Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

7.1.10

.....Isshhh..Lutut sungguh Ustaz ni!!...


Lama dulu, saya amat mengagumi akan ilmu yang di miliki oleh seorang ustaz muda yang cukup lantang dalam gelanggang ilmiah desawarsa dahulu.

Malah ketika di alam kampus DQ , beliau kerap di undang oleh persatuan untuk memberi buah tarbiah buat para ‘penjaga’ al-Quran.

Lidah beliau lancar dalam mengeluarkan hujjah berdasarkan nas al-Quran, hadis dan kalam ulama’. Malah pengalaman yang beliau timba ketika di alam pengajian di Pakistan selalu di relatekan, agar hujjah beliau bersifat semasa dan berpijak pada bumi yang nyata.

Bukan itu sahaja, sahabat karib saya turut menjadikan beliau sebagai idola golongan muda. Andai setiap permasalahan yang timbul dari segi agama, cepat benar mesej di hantar kepada ustaz muda itu.

Kagumnya, ustaz muda itu lancar ‘mereply’ setiap persoalan yang di tuju secara maya. Ketika itu juga, saya bersama rakan serta senior, seakan melihat beliau seperti ikon golongan muda yang baik dari segi syakhsiah serta hebat dari segi ilmu, juga luas dari segi pengalaman kemasyarakatan.

Thiqah saya kepada ustaz muda itu tentu sahaja tinggi! Beliau juga yang turut mengajar kami akan adab-adab dalam berselisih pandangan, berkongsi pengalaman tentang akhlak Islamiah sebagai seorang pejuang dan sebagainya.

Itu dahulu. Mungkin beliau masih mengamalkan apa yang di ajari kepada kami. Kalau tidak semua, mungkin separuh. Tapi tidaklah berani saya menyatakan beliau meninggalkan semua!

Benar akan pepatah melayu yang masyhur, yang mengajar bangsanya untuk beramali dengan akhlak nabi serta para sahabat.

“…..diam-diam padi, semakin hari semakin berisi, semakin tunduk menyembah bumi..”

Untuk permulaan tinta maya ini, kerdil rasanya untuk saya ‘menegur’ ustaz muda ini.

Sementelah lagi beliau tentu tidak mengenal saya. Andai kenal pun, mungkin lupa. Paling ‘lekeh’ pun, tengok muka, ingat-ingat la sikit.

Namun, andai tidak kenal, terlupa atau sebagainya, saya tidak berkecil hati. Ukuran ‘baju’ dari segi saiz, lebar dan sebagainya, saya telah ambil kira seusai tercetus posting ‘pembantu-pembantu sesat’ di dalam blog Ustaz Nik Abduh.

Manakan tidak, ustaz muda yang pernah menjadi pemangkin bagi generasi Dewan Ulama’ PAS Pusat, memulakan langkah silat dengan membuka gelanggang ‘pening’ kepada umum.

Ingat lagi saya ketika itu, lincah sungguh buah yang di tuju dan di lepas kepada Ustaz Nik di dalam blog beliau. ( boleh rujuk blog beliau untuk setiap posting yang hebat-hebat!! )

Andai saya hendak menyentuh satu persatu posting yang pernah ‘di lavakan’ oleh ustaz muda ini, saya kira cukuplah umum menjadi ‘pening’ dengan menjenguk laman sawangnya.

Yang lama, biarlah urusan beliau dengan ‘mereka-mereka’ yang pernah beliau ‘sniper’ dan kelirukan umum dengan tinta mayanya.

Otak saya lama berpusing untuk teguh pada pendirian yang mana yang sepatutnya saya pasakkan.

“….ish..beradabkah aku kalau aku tegur dia dalam blog aku ni…”

Namun, andai kata saya menyelak laman persendirian beliau satu persatu, saya kira, saya terus akan mengikuti jejak langkah beliau.

Masakan tidak, andai kepimpinan ulama’ yang pernah satu ketika beliau ‘sniper’ laju-laju tanpa perasaan ‘kesian’, ish..takkan la saya ‘hembus’ sikit tak boleh!

