Ada satu sifat yang bagi pandangan saya adalah benda yang istimewa yang terkadang gagal dimiliki oleh kebanyakkan kita yang mengaku sebagai seorang pendakwah.
Dan hebatnya kita juga apabila memiliki sifat tersebut bilamana orang akan mencari kita untuk bertanyakan soalan, berkongsi rahsia mahupun meluahkan perasaan tanpa berselindung dan wujud perasaan malu.
Menjadi pendengar yang terbaik!
Sewaktu saya mengambil subjek kauseling di kampus DQ, saya beruntung kerana berpeluang belajar di bawah seliaan seorang pensyarah yang mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam bidang kaunseling.
Ustaz Hamzah.
Walaupun beliau seorang yang agak ‘slow’ dari sudut ketrampilan, namun pengalaman yang begitu berharga menjadikan saya sentiasa menantikan ‘cerita baru’ yang akan di kongsi oleh beliau di dalam bilik kuliah.
Menjadi seorang pendengar yang terbaik menjadi asas yang paling penting selain asas-asas yang lain yang perlu di makrufi bagi mereka yang hendak menjadi seorang kaunselor yang terbaik.
Dan bagi saya, dengan sifat tersebutlah, Ustaz Hamzah menjadi kepercayaan kepada kalangan mereka yang meminta khidmat kaunseling daripada beliau untuk di kongsi segala permasalahan.
Dan juga dengan sikap sedemikian, beliau dapat mencipta pengalaman dalam mengenal sikap dan sifat manusia yang pelbagai!
Bila kita berdepan dengan sahabat yang setia menjadi pendengar segala permasalahan kita, saya pasti siapa pun akan seronok untuk terus berkongsi dengannya.
Walaupun terkadang, segala permasalahan yang kita hadapi bukanlah di minta respon kembali, sekadar
“ terima kasih kerana sudi menjadi pendengar masalah saya”.
Namun, saya terkadang kelakar malah rimas apabila berhadapan dengan ‘manusia’ yang suka menjadi ‘penyampuk lap rapat’!
Mana tidaknya, baru 10 patah perkataan yang hendak di kongsi, 50 puluh perkataan di potong dengan kelajuan ‘the flash’!
Saya kurang gemar berhadapan dengan segelintir mereka yang bersikap sedemikian.
“ waktu ana berdepan dengan situasi camtu, ana rasa tertekan sangat, ana ras….”
“ ish kalau ana la, ana terus tot tet tot tet tot tet……………….
( sampai kita tak mampu nak sambung balik )
Malah bagi saya, cukup untuk sekali saya cuba berkongsi masalah mahupun pandangan dengan mereka yang bersikap sedemikian tidak untuk seterusnya.
Saya yakin, sahabat-sahabat yang lain juga munkin juga tidak bersetuju dengan ‘golongan’ ini.
Bila kita bercakap akan perkara atau sifat dan sikap yang tidak di gemari oleh kita, ia boleh menjadi kayu pengukur yang terbaik kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai ‘Duta Agama’.
Maksud yang mudah di fahami, “ kalau tak suka berhadapan dengan mereka yang bersikap macam tu, maka kita jangan la pula buat perangai sedemikian! ”
Memang tidak di nafikan, bila seseorang bercakap, secara tidak sengaja dan lansung, mulut kita terkadang nak juga bergerak dan terkadang tak mampu di tahan lagi!
Maka terpaksa la lap rapat percakapan orang lain!
Adush!!
Agak-agaknya di mana kita?
Pendengar yang terbaik kah anda?
Atau..
Penyampuk lap rapat??
Anda mampu menjawabnya di manakah situasi anda!!
3 comments:
salam,ustaz hamzah,rindu sgt cara pgajarannya..:)
ana sokong la dengan ustaz awis...he2
Jadilah kita pendengar yg setia kpd mereka yg memerlukan ^_^ Sesungguhnya Allah Maha Mendengar..
Post a Comment