Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

8.6.09

MALAYSIA TETAP TERBAIK!


Saya cukup bangga di lahirkan di bumi yang cukup bertuah ini. Bertuahnya saya bilamana di lahirkan dalam keadaan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan dan bebas dari cengkaman Majin Buu dan Joker yang amat kejam dan jahat itu!

Terasa saya bertuahnya lagi bilamana menjadi anak perantauan di bumi orang!

Memang terasa bertuah teramat sangattttt!!

“Hujan emas di negeri orang, manakan sama hujan batu di negeri sendiri..”

Ibaratnya hampir sama dengan;

“Makan syawarma ( sejenis makanan arab ) di negeri orang, manakan sama makan budu di negeri sendiri!” (..kalau tiada kaitan, buat-buat la ada kaitan!Harap maklum – pesanan penaja ).

Ketika di Syria, saya ada bertemu dengan seorang abang yang datang untuk melaksanakan misi business beliau di Syria.

Seronoknya mendengar beliau bercerita tentang pengalaman beliau ketika merantau. Banyak juga tempat yang telah beliau jelajahi dalam melaksanakan misi membuat duit tersebut.

Antara cerita yang menarik perhatian para 'hadirin' dan saya sendiri, bilamana abang tersebut menceritakan pengalaman beliau ketika melalui detik-detik untuk masuk ke negara orang.

Laluan maut emigresan di airport!

Beliau menceritakan betapa seksanya melalui sekatan emigresan di airport di sesetengah tempat di negara orang.

Nak nak lagi golongan yang di lahirkan tidak bertamadun itu meminta 'tips' andai kita mahu melepasi sekatan mereka dengan mudah!

Beliau menyatakan, Malaysia tetap terbaik dari sudut layanan dan keprofesionalan bekerja di airport.

( rasanya kembang setiap inci badan mereka yang bekerja di airport Malaysia bilamana dengar di puji sedemikian rupa.. )

Saya juga tidak menafikan hal sedemikian. Malah ketika menerima layanan di airport Syria dan Arab Saudi yang teramat istimewa itu, terasa nak sangat suruh mereka belajar cara bekerja dengan Malaysia!

Malaysia tetap terbaik!

Bukan setakat itu sahaja, dalam banyak hal juga andai di bandingkan dengan Malaysia, saya yakin ramai akan bersetuju dengan pandangan saya yang Malaysia tetap juga terbaik dari pelbagai sudut.

Hebatnya pimpinan Malaysia samaada mereka dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang telah membawa Malaysia hebat di persada dunia seharusnya di puji dan di contohi oleh kebanyakkan negara.

Sekadar puji makhluk sesama makhluk..akhirnya kembali kepada Zat yang mengurniakan kehebatan tersebut..

Dan saya teramat yakin dan optimis, kehebatan yang telah dihiasi dengan pelbagai kejayaan itu andai ditambah dan di make up serta di touch up sikit dengan sedikit perencah rahsia, pasti Malaysia serta kepimpinannya akan dijadikan model negara contoh di seantero dunia!

Keyakinan saya berpaksikan kepada bukti yang kukuh!

Dan saya yakin, andai masuk court untuk lawan berhujah dengan Gani Patail mahupun Karpal Singh, tentu saya menang dengan jayanya!

Malah rahsia untuk menjadikan negara hebat dan digeruni serta disegani, terlalu amat ditakuti oleh anjing yahudi dan setan Amerika!

Manakan tidaknya, perencah rahsia tersebutlah yang akan meng “ka me ha me ha” kan mereka dari muka bumi ini!

Apa pun, perencah rahsia tersebut tidaklah susah sangat, cuma perlukan 2 bahan utama yang mencukupi, maka model serta hidangan yang bakal disajikan dan di hasilkan kemudian nanti amat lazat dan teristimewa!

Antara bahan-bahannya :

- Panglima yang bernama ‘PM’ yang beriman dan bertakwa ( p/s : kalau boleh jauhkan mereka yang bakal dijadikan PM dari melawati Monggolia! Sekadar langkah berjaga-jaga sahaja! harap maklum – pesanan penaja )

- Skuad kepimpinan berkuda yang bernama ‘Kabinet’ yang memenuhi citarasa Islam.


Akhir sekali, perencah rahsia yang sukar di cari dalam mana-mana lapisan bumi mahupun lapisan langit adalah penentu kesedapan segala-galanya.

al-Quran dan as-Sunnah!

Saya yakin, andai kedua-dua bahan tersebut diadunkan sehingga sebati tanpa perlu di tambah dengan ‘Pak Aji Naik Motor’, maka hidangan, model mahupun produk yang bakal di lahirkan selepas itu akan hebat dan terbaik!

Maka ketika saat itu, tak sia-sialah saya berbangga dengan tanah air ku.

Malaysia tetap terbaik ‘ketika itu’ dan selama-lamanya sehinggalah novel bumi di tamatkan ceritanya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...