Dari TGHH, Ustaz Nasha, Cikgu Pa, Ketua penerangan, Ketua Dewan Ulama’, Ketua Dewan Pemuda, liccciiiinnnnn beliau sapu!!

Seketika waktu, kecoh sebentar beliau meminta MP Padang Terap bersumpah laknat kerana dikatakan memfitnahnya. Hampir setiap posting, diakhirnya beliau meninggalkan ‘P/S’ akan dosa MP tersebut terhadapnya.

2 minggu kebelakangan ini pulak, ribut kecil sedikit beliau menulis tentang TGNA. Katanya, jangan sampai beliau hilang thiqah terhadap Ulama’ kesayangan umum ini.

Kini, beliau ‘menggila’ di laman sawang Face Book seorang teman alam maya dengan meninggalkan komen yang bagi saya cukup kasar dan kurang beradab!

Janggal benar andai saya hendak mengajar ustaz muda keluaran Pakistan ini akan adab-adab menegur dalam Islam. Entah-entah boleh menjadi lebih kelakar.

Tetapi, sikap beliau yang saya kira ‘terlebih’ melampau, hari ke sehari semakin menjadi-jadi!

Sudah lah dahulu beliau melabel kepimpinan yang di pimpin oleh TGHH dengan pelbagai label, kini beliau tampil dengan lebih berani dan ‘bernafas segar’ tahun baru.

Isu tuntutan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar Herald telah di ulas oleh pelbagai pihak termasuklah beliau. Merujuk di laman sawangnya, saya respek terhadap ustaz muda ini kerana beliau berhujjah tidak menggunakan air liur. Di bawa pelbagai nas untuk mengukuhkan hujjah-hujjahnya.

Tetapi yang tidak sedap telinga mendengar, mata membaca, apabila beliau sewenang-wenangnya ‘melekehkan’ orang lain malah merendahkan taraf ulama’ yang diiktiraf oleh rakyat Malaysia, sebagai ulama’ kepala lutut!!

“Masalah sekarang, Harun Din pun dah berhujjah macam Umno….mengkafirkan orang dengan penilaian kepala lutut…..kepala lutut punya ulama”


Wahhh!! Ini ustaz muda memang tiada lutut maaa!!

Saya menjadi lebih dan bertambah ‘terlebih’ hilang thiqah terhadap ustaz muda ini. Beliau membaca dan menilai komen ulama’ tersohor itu dari posisi yang cukup penuh ‘kebencian’.

Ulama’ tersohor itu sekadar mengunggkap kata sebegini sahaja :

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendiriann mereka.Kalau kita sokong perkara yang kufur,kita pun secara tak langsung akan kufur,”


Dan yang memanipulasikan kenyataan di atas adalah media. Takkan lah, ustaz muda yang hebat lagi ‘masyhur’ ini tidak boleh menilai!!

Tinggi benar ilmunya berbanding ulama’ tersohor ini!!!

Mustahil benar untuk beliau berjumpa dengan ulama’ ini susah. Lain la jika pandangan beliau terhadap ulama’ ini bertukar warna ‘biru’!

Adush…apa punya turrr la ustaz Pakistan nie..

Dari segi dalaman alam sawang, ramai yang meminta beliau berjumpa dan meminta maaf akan keterlanjuran bicara tintanya.

Baguslah andai beliau berniat ingin berjumpa dengan ulama’ tersohor ini ‘face to face’.

Cumanya, saya tertarik dengan kenyataan dalam blog beliau satu ketika di perenggan P/S yang menyatakan beliau tidak pernah kesal mengkritik ulama yang cenderung kepada parti pemerintah..Hurmm..siapa agaknya yang beliau tujukan…

Seronok benar beliau ‘mentarafkan’ seseorang ulama dengan lutut..

Sekadar Gambar Hiasan

Ishhh..kepala lutut sungguh ustaz ni!!

2 comments:

Abu Bakar Bin Mohamad Noor said...

Faqirul Adab org kate..
ana stuju2!!

Anonymous said...

tu dia!!! sniper lawan sniper!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...