Anda boleh bayangkan hidup di dunia yang tidak selamat. Hidup di negara yang sedang berperang dan bergolak adalah mimpi ngeri yang sudah pasti kita tidak mahu ketemui ‘da iman abada’( selama-lamanya ). Bangun sahaja dari tidur, hidup yang bakal di lalui tidak pasti lagi akan selamat. Sama ada bakal berhadapan di tembak oleh musuh, di bom, di tangkap mahupun perkara yang lain, sebarang kemungkinan sudah tentu bermain di dalam kepala otak kita.
Masakan tidak, dunia yang kita lalui dan hidup, adalah dunia dan bumi yang sedang berperang.
Andai begitulah citra kehidupan bumi yang sedang berperang dengan ‘jasadiah’, maka Malaysia mungkin harus berbangga kerana masih aman dari sifat perjalanan hidup sebegitu.
Namun, harus diingatkan, walaupun Malaysia tidak berhadapan dengan situasi sebegitu, Malaysia sedang dalam proses menuju kehancuran pembinaan ‘Manusia’!!
Bersorak sorailah para think tank Yahudi yang menyusun strategi lama dulu di Vantican City. Kerja penat lelah mereka menuju kearah kejayaan setelah hampir 100 tahun menyusun dan mengatur. Mereka tahu, Islam tidak akan kalah andai berlawan dari segi ‘jasadiah’, lalu ‘ghuzzwatul fikr’ yang di susun.
Hassan al-Banna di awal penyebaran dakwahnya di Mesir sendiri mengakui berlaku keruntuhan akhlak yang meruncing sekitar awal 30-40an. Kesungguhannya untuk memulihkan kembali penyakit akhlak di kalangan rakyat Mesir mula membuahkan hasil sedikit demi sedikit sehingga mencapai keberjayaan yang membanggakan apabila hampir di terima oleh sebahagian besar rakyatnya.
Walaupun hayatnya tidak panjang, namun nafas yang di tiup di dalam jiwa para Ikhwan yang ingin melihat pemulihan berlaku di dalam rakyatnya, terus lahir dan membuak. Natijahnya, pemerintah Mesir yang takut akan kehilangan kuasa, mengambil keputusan untuk mengharamkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang banyak berjasa dalam membawa rakyat Mesir yang beragama Islam untuk menjalani hidup secara islamik.
Tidak ketinggalan Negara Afghanistan yang runtuh setelah di jajah dan di robek dengan jahatnya oleh Amerika Syarikat. Walaupun ramai di kalangan Ulama’ dan pendakwah Islam yang kurang bersetuju dengan cara pemerintahan Taliban, namun sekurang-kurangnya, pemerintahan yang di jalankan berasaskan ‘takutkan Allah’.
Kesan kejatuhan Negara Afghanistan tidak harus di lihat dari segi politik semata-mata, namun harus dilihat juga kesan yang paling besar dan ketara adalah kejatuhan moral dan akhlak yang di kalangan pemuda pemudinya. Hiburan di bawa masuk secara besar-besaran oleh AS untuk menghancurkan pemuda Islam Afghanistan agar terus hanyut dan jauh dari Islam!
Maka sebegitu jugalah yang berlaku di Malaysia. Buka sahaja ‘paper’, maka terhidanglah segala ‘mak nenek’ perbuatan manusia di kalangan rakyatnya.
Apa yang tidak ada di ‘Negara Islam Malaysia’.
Bunuh!
Rogol!
Merompak!
Buang Anak!
Rasuah!
Seks Bebas!
Dan pelbagai perbuatan lagi yang gerun untuk di senaraikan. Yang malu dan aibnya adalah hampir majority yang melakukan kegiatan sebegitu adalah mereka yang beragama Islam!!
Apa yang mampu di banggakan lagi dengan pemuda pemudi di Malaysia. Kelihatan ‘Jahiliyyah’ zaman dulu berjangkit dan semakin membarah di Malaysia!
Rasa nak termuntah apabila sering kali rakyat Malaysia di hidangkan dengan kes buang bayi dan bunuh yang tidak berkesudahan. Seolah-olah berita tentang itu adalah wajib berlaku dan di siarkan setiap hari. Bayangkan, bayi yang baru lahir di campak semacam sampah di merata-rata tempat! Nyawa manusia harganya semacam ayam sahaja!! Seks bebas bukan lagi di kalangan orang dewasa, budak yang berumur 12 tahun pun sudah pandai ketagih seks!
Apakah ini bukan bukti Malaysia menuju ke arah kehancuran ‘Manusiawi’?
Sistem pembinaan ‘Manusia’ di Malaysia sudah terlampau rosak dan tak mampu berfungsi lagi. Saya nak katakan benarlah apa yang di ungkapkan oleh Ibnu Khaldun. Runtuh dan rosaknya sesuatu tamadun adalah berpunca dari punahnya akhlak sesuatu bangsa dan kaum.
Apakah perlu di sangkal lagi bahawa Malaysia sudah rosak ‘manusia’ dari segi akhlak dan peribadinya?
Kembalilah Kepada Allah Wahai Ummat Malaysia!!
Ketika wabak H1N1 melanda Malaysia dengan dahsyatnya, saya menulis satu artikel kecik sebagai tanggungjawab rakyat dan ummat Islam yang hidup di Malaysia. Walaupun cadangan itu semacam kuman yang tidak akan di pandang, namun kelak di hari akhirat, saya minta berlepas dari azab neraka kerana sudah melakukan apa yang termampu.
Di bulan Ramadhan yang cukup mulia ini, inilah masanya untuk memohon bantuan dan belas ihsan kepada tuhan pencipta sekalian alam.
Apalah kira dan salahnya, letakkan fahaman politik kepartiaan untuk seketika di luar jendela. Saya ingin katakan, himpunkan ummat Malaysia di dataran Merdeka beramai-ramai.
Semua pimpinan Negara, politik, cerdik pandai, ahli akademik, ahli keselamatan, pekerja buruh, peladang, penternak, nelayan, pekerja pejabat, guru, anak murid, orang yang bersekolah, orang yang tidak bersekolah, kutu jalanan, pengemis, mat rempit, ustaz&ustazah, Doktor perubatan dan segala macam lagi ummat manusia harus di himpunkan di satu tempat.
Buatlah pesta ibadah bersama-sama. Berbuka puasa, bersolat terawikh dan seterusnya solat hajat memohon bantuan dari Allah akan segala bencana ‘Manusia’ yang menimpa. Pilihlah di kalangan jutaan manusia mereka yang kelihatan bertaqwa kepada Allah di mata manusia untu memimpin. Andai DS Najib mahupun TS Mahyudin yang di lihat sedemikian, maka tiada salahnya. Demikian jugalah sebaliknya.
Sembahlah sujud ke tanah kerana kelak semua akan kembali jua ke sana. Apakah ummat Malaysia yang beragama Islam tidak tahu bahawa mereka masih mempunyai Raja sekalian alam yang hanya Dia sahaja mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan ‘Manusia’ ini?
Kembalilah bertawajjuh kepada Allah walau seketika sahaja. Jalan keluar yang bersifat praktikal dan tektikal pasti mudah di temui andai kembali ‘bertanya’ kepada penciptanya bagaimana cara penyelesaiaanya..
Percayalah…
1 comment:
sokong 100%!!
Post a Comment