Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

20.6.09

KENYATAAN BODOH MP PAS!


Saya cuba mencari di manakah relevannya 10 MP PAS yang membuat kenyataan menerusi sidang media yang di adakan di lobi Parlimen, tapi saya masih bingung kerana apakah tujuan kebanyakkan ahli parlimen yang bergelar ‘Dr-Dr’ tersebut berbuat demikian.

Politik Murahan?

Serangan Psikologi terhadap Presiden dan Timbalan Presiden PAS?

Wala’ 2 serangkai?

Keliru saya dengan gelagat ‘hebatnya’ mereka cuba mempertahankan ‘kedaulatan’ PAS. Dan saya turut yakin, ramai juga ahli-ahli yang akan bertambah sesat jalan dalam mencari ‘jalan pulang’ dalam masalah yang semakin kronik membelengu politik PAS.

Saya kira 10 orang MP PAS yang ‘bersilat’ dalam sidang media tersebut umpama ‘makmun mendahului imam’ dan ‘mengeruhkan’ air yang sudah maklum akan kekeruhannya!

Kenapa mereka beria sangat membuat kenyataan media? Apakah hak mereka membuat kenyataan secara terbuka yang sendiri memalukan PAS secara jelasnya!

Saya seronok bilamana sidang media yang di ketuai oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyatakan mereka mewakili keseluruhan ahli parlimen PAS dalam menentang sebarang pembentukkan ‘Kerajaan Persekutuan’ mahupun ‘Unity Government’.

Lawak apa yang mereka buat, saya pun tidak pasti!

Apakah mereka kira rakyat mahupun ahli bodoh dalam mengira bilangan MP PAS di Parlimen?

Atau adakah mereka kira mereka juga turut mewakili suara Presiden dan Timbalan Presiden yang kedua-duanya juga adalah Ahli Parlimen PAS?

Atau adakah mereka yang kebanyakkan ahli JIM seumur hidup sudah tidak sabar mengambil tampuk kepimpinan tertinggi PAS dengan memalukan pimpinan tertinggi sedemikian rupa terlebih dahulu?

Licik benar ‘pepijat yang menghisap darah’ dalam Jemaah ini!

Saya kira silap benar TGHH melantik Dr Hatta kembali menjawat jawatan Bendahari PAS Pusat.

Juga tersilap kira dan langkah bilamana melantik mereka yang kalah dalam pemilihan yang lepas dalam AJK PAS Pusat!

Saya tidak mendendami JIM. Apatah lagi membencinya. Kerana mereka juga badan dakwah yang hebat dan kritikal pemikiran ahlinya.

Cuma saya ‘kurang suka’ akan sikap dan ‘wala serampang dua’ yang mereka tonjolkan.

Mereka boleh memperbodohkan ahli yang tidak tahu sejarah, tapi tidak pada mereka yang cukup kenal akan seni sejarah yang pernah mereka ukirkan lewat era 80 an.

Kita tengok apakah langkah yang bakal mereka aturkan lagi dalam mencapai cita-cita jemaah mereka yang ‘menumpang badan’ dan ‘tuah’ pada PAS.

Sama-sama kita nantikan!

7 comments:

wearelearningparents said...

ana suka sekiranya masing2 arahan wala' pd mursyidul am buat masa skrg, iaitu berhenti drp memberi kenyataan pd media mengenai UG ni..

mmg ada baiknya dgn sokongan mrk ini, tp ana kesal dgn tindakan memanggil media tersebut.

ana harap, semua dapat bersabar.pimpinan mahupun ahli, tolong bersabar. TGHH pun belum tiba di tanah air.

biarkan mrk syura dan keluarkan 1 keputusan rasmi.

Anonymous said...

kenapa dgn JIM?
ape dasar perjuangan mereka?

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

jangan cepat melatah..
kita yg berada di bwh hanya boleh jd pemerhati..
boleh mengkritik, tp ada cara nya..
setiap orang ada cara pemikiran masing2..
kita doakan yg terbaik utk semua kpimpinan kita..

Anonymous said...

Ko sape sedap2 nak kata 10 MP tu Bodoh?
sbb ada org macam ko la jd porak peranda jemaah!!
entah ahli entah tidak. mengulas tu tak la salah, tp biar beradab. kalo bukan ahli dalam bidang tu, snyap2 sudah la.
di sebalik sume ni, mnampakkan keterbukaan PAS. ko org bwh, tnggu & lihat lah. jgn dok gatal mulot main nyondol je!!

Abu Yusuf said...

salam, betul kata anta tu...

kenapa 10 orang mp tu tak ikut saluran yang betul..
lagi mengeruhkan keadaan..

mereka mesti dihukum dengan tindakan displin PAS...

tapi mugkin ade faedah/hikmah juga mereka buat mcm tu..Allah nak memperkenalkan niat orang jim/isma/irc dalam pas... time pas kuat sokong prsdn,time pas sakit hentam prsdn...

ingat bilamana kita hentam prsdn,bermakna secara tak langsung kita juga menghentam pas...

SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN? (Siri 1)
Beberapa hari kebelakangan ini, saya lebih cenderung untuk menulis tentang halal dan haram yang semakin diabaikan, bahkan ditinggalkan. Namun, sempena Muktamar kali ini, saya lebih tertarik untuk memperlihatkan kaedah atau prosedur di dalam Islam, untuk menyelesaikan perkara ini. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya, Usul Dakwah.

Beliau menyebut di dalam Bab Syura, tentang hakikat pertelagahan atau percanggahan pandangan ini. Ia terbahagi kepada beberapa persoalan, atau penjelasan :

- Siapakah yang berhak tentukan keputusan? Adakah syura atau presiden?
- Bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan?
- Adakah keputusan ahli wajib diterima?

Persoalan pertama, ialah orang yang berhak membuat keputusan. Dr Abdul Karim Zaidan menerangkan bahawa di dalam meletakkan keputusan orang yang lebih berhak, maka beliau menggariskan beberapa etika. Etika tersebut ialah, Presiden berhak mengumpulkan syura, dan mendengar pandangan semua. Sekiranya Presiden memilih untuk mengikut keputusan syura, maka itu adalah haknya.

Bagaimanakah pula sekiranya keputusan Presiden bercanggah dengan Syura? Sekiranya bercanggah, Presiden berhak membuat pilihan, samada ingin mengikut keputusan Syura, atau masih berpegang dengan keputusan sendiri. Presiden mempunyai kuasa untuk mengekalkan keputusannya, walaupun bercanggah dengan syura. Inilah sepertimana yang disebut. Sekiranya saya silap, tegurlah dengan baik.

Ya, Presiden berhak membuat keputusan sendiri, walaupun ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat sekalipun. Maka, terdapat persoalan yang bertanya. Sekiranya begitu, maka sia-sialah mesyuarat yang diadakan. Penjelasan perkara ini ialah, mesyuarat diadakan untuk membantu Presiden dalam membuat keputusan. Tetapi Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan mana-mana keputusan yang dipilih.

Bahkan, Presiden juga mempunyai hak untuk memilih keputusan yang minoriti dalam mesyuarat atau dalam muktamar. Sekiranya begitu, maka, apakah kepentingan muktamar atau mesyuarat. Sepertimana yang telah disebut, ia adalah bertujuan membantu Presiden untuk membuat keputusan, tidak lebih dari itu sehingga boleh melawan keputusan Presiden.

Persoalan kedua, bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan? Ya, mana-mana ahli PAS dibenarkan memberikan pandangan. Tetapi, sekiranya diberi ruang oleh Presiden. Sekiranya tidak, maka ahli tidak dibenarkan mengemukakan pandangan melalui saluran-saluran yang dilarang.

Ahli PAS, dibenarkan memberi pandangan sekiranya dibenarkan oleh Presiden. Contohnya seperti di dalam Muktamar PAS, dan sebagainya. Sekiranya tidak, ahli sama sekali tidak dibenarkan melalui mana-mana saluran yang dilarang. Contohnya, Presiden berhak untuk melarang ahli PAS daripada mengadakan sidang media secara peribadi, untuk mengemukakan pandangan peribadi mereka sewenang-wenangnya.

Minta maaf, saya bukanlah seorang yang taksub kepada Presiden, tetapi saya cuma menyampaikan apa yang telah disebut oleh ulama’ kita di dalam karangan mereka. Ikuti sambungan akan datang.

..............bersambung..

aku dr amin said...

saya rasaagak kasar perkataan saudara berhubung kenyataan bodoh mp pas. pernahkah saudara bayangkan rasa dan luahan hati yang ada pada tuan guru nikabdulaziz.jangan sampai kita memperbodohkan orang lain takut nantiorang lainpula yang memperbodohkan kita.

nufa said...

salamullahialaik..

pertama-tamanya mohon kemaafan kiranya komen ini menyerabutkan blog ini. ape yg nta nk smpikan dlm artikel ini mungkin adalah pandangan peribadi nta. betul, stp org punya hak untuk melontarkan buah fikiran msg2. ana tak nafikan tu.
alangkah lebih cantik, indah & eloknya andai bahasa yang digunakan penuh sopan, berhemah & beradap menurut Islam.
bukankan Islam itu syumul?? dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara ada cara & adapnya dalam Islam. begitu juga dalam berbicara menerusi kata-kata ini. bukankan kata-kata itu bisa jadi lebih tajam dari mata pedang? ibarat pepatah melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. mengapa dalam berbicara menerusi kalam terkadang kita tidak mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam?

cukuplah sekadar itu. ini hanyalah sekadar renungan, tazkirah, peringatan buat semua umumnya, namun khusunya buat ana yang menyampaikannnya.

"Sesungguhnya kami berlindung dari apa yang kami perkatakan tapi tidak kami tunaikan."

akhirnya, mohon maaf andai ada kata-kata ana yang mengguris perasaan. sungguh yang baik itu dari Allah jua & yang buruk itu disandarkan pada kelemahan diri ana semata. Wallahua'alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...