Di beri peluang dan nikmat umur selama 24 tahun hidup di atas muka bumi ini adalah suatu anugerah yang tidak ternilai oleh Allah s.w.t. Sepanjang menikmati kehidupan yang di kurniakan, segala cerita dan memori telah di pasakkan dalam naluri dan jiwa ini.
Adakalanya hidup pernah bergelumang dengan kekotoran dunia yang cukup untuk menempah nama ke neraka. Pernah juga jatuh tersungkur serta luka bertahun lamanya untuk kembali pulih sedia kala.
Sepanjang perjalanan hidup yang di kurniakan ini juga, ramai insan yang di beri pinjam untuk berada di sisi, hilang dan kembali semula ke pangkuan yang Maha Esa. Air mata yang berguguran di pipi adalah tanda yang paling utuh untuk membuktikan betapa di ciptakan manusia itu lemah dan hidup perlu bertuhan..
Namun atas dasar dan asas didikan yang di beri sedari kecil berbentuk Islam, kekuatan untuk terus bangun dan teruskan perjalanan membuak dari lubuk nurani yang tersembunyi.
Bangun dari jatuh yang menyakitkan tanda Allah masih ingatkan hambanya, bahawa andai mahukan syurga, ujian itu adalah sesuatu yang pasti di hadapi.
Kerna harga nikmat syurga itu, bukanlah dengan amalan manusia, tetapi adalah belas ihsan Allah s.w.t..
Maka hinanya aku untuk memohon kepada Mu Ya Allah…
“MOGA ENGKAU MEMBERKATI KEHIDUPANKU..
MOGA ENGKAU MEMANJANGKAN UMURKU DENGAN PENUH KEBERKATAN..
MOGA ENGKAU LAPANGKAN DIRIKU DARI KESESAKAN YANG MENYEMPITKAN DADAKU..
MOGA ENGKAU PENUHI JIWA DAN RAGAKU DENGAN ILMUNYA YANG TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA..
MOGA ENGKAU MURAHKAN REZEKI BAGIKU..
MOGA ENGKAU MUDAHKAN JALAN UNTUKKU MENCARI MUTIARA ILMU DIATAS BUMI INI..
MOGA ENGKAU TERANGI HATI DAN KEHIDUPANKU DENGAN CAHAYA KEIMANAN DAN KETAQWAAN..
MOGA ENGKAU JADIKAN DIRIKU SALAH SEORANG PEJUANG AGAMANYA..
MOGA ENGKAU KEMBALIKAN DIRIKU PADA MU DALAM KEIMANAN..
MOGA ENGKAU PEJAMKAN MATAKU DALAM KESYAHIDAN..
DAN MOGA ENGKAU MASUKKAN DIRIKU DALAM SYURGA YANG KEKAL ABADI..
AGAR 13 OGOS YANG SENANTIASA TIBA, AKU TIDAK DI HINA DI HADAPAN MU KELAK…
WAHAI TUHAN YANG MEMILIKI SEGALA KHAZANAH DI LANGIT DAN DI BUMI… PADA MU JUA AKU BERTAWAJJUH…..”
No comments:
Post a Comment