kedah hari ini menahan 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR kerana didakwa terbabit dengan kempen perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di sebuah kedai kopi di sini, pagi ini.
11 lelaki dan tiga wanita, termasuk timbalan ketua pemuda PKR Kedah Gooi Hsiao Leung ditangkap kira-kira jam 9.20 pagi ini, lapor portal Malaysiakini.Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo Bersih.
Sebelum sidang media mereka yang dijadualkan di Pekan Cowboy, Alor Setar sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin PKR itu yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.
Gooi menjerit: “Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami."Ini tidak demokratik,” katanya.
Namun, rayuannya tidak dihiraukan oleh pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman yang terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.
Hampir 100 anggota polis berkawal di tempat aktivis berkenaan dijadual berucap.
Ketika dihubungi Gooi berkata mereka kini ditahan Pusat Latihan Mentalon, Anak Bukit tetapi belum dimaklumkan mengenai dakwaan yang bakal dikenakan itu.
Katanya, ahli PKR lain yang ditangkap termasuk Fazil Shari, K Naidu, Suraya Hashim, Asmalela Mohd Ghazali, Lee Kim Hock dan ahli majlis Leslie Daniel.
"Kami baru hendak mula sidang akhbar tetapi polis terus serbu. Ini amat memeranjatkan dan mengarut,” katanya.
Sementara itu ketua polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana didakwa membantu menyemarakkan kempen Bersih.
Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis yang berkaitan Bersih.
"Kita juga sedang memanatu semua ceramah di negeri ini. Kita memang bersiap sedia,” katanya kepada wartawan.
"Kita tidak akan bertolak ansur dan tidak teragak-agak untuk menangkap sesiapa yang berani melanggar undang-undang.
“Jika ada yang degil dan berkeras mahu menyertai majlis-majlis ini, berfikirlah dua kali dahulu,” tegasnya lagi.TVS
Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam.
“Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing.
“Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan ‘kerajaan tidak suruh pakai baju kuning’ sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam,” katanya.
Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat.
Mengulas tangkapan itu, Natassia menyifatkan tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkankan rakyat untuk menyertai himpunan aman Bersih 9 Julai ini.
“Tangkapan ini semakin menaikkan semangat saya untuk menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini dan saya menyeru rakyat agar turut sama dalam himpunan itu kelak.
“Jangan gentar kerana ini hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana tuntutan Perlembagaan,” katanya.
Ketika ini, empat peguam diketuai Ansari Abdullah bersama Erviana Ansari Ali, Ryian Soo dan Christina Liew berada di balai polis Karamunsing untuk membantu.
Bersih, anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan didokong pelbagai aktivis rakyat serta Pakatan Rakyat bakal mengadakan himpunan amanpada 9 Julai ini di tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, Selain di Sabah dan Sarawak.Keadilandaily
BATU GAJAH, 2 Julai: Tiga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap pihak polis ketika sedang minum di Pasar Awam Batu Gajah di sini pagi tadi.
Mereka adalah Timbalan Ketua Cabang Batu Gajah, Adnan Talib, Naib Ketua Anthony Vijaya dan Timbalan AMK, Tamiselvam.
Difahamkan mereka tidak pun memakai baju kuning Bersih 2.0 ketika itu dan baru sahaja tiba di sebuah kedai minum di sini sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.
Tiba-tiba salah seorang anggota polis itu bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning bertulis Bersih 2.0 yang dipakai di bahagian dalam terus ditangkap.
Ekoran itu, dua rakannya yang lain turut menyarung baju serupa agar mereka juag ditangkap bersama.
Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Batu Gajah kira-kira jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.
Turut serta ke IPD bersama ketiga-tiga mereka adalah Adun Tronoh S.Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin.
Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.
"Mereka pakai T-shirt Bersih di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.
Beliau juga dimaklumkan ketiga-tiga yang ditangkap tersebut hadir ke pasar pagi tadi adalah untuk memastikan maklumat berkumpul yang diterima mereka melalui khidmat pesanan ringkas SMS betul atau 'perangkap'.
Ia kerana, tiada sebarang arahan pun dari kepimpinan parti untuk berkumpul di sini hari ini.
Sementara itu, Ng Mun Yin pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.
Polis juga ujarnya memberi jaminan kesemua yang ditahan akan dibebaskan hari ini.Hrkh

No comments:
Post a Comment