Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

16.8.10

Tazkirah Ramadhan : Peperangan Badar al-Kubro


Rasulullah terus berdoa kepada Allah. Memohon belas ihsan dan pertolongan kepada tuhan Rabbul Alamin. 17 Ramadhan adalah saksi betapa Rasulullah dengan penuh kekhusyukan dan tadarru’ menadah tangan ke langit memohon restu agar di menangkan peperangan Badar yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“ Wahai Tuhanku, mereka di kalangan Quraisy mara dengan penuh keangkuhan dan kesombongan mencabar engkau dan mendustai Rasul Mu..Wahai Tuhanku, kurniakankanlah pertolongan yang telah engkau janjikan…Wahai Tuhanku..kalahkanlah mereka…”

Rintihan Rasulullah menjadikan Abu Bakar yang sedari tadi memerhatikan baginda menjadi sayu dan pilu. Beliau lalu menghampiri baginda lantas berkata,

“ Wahai Rasulullah, bergembiralah demi jiwaku di tangannya, Allah akan perkenankan yang di janjikan itu, dan orang Islam seterusnya juga turut memohon kemenangan dari Allah dengan penuh keikhlasan dan tawadhuk..”

Peperangan Badar yang bakal meletus adalah di sebabkan khabar yang tiba kepada Rasulullah yang mana Baginda mendapat tahu tentang ketibaan Kafilah perniagaan Quraisy di bawah kelolaan Abu Sufyan Bin Harb yang melalui persisiran Kota Madinah.

Abu Sufyan yang mendapat tahu akan persediaan yang di lakukan oleh kaum Muslimin di Madinah, cepat-cepat menghantar utusan untuk meminta bantuan pertahanan dengan mengutuskan Dzamdazar Ibn Amru dan al-Ghaffari ke Makkah.

Dengan mendapat berita tersebut, kaum Quraisy serta merta bersiap siaga untuk melancarkan perang terhadap kaum Muslimin Madinah.

Tarbiyyah Allah terhadap tentera Badar cukup besar dan hebat. Kafilah dagangan Abu Sufyan telah dapat melarikan diri. Lantas Abu Sufyan mengutuskan utusan kepada tentera Quraisy dari Makkah agar mengundurkan diri kerana mereka sudah selamat.

Kemaraan tentera Quraisy seramai 900 hingga ke 1000 orang yang di pimpin oleh Abu Jahal enggan berpatah balik. Dengan penuh kesombongan dan meninggi diri Abu Jahal lantas berkata ,

“ Demi tuhan, kita tidak akan pulang kecuali setelah kita tiba di Badar, dan kemudiaanya kita akan tinggal selama 3 hari, di mana kita akan menyembelih mereka dan akan membuat jamuan besar-besaran, meminum arak dan menghiburkan diri, semoga seluruh bangsa arab mendengar berita dan demonstrasi angkatan kita, di mana kegerunan akan berdentum sepanjang masa!”

Dengan berbekalkan jiwa-jiwa yang cintakan Islam dan cintakan syahid seramai 313 orang, menjelang pagi Jumaat tahun kedua hijrah, peperangan di antara tentera Muslimin dan Musyrikin meletus akhirnya.

Untuk memulakan peperangan dan pertempuran, Rasulullah mengambil segenggam anak-anak batu lantas di campakkan kearah tentera Musyrikin sambil baginda bersabda ; “ Binasalah sekalian muka!”

Peperangan Badar al-Kubro terus berlangsung dengan sengitnya. Allah tidak pernah membiarkan kekasihnya dan orang yang cintakan Nya dalam keadaan kesempitan. Lantas Allah mengirimkan pertolongan Nya yang Maha Agung ke atas tentera Badar dengan saff para Malaikat yang turut serta berperang.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanm Mu, lalu di perkenankannya bagi Mu ; sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu Malaikat yang datang berturut-turut.” ( al-Anfal : ayat 9)
Perancaan Allah jua yang Maha Agung. Tarbiyyah Allah jua yang Maha Hebat. Berkat kesabaraan dan keteguhan tentera Badar terhadap janji Allah, maka akhirnya tentera Muslimin mencapai kemenangan yang besar!

Firman Allah taala :

“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mu’min itu diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh!”

Maka para amilin yang cintakan Islam, bersabarlah..Ingatlah bahawa janji Allah itu pasti..Jadilah kamu seperti tentera Badar hendaknya. Moga motivasi dan semangat Badar itu sentiasa mengalir di urat nadi kita bersama!

Rujukan : Kitab Fikh Sirah ( Dr Muhammad Sa'id Ramadhan al-Butti )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...