Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

25.2.10

Memori Bersamamu, Kekal Selamanya..

“Awis..Awis…bangun wei…”

Dalam keadaan 70/100 ‘hidup’, saya gagahkan diri untuk bangun apabila rakan sepondok beserta beberapa yang lain mengejutkan saya dari tidur.

“Kenapa? pencuri masuk sekolah lagi ke?”

Soalan pertama yang terpacul dari mulut saya asbab dari peristiwa kemasukan ‘makhluk asing’ ke dalam sekolah dalam 2, 3 hari ini.

Tiada jawapan.

Mata yang masih idamkan untuk di pejam, di buka luas-luas menatap wajah yang tertegak sejak dari tadi. Saya pandang ke wajah mereka seorang demi seorang sambil mengulang persoalan yang tidak di jawab.

“Awis…..abang hang meninggal……….!”

Saya terdiam.

“Wei..jangan main-main..Mursyid, betul ke?”

Perlahan kepalanya mengangguk tanda tiada yang tercela dari apa yang di sampaikan oleh adik angkat saya.

Dunia saya tiba-tiba menjadi bisu. Air mata lelaki yang sudah lama tidak di limpahkan, laju membasahi pipi. Iman saya merawang mencari tuhan seketika. Bagaikan satu mesej ringkas yang baru di terima.

Abang Hud sudah tiada..

Tika itu, saya tidak mampu menipu diri lagi. Iman saya menipis selaju air mata mengalir.
Perasaan saya bagaikan berbisik memujuk bahawa itu hanyalah gurauan yang melampau.

Namun pujukan itu tewas apabila melihat sepupu saya tiba untuk membawa saya pulang ke rumah. Dan ketika itu juga, saya sememangnya tewas dengan keadaan yang menyesakkan dada…

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya sekali lagi memujuk diri agar percaya bahawa segalanya adalah mimpi dan khayalan semata-mata. Saya pejamkan mata. Memulangkan kembali hak yang di rampas secara tiba-tiba.

Agar kelak saya bangun, segalanya seperti sedia kala..

Dunia saya bisu dan kelu seketika…

Sayup-sayup telinga saya menangkap panggilan sepupu yang mengejutkan saya dari tidur yang menipu. Mata di buka. Kilauan cahaya di hadapan rumah akhirnya menjawab segalanya.

Mencipta mimpi yang menipu diri, sakit benar di rasakan. Saya sekali lagi tewas melawan arus perasaan yang sukar sungguh di bendung.

Sesusuk tubuh tiba di pintu rumah menyambut saya dengan wajah yang cukup tenang. Tiada ungkapan kalam yang bertaut melainkan bicara badan yang menghangatkan jiwa dan perasaan.

“Mak…abang Hud….”

Ayah keluar dari bilik..Abang Lan, Adik Adam dan Adik semuanya bermesra dengan suasana asing yang tidak di duga kehadirannya..

Seketika waktu, nurani anak beranak di biarkan berbicara di dalam keheningan malam yang tenang..

…………………………………………………………………………………………………………………

Jenazah Abang Hud tiba dengan selamat di rumah sekitar jam 7.00 pagi. Abang Wan dan Kak Wa menjadi pengiring yang setia buat adiknya yang di panggil dahulu menghadap yang Maha Esa.

Jiran tetangga, sanak saudara ramai memenuhkan ruang di kawasan halaman sebagai tanda simpati. Hati saya sentiasa memujuk agar jiwa dan perasaan, sentiasa sabar menerima kehilangan seorang abang yang baik hati terhadap adik-adiknya.

Mudah benar perjalanan ‘pulang’ Abang Hud ke dunia seterusnya. Sahabat-sahabat se’Hafiz’ dengannya turut hadir tanda ukhuwwah Islamiah hingga ke akhir hayat.

Hari itu, Februari 2005, perkuburan Islam di Permatang Tok Mahat, menerima tetamu barzakh yang baru.


Dan hari ini, Februari 2010, genap 5 tahun pemergian Allahyarham Abang Hud ke destinasi yang pasti wujudnya.

Hingga bertemu kembali di alam sana.

Nantikan ‘kepulangan’ adikkmu, seperti kembalinya abang bersama Kalamullah di dada yang mewangi. Hingga saat itu tiba, Awis kirimkan pahala Husnu A’mal buat bekalan di alam yang kekal abadi..

Buat mu Abang Hud, memori meniti hidup bersama mu, kekal abadi selamanya..

Al-Fatihah…

2 comments:

hasanhusaini said...

Merasai 'pemergian' mereka yang tersayang bukanlah sesuatu yang senang. Pastinya air kasih menumpah, namun itu bukanlah tandak dikaulah kalah, bahkan itulah lumrah, bukan tanda kita lemah, tp itulah fitrah...

Aku ingin sehebat Abu Ubaidah,
Kerana aku tetamu Dataran Shuhada Mu'tah...

kak atika said...

teringat sewaktu bekerja sbg timbalannya dlm lajnah akademik..allahyarham seorang ketua yang mudah utk bagi kerjasama.
smg rohnya dicucuri rahmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...