Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
26.6.09
GAMIS : MENCIPTA ALASAN ATAU TIDAK SETARAF?
Sebenarnya sudah tentu menjadi hak kepada Presiden GAMIS samada untuk mengambil part atau tidak dalam menyahut cabaran berdebat mengenai isu UG bersama bekas aktivis GAMIS.
Walaupun signal awal telah di berikan, bahawa beliau menyarankan agar di lupakan isu berkenaan debat dan menumpukan isu ummah terutama berkaitan dengan isu terkini iaitu selatan Thailand yang sentiasa bergolak dan berdarah.
Juga penumpuan sepenuhnya mengenai desakan mansuhkan PPSMI digandakan.
Saya bersetuju penuh dengan rasa kepedulian yang tinggi yang perlu diutamakan.
Malah itulah salah satu ciri gerakan mahasiswa yang di tuntut yang mana ia sentiasa menjadi front liner dalam mendepani isu semasa dan terkini.
Cuma saya kurang bersetuju andai perdebatan yang saya kira pada awalnya pasti di sahut oleh pihak ‘GAMIS’ di berhentikan mahupun di tangguh untuk satu tempoh yang lama.
Malah saya paling tidak bersetuju andai ia dilupakan dengan begitu sahaja!
Apa yang tidak kena andai perdebatan ini di teruskan?
Adakah ‘GAMIS’ mencipta alasan agar perkara itu tidak di teruskan?
“Saya harap isu perdebatan sesama kita dilupakan buat sementara. Pemfokusan kepada perjuangan Selatan Thai dan PPSMI adalah perlu. Saya dah minta agar jentera aktivis GAMIS turun ke medan masyarakat untuk memberikan penerangan berkaitan Selatan Thai. Kami tidak rela Selatan Thai jadi semacam Palestin,”
Atau adakah ‘GAMIS’ mengangap bahawa bekas aktivis GAMIS yang juga pembantu peribadi kepada Timbalan Presiden PAS itu tidak layak mahupun setaraf untuk berdebat dengan beliau?
“Tetapi jika saudara Mior mau juga berdebat, beliau boleh berdebat dengan orang lain. Saya tidak ada masa untuk menumpukan perkara itu sekarang,”tegas beliau.
Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan kenyataan beliau yang boleh saya sifatkan sebagai ‘kurang bertanggungjawab’.
Masakan tidak, bukankah isu mencabar untuk di buat perdebatan mengenai isu UG ini di mulakan oleh ‘GAMIS’?
Dan bukankah sewaktu isu UG yang masih hangat ketika itu, ‘GAMIS’ lah yang paling beria-ia mencabar pimpinan tertinggi PAS untuk bersemuka laksana ‘Hang Jebat amuk satu Melaka’?
Walaupun ia tidak disahut oleh tuan badan yang di cabar, namun bukankah orang yang paling rapat dengannya menyatakan kesediaan untuk berdebat secara ilmiah mengenai ‘ijtihad politik’ yang di timbulkan!
Kenapa perlu mengelak dan mencipta alasan yang pelbagai?
Bagi saya, segala kenyataan yang telah di lontarkan, seharusnya ‘GAMIS’ menanggung 100% tangungjawab mengenai kritikan ‘pedas’ serta ‘idea-idea’ gila yang pernah di ‘bomkan’ kepada PAS!
Adakah syarat yang di cadangkan oleh Abang Mior agar perdebatan yang akan di buat tidak seharusnya mewakili mana-mana ‘premis individu’ agar ia dapat di jalankan secara intektual dan penuh dengan nilai keilmuan yang tinggi membuatkan ‘GAMIS’ buntu, untuk siapakah ‘peluru-peluru’ yang bersifat peribadi harus di ‘sniperkan’?
Maaf, saya hanya mengagak sahaja.
Malah tidak terniat walau sedetik di hati untuk menyakiti mana-mana individu.
Cuma saya rasa tidak sepatutnya kenyataan sebegini dikeluarkan seolah-olah menampakkan ‘keretorikan’ serta ‘pengecut’nya GAMIS dalam beraksi.
Tahu beromong sendirian..
Saya rasa tiada salahnya andai debat ini di teruskan walaupun di peringkat tertinggi PAS ia telah di ‘simpul matikan’.
Kerana saya yakin, sebahagian mahasiswa optimis yang debat ini dijalankan bukan atas kapasiti mana-mana individu mahupun mewakili mana-mana parti.
Ia hanyalah perbincangan ilmiah yang tidak ada frasa menang atau kalah.
Walaubagaimanapun, saya yakin GAMIS bukanlah ‘budak nakal’ yang tahu mengatakan bahawa jambu Pak Mat yang di jual busuk, tapi takut untuk berdepan dengan Pak Mat untuk menyatakannya.
Tetapi GAMIS adalah ‘budak baik’ yang berani berjumpa dengan Pak Mat dan berbicara bak ‘anak dengan ayah’ seperti sebuah keluarga yang bahagia!
Itulah GAMIS yang sepatutnya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment