Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

7.8.10

DUNIA PERFILEMAN 'SAMPAH' DI MALAYSIA?


Sempat seketika saya bertukar pandangan dengan mantan Presiden Universiti Mu’tah berkenaan dengan dunia perfileman tanah air masakini. Beliau secara berseloroh mencadangkan kepada saya agar terjun dalam bidang yang mencabar ini. Lebarkan jaringan dakwah dalam ‘mangkuk’ itu. Islahkan kerangka yang semakin membusuk di dalamnya.

Secara berseloroh juga saya memberikan jawapan, “tiada masalah!”

Filem ‘Sampah’ di Malaysia?

Umum mengetahui, tidak sampai seminggu ummat Islam akan bertemu dengan bulan tarbiyyah yang di rindui. Selesai sudah, kita bakal mendapat ganjaran bulan keseronokkan yang di tetapkan oleh Allah setelah berlelah melalui tempoh sebulan yang mencabar. Malah tidak lama kemudian juga, ummat islam bakal bertemu pula dengan suatu bulan ingatan mengenai ibadah rukun islam yang ke 5.

Melalui bulan-bulan kebesaran di dalam islam, saya dapati Indonesia kehadapan dalam menyajikan filem mahupun drama senetron kepada rakyatnya. Lihat sudah tahun-tahun yang lepas, Indonesia membekalkan filem ataupun drama yang berbentuk tarbiyyah, keinsafan, ketuhanan dan sebagainya, bukan sahaja di negaranya malah turut di bekalkan di Malaysia!
Dengan keadaan dunia global masakini yang semakin canggih akan penghantaran maklumatnya, tidak susah bagi saya dan kawan-kawan yang berada jauh di perantauan untuk mengetahui hal ehwal tanah air dan dunia semasa.

Heboh di kalangan mahasiswa timur tengah akan produk filem tarbiyyah Indonesia masakini.

‘ Emak Ingin Naik Haji’.
Tajuk filem sudah cukup untuk menggambarkan kepada umum akan bagaimana jalan cerita yang ingin di gambarkan. Malah lakaran poster yang begitu sayu, cukup membuatkan sesiapa pun ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana seorang pelakon separuh abad dari Indonesia beraksi. Berlatarkan tema ‘menunaikan Haji’ dan ‘Kaabah’ serta di sulami lagu yang mempunyai ‘roh’ yang cukup kuat, bisa membuatkan sesiapapun insaf akan kelebihan harta dan kekuatan yang di kurniakan untuk melaksanakan tanggungjawab terakhir di dalam rukun islam.

Tidak ketinggalan juga sebelum ini, Indonesia menggempakkan dunia anak muda dengan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’. Impak dan kesannya cukup mendalam. Jalan cerita yang tidak memerlukan pelakon-pelakonnya beraksi seksi dan ghairah, bertelanjang bogel bagi menyampaikan meseg yang kononnya ‘gempak’ dan sebagainya, akhirnya kini tampil sebagai sajian Ramadhan untuk kesekian kalinya setelah di terima umum.

Bukan setakat itu, dunia perfileman Indonesia juga pernah mengeluarkan produk drama seperti ‘Hidayah’ dan sebagainya yang ia terselit konsep ‘takutkan tuhan’. Menggambarkan azab-azab yang di terima sedari alam dunia lagi, rasanya cukup bagi mentarbiyyah rakyatnya bahawa setiap tindakan akan ada balasan yang menanti!

Jauh benar saya terbang sehingga hinggap sebentar di dahan Indonesia, seolah lama bermukim di situ. Minta maaf, saya bukanlah pengkritik profesional dalam alam dunia perfileman ini. Tiada sijil, diploma mahupun ijazah untuk di jadikan ‘proof’ kepada semua. Cumanya, saya sebagai rakyat dan ummat yang sedar betapa ‘alam itu’ mempunyai kekuatan yang dahsyat bagi mencorakkan bagaimana pemikiran rakyat sesebuah negara untuk masa kini dan untuk akan datang!

Rasa mual benar dengan persembahan filem tanah air desawarsa kini. Saya juga tidak menafikan wujud filem dan drama di Malaysia yang berbentuk ketuhanan. Tetapi, jumlah dan jalan ceritanya cukup sedikit dan berterabur. Malah rasanya, seolah tiada impak dan kesan kepada sesiapapun yang menontonnya!

Saya agak pelik dengan pemikiran sebahagian pengusaha filem tanah air yang beragama Islam. Lihat saja dengan kebanjiran filem dan drama, yang berkonsepkan ‘merapu’ dan ‘serabut’ di dalam jalan ceritanya.

Selalu benar di tonjolkan akan dunia anak muda masakini. Bukan tidak boleh, masalahnya hampir kesemua filem yang berkisar tentang dunia anak muda di tonjolkan dalam bentuk yang negative!! Saya berteori hanya 10% sahaja positif dalam sesebuah filem, manakala peratus yang berbaki lagi, semuanya ‘sampah’!!


Apakah dengan menampilkan aksi rogol, berpakaian seksi, pergaulan bebas, seks bebas, rempit, mencarut, bunuh, merompak, kongsi gelap boleh menutup segalanya dengan ‘ending’ ceritanya seseorang itu akan kembali ke pangkal jalan dan insaf?

Bagi pandangan saya tidak sama sekali!

Saya yang jahil akan ‘perniagaan’ orang filem tentang keuntungan hanya berteori begini. Saya mengambil contoh, hampir sejam setengah jalan cerita sesebuah filem menceritakan akan seks bebas dengan menampikan pelakonnya berpakaian ghairah dan seksi, dan setengah jam lagi pelakon tersebut akan insaf ataupun mati dalam keimanan.

Dalam tempoh sejam setengah penonton yang sudah tentu keseluruhannya berumur dari 12-19 tahun di bentuk pemikirannya akan aksi dan cara hidup yang negatif, bolehkah di selesaikan dengan ‘ending’ filem selama setengah jam sahaja?

Orang yang membuat kem motivasi pun paling lekeh mengambil masa tiga hari untuk menyedarkan anak muda akan perkara positif dan negative dalam kehidupan, inikan hanya setengah jam sahaja!

Dan tentu sekali impak dan kesan filem kepada pemikiran, hati dan jiwa lebih besar berbanding daripada kem motivasi!!

Saya katakan itu andai filem dan drama yang mengakhiri jalan ceritanya sebegitu. Andai filem dan drama yang langsung tiada eleman keinsafan di pengakhirannya? Bagaimana pula??
Adakah saya terlalu membenci dunia perfileman tanah air? Adakah dengan saya mengkritik dunia perfileman tanah air akan di label sebagai ‘pengkhianat’ perfileman negara??

‘Common’ la!!

Saya sebagai anak muda, sekadar ingin berkongsi pandangan dan pendapat dalam ruang lingkup yang professional dan positif. Terkadang saya terfikir, apakah pengusaha filem tidak sedar bahawa ‘dosa’ dan ‘sampah’ yang mereka tinggalkan kini akan memberi kesan kepada generasi akan datang malah generasi zuriat mereka juga?

Saya sedar dan tahu mereka orang ‘bussines’. Mahu tidak mahu, mereka perlu meletakkan 100% keuntungan di dalam otak pemikiran mereka. Tetapi, saya ingin katakan, andai dunia perfileman Indonesia boleh berjaya dengan mengeluarkan produk yang berunsurkan ketuhanan, keagamaan dan keinsafan boleh berjaya malah pergi jauh serta mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, kenapakah ‘orang kita’ tidak boleh?

Kementerian yang bertanggungjawab perlu menyalurkan idea dan konsep filem yang berteraskan ‘keimanan’ kepada pengusaha filem yang beragama Islam. Letakkan asasnya sahaja, saya optimis pergerakkan seterusnya tidak sama sekali akan tersasar!

Bagi saya, hanya mentaliti dan gaya berfikir sahaja dapat merubah dunia perfileman tanah air. Andai gaya berfikir tetap sama, maka saban tahun sahaja, generasi muda akan di bentuk pemikirannya dengan anasir ‘sampah’ yang busuk!!

5 comments:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=4F5D4D2I_UA

http://www.youtube.com/watch?v=UJnaN7jqxdQ

memang ada yang sampah tapi ada yang sempoiiii

Anonymous said...

SOKONG!!!

Anonymous said...

Sdra Camar Putih,

Blog dan artikel sdra menarik. Bolehkah saya petik sedikit untuk bahan di dalam buku terbitan CAP yang kebetulan saya tulis tentang budaya busuk dalam filem dan hiburan kita?
Salam
Untuk makluman sdra, CAP adalah NGO yang tidak mencari keuntungan. ia hanya khidmat sosial ke arah kebajikan. Oleh itu keizinan perlulah dari keikhlasan.
Salam
azizi hj abdullah, editor CAP
012 4396060

Uwais Qarny said...

to saudara azizi abdullah

dgn rasa rendah dirinya,di persilakan..mg ada kebaikan bersama.

NaUpm said...

Menarik dengan artikel saudara:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...