Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

21.1.12

TULISAN PANAS BY KHALID SAMAD!! : MAHU DI 'TEMBAK' PADA SIAPA??


Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

BETUL... ITULAH PARASIT YANG SEBENAR... HASAN ALI...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

kerana tidak wala' pada jamaah Hasan Ali tersingkir... Siapa sahaja menolak wala'...Allah akan singkirkan dari jamaah Islam...percayalah!!!

Anonymous said...

Siapa yg tolak islam allah akan singkirkan dari kuasa yg ada..tggu pru 13...pas selangor bakal gigit jari.....org johor mcm khaled samad akan di humban balik JB ....kami tetap bsama dato hassan ali, hassan basri, nasharudin, hassan tentawi dan ramai lagi suara suara pejuang tulen yg rela mati dijalan allah dan bukan rela di keldaikan oleh pkr dan DAP demi sekelumit kuasa...takbir!,!

cucu mamak kutty said...

dah aku agak camar putihy ni ada lah si batu api,wakakah

panah said...

hulubalang parasit dah timbul! camar putih hanya mencerahkan apa yg telah ditulis oleh ks kan?

Anonymous said...

>>Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.<<

Lawak sungguh kenyataan ini .. PAS ganti umno???

Tak sedar diri sungguh mangkok hayun dalam PAS ni .. dia masih tak sedar bahawa dia menjadi pencacai PKR dan ditunggang oleh musyrikin DAP ... tak tahu nak kata apa dah..hanya hidayah dari Allah sahaja yang dapat mencelikkan hati hati mereka ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...