Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

12.8.10

VIRUS SIKAP ABU LAHAB VERSI MODEN DI MALAYSIA!

Lembaran sirah mencatatkan, ketika mana Rasullah di lahirkan oleh Siti Aminah, di antara orang yang paling gembira adalah Abu Lahab. Selaku bapa saudara yang paling hampir dengan keluarga baginda, Abu Lahab melahirkan perasaan gembiranya dengan mengorbankan 100 ekor unta tanda syukurnya kepada Tuhan Kaabah.

Malah dia jugalah yang memerdekakan beberapa orang hamba, diantaranya Thuwaiba yang kemudiannya pernah menjadi ibu susu Nabi, bagi menceritakan betapa seronoknya beliau di atas kelahiran anak saudaranya yang kemudian di beri nama Muhammad.

Masa terus berlalu dengan pantas. 40 tahun kemudian, Muhammad s.a.w mengumpul sanak saudaranya untuk menyampaikan risalah yang di utuskan oleh Allah kepadanya untuk di sampai dan di sebarkan kepada ummat manusia sekelian alam.

Di atas Bukit Safa, Muhammad s.a.w berdepan dengan Bani Fihr dan Bani ‘Adi. Baginda bangun lantas memulakan kalamnya dengan mengatakan “Wahai bapa-bapa saudaraku!, sepupu-sepupuku!, adik-beradikku! Aku hendak ceritakan kepada kalian satu perkara, kalau aku katakan di belakang bukit ini ada segerombolan tentera hendak menyerang kita apakah kalian percaya?"

Lantas sekalian mereka menjawab,” sudah pasti kami akan mempercayainya kerana kami belum pernah mendengar kalam dusta daripada mu!”

Lantas Muhammad s.a.w meneruskan ucapannya lagi.

“Maka pada hari ini aku ingin istiharkan aku adalah utusan Allah yang di utuskan untuk membawa khabar yang menggerunkan iaitu di hadapanku ini suatu azab sengsara yang paling hebat dan menakutkan!”

Seraya Abu Lahab bangun dan berkata,” Celakalah wahai Muhammad! Apakah untuk ini sahaja engkau kumpulkan kami?”


Lantas turunlah surah al-Lahab yang bermaksud :

“ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa!”

Lantas selepas itu, Abu Lahab terus menjadi musuh utama yang paling kuat menentang dakwah baginda. Pelbagai fitnah di cipta untuk menjatuhkan baginda. Malah beliau jugalah di antara ‘tink tank’ dalam melakukan konspirasi tahun pemulauan terhadap ummat Islam!

Segala kebaikan dan keseronokkan yang dilakukan olehnya ketika menyambut kelahiran baginda musnah dek kerana ego, pentingkan pangkat dan harta, bersifat assobiyyah dan sebagainya dalam menerima dakwah baginda.

Sirah mencatatkan dengan jelas sikap Abu Lahab. Beliaulah orang yang membela dan menyambut kelahiran Muhammad dengan perasaan gembira yang tidak terkata. Malah, beliau jugalah orang yang kemudian menentang Baginda dengan menaburkan fitnah dan mencipta konspirasi yang paling dahsyat!

Zaman terus berlalu. Sikap dan perangai Abu Lahab tidak pernah padam dan lenyap dari muka bumi ini walaupun ‘tuannya’ sudah dimamah api neraka!

Kini virus sikap Abu Lahab tampil dengan imej yang baru. Bertemakan zaman millennium dan globalisasi, dasarnya sahaja tidak berubah.

Dahulunya, dialah orang yang membela mangsa konspirasi peringkat tertinggi di negara ini. Dia jugalah di kalangan orang yang menggerakkan massa dalam menimbulkan gelombang Reformasi 11 tahun yang lalu. Dia jugalah di kalangan orang yang menubuhkan tapak bagi membela mereka yang tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Dia jugalah yang bersumpah tidak akan memeluk ‘tapak assobiyyah’ yang busuk hingga ke usus!

Beberapa tahun kemudian, dia tampil dengan virus sikap yang di tinggalkan oleh Abu Lahab lama dulu. Dia menjadi orang yang paling kuat menentang mereka-mereka yang pernah di belanya. Dia jugalah orang yang paling kuat membawa khabar domba di seluruh Negara untuk menjatuhkan ‘orang itu’. Dia jugalah yang mencipta pelbagai perkara untuk memalukan ‘orang itu’ sekeluarga.

Malah dia juga tidak pernah malu untuk menjilat ludah yang di ludahi olehnya 11 tahun dahulu!

Kuat benar virus sikap Abu Lahab terhadapnya!!

1 comment:

Anonymous said...

baru ku tahu sanatak ezma ni telah di jangkiti virus abu lahab,,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...