Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

19.10.09

MEMBUMIKAN USRAH DI DATARAN SYUHADA'!




Dataran Mu’tah adalah dataran yang tersimpan sejuta satu perasaan, memori, sejarah dan rahsia yang pastinya terlalu sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.

Di sinilah bukti dan saksi gugurnya 3 panglima perang yang teramat masyhur dalam kanvas sejarah.

Sejarah menukilkan awalnya Zaid bin Harithah yang memegang panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid.

Galang ganti untuk meneruskan perjuangan yang seterusnya amat menyusuk kalbu akan hati-hati yang cintakan Islam.

Ja’afar bin Abi Thalib yang memegang panji telah menggadaikan kedua-dua belah tangannya lantas pergi jua menemui cinta abadinya yang amat di rindui..

50 kesan panahan aduwallah yang terdapat pada tubuh beliau juga adalah bukti kecintaan yang tidak berbelah bahagi yang telah beliau jual demi menegakkan syariatullah di atas muka bumi ini..

Akhirnya, Abdullah bin Rawahah menerajui kepimpinan sahabat-sahabatnya. Janji manis syahid yang termaktub dalam kalamullah menjadi pembakar semangat yang tiada sesiapapun yang mampu untuk memadamkannya.

Lantas..beliau juga turut menjejaki langkah 2 orang sahabatnya yang tercinta..

Maka novel perjuangan itulah yang terus menerus menularkan semangat kepahlawanan bagi sesiapa jua yang menumpang kasih di sini..

Bumikan Usrah Di Dataran Ini..

Peristiwa sedih dari UKM amat menyuntik semangat dan perasaan saya. Walaupun ia telah berlalu hampir beberapa bulan, namun kisah dan peristiwa itu tetap terpahat di dada ‘orang UKM’ bahawa wujudnya klon-klon Gamal Abdel Nasir di bumi UKM khususnya, amnya di Malaysia itu sendiri.

Saya cuba mengajak sahabat-sahabat yang ‘menganuti aliran Syariah dan Agama’ untuk berfikir sejenak.

Tidakkah kita merasai bahawa usrah itu umpama permata yang hilang dari jiwa kita?

‘Usrah’ kerap kali datang bertandang di teratak kita, namun usahkan menyambutnya, mempelawa masuk ke dalam hati pun sudah kita tidak sudi..

Akhirnya, ia berteduh di pohonan yang lain.

Maka kita dapat saksikan, mereka yang bukan ‘aliran agama’ yang teramat menghargai ‘tetamu’ yang bernama ‘usrah’ itu..

Tidakkah kita malu pada jiwa dan semangat agama yang ada pada kita?

Malah ada juga segelintir dari kita yang memandang sinis akan ‘power’ yang ada pada usrah itu.

Masakan tidak, doktrinisasi jahat dan pelik yang meresapi dan menghasut terus menerus memainkan aluan dan dendangan hasil ciptaan Gamal Abdel Naser puluhan tahun yang lalu.

Saya akui, adakalanya perjalanan usrah itu sendiri tidak mengikuti zamannya. Malah terkadang salah langkah dan plot yang di susun oleh naqib itu sendiri, menjauhkan ahli usrah untuk mendekatinya.

Namun, apalah kira dan salahnya andai kita semua ‘memperbaharui’ dan ‘meg up to date kan’ usrah mengikut rentak yang boleh di terima ramai.

Kita yang memberi semangat, galakan, pandangan yang membina dan sebagainya bagi menjadikan usrah sebagai medan yang terbaik bagi menyatukan hati-hati mereka yang cintakan Islam.

Kerana kita faham Islam. Kita faham syariah dan agama. Dan kerana kita belajar agama untuk di tegakkan di atas muka buminya, bukan untuk sekadar bermain di bibir dan ‘mulut busuk’ kita sahaja!

Tidakkah kita mengetahui, asbab lagu dan lirik ciptaan ‘syaitan bertopengkan manusia’ itulah yang telah membunuh pahlawan agama, as-Syahid Hassan al-Banna!

Yang telah menghumbankan ribuan ikhwan seagama kita dalam kancah penderaan yang tidak masuk dek akal!

Maka apakah kita juga adalah salah seorang pewaris yang mahu mewarisi tangan dan hati yang busuk dan jijik bagi melenyapkan semangat kepahlawanan di dataran ini??

Mencari Spirit yang hilang..

Walaupun sejuta tahun perancangan musuh Allah yang jelas mahupun yang bertopengkan ‘batman’ ataupun ‘joker’ mahu menghapuskan ‘nurrullah’, namun ia adalah satu perancangan yang teramat sia-sia.

Maka sia-sia jugalah orang yang mewarisi topeng itu..

Lantaran itu, marilah kita bersama bumikan usrah di dataran syuhada’ ini!!

Biar jutaan tahun akan datang, bukan seorang yang bakal lahir sebagai Zaid bin Harithah..bukan juga seorang sahaja yang bakal ‘tercipta’ seperti Ja’afar bin Abi Thalib mahupun Abdullah bin Rawahah…

Bahkan, asbab usrah inilah, ia bakal lahir jutaan pejuang untuk tika ini, dan selama-lamanya!


Bersama Membumikan Usrah Di Dataran Syuhada’!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...