Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
24.6.09
DEBAT INTELEKTUAL MAHASISWA : ' ABANG ' VS ' ADIK ' !
Tulisan saya berkenaan kritikan terhadap GAMIS mengundang pelbagai kembali kritikan pedas yang terpaksa saya ‘senyum’ padanya.
Saya terima segala kritikan yang di lontarkan dengan hati yang terbuka. ‘Se terbukanya’ seperti mana Presiden GAMIS tahu yang tulisan saya itu di tujukan kepadanya walaupun saya ‘terpaksa’ sandarkan kepada GAMIS itu sendiri.
Malah ada yang mengkritik saya dengan mengatakan saya cuba mencari publisiti.
Saya terima dengan hati yang terbuka.
Walaupun sebenarnya saya agak pelik, publisiti apa yang perlu saya carikan.
Saya bukan Presiden GAMIS, mahupun pimpinan gerakan tersebut.
Artis? Lagi la jauh sekali…
Tetapi, semuanya adalah muhasabah kembali kepada diri yang hina ini.
Dan kebanyakkan sahabat-sahabat yang menasihati saya berkenaan artikel tersebut menyatakan segala isu yang saya bangkitkan semuanya telah selesai dengan permohonan maaf yang di nyatakan oleh Presiden GAMIS di dalam blog beliau.
Bagi saya, apa yang telah selesai?
Beliau hanya menyatakan kesalahan beliau kerana tidak menghuraikan apa yang hendak di maksudkan berhubung ‘penghapusan’ Dewan Ulama’ PAS Pusat.
Itu sahaja.
Bukan menarik kembali kenyataan yang di kontroversikan.
Malah, pelawaan debat dengan pimpinan tertinggi PAS berkenaan isu UG juga tidak di tarik balik.
Bagi saya sepatutnya segala kesalahan yang di palitkan kepada Ustaz Nasharudin selaku Timbalan Presiden PAS mengenai isu UG sebelum ini seharusnya di tarik kembali seperti mana TGNA menarik kembali segala kenyataannya terhadap terhadap Ustaz Nasharudin.
Malah kenyataan yang di lontarkan oleh ‘anak emas’ GAMIS, Presiden PMIUM agar mereka yang mendokong UG di hadapkan ke ‘Tribunal Hisbah’ juga tidak di tarik kembali akan kenyataan yang di buat.
Segala yang berkaitan UG telah di selesaikan dengan cara yang paling mahabbah oleh kepimpinan tertinggi PR.
Malah TGNA juga menarik kembali kenyataan yang pernah di buat.
Bagi GAMIS, adakah sukar untuk melafazkan kalimah maaf?
Apa pun, Abang Mior Isfandy telah menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan Presiden GAMIS berhubung isu UG walaupun ia telah tamat ‘dimasa kini’.
Bagi saya, sepatutnya, itulah taraf GAMIS. Cambahkan perbincangan secara intelektual sesama ‘adik beradik’ terlebih dahulu sebelum ‘langkah bendul’.
Apa pun, ia adalah suatu perkara yang menarik!
‘ ABANG VS ADIK ‘!
Pentas mahasiswa kembali rancak!
Kedua-dua mereka saya ‘bermuamalah’ dengan bahasa ‘Abang’.
Namun bagi sruktur keluarga GAMIS, yang lama seharusnya ‘Abang’ dan yang baru seharusnya ‘Adik’.
Dan yang pasti kedua-duanya bakal menggegarkan kepimpinan tanah air suatu masa nanti!
Saya tidak sabar menanti persembahan debat kedua-dua orang tokoh mahasiswa ini.
Sama-sama kita nantikannya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya rasa cukup tidak setuju dengan saudara yang seolah olah ingin menjadi jaguh pada kali ini. cukuplah. andaiakata apa yang terbit dari gamis itu, telahpun disusuli dengan kekesalan presidennya, atau apa sahaja yang berlaku dimana ahli ahli pas sendiri yang memandang belakang pada pemimpin mereka adalah kerana salah anggapan semata mata. ianya telah diselesaikan oleh tuan guru nik abdul aziz. dengan itu semua yang berkaitan dengannya dianggap telah selesai. tidak perlulah saudara penulis memanjangkan perkara ini. kerana ianya telah diselesaikan diperingkat tertinggi pimpinan pas itu sendiri. buat apa lagi kita hendak mengungkit ngungkit kisah yang telahpun ditutup. yang penting semua telah berlapang dada tentang isu perpaduan ini dan segala yang berkaitan dengannya. terima kasih. diharap saudara tidak lagi ingin menjadi jaguh dengan memanjangkan isu yang sepatutnya langsung tidak lahir dari sebuah gerakan islam seperti pas yang sudah sememangnya masak dengan politik malaysia pada hari ini
Post a Comment