Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

7.7.09

MAHASISWA LUAR : 'BISU' DAN 'PEKAK'?


Jarang sekali kita mendengar suara-suara mahasiswa luar dalam mendepani isu semasa setaraf dan seiring mahasiswa tempatan.

Samaada keadaan itu ‘ada’ atau ‘tidak’ mungkin saya rasa itu adalah pokok utama yang paling awal di bincangkan.

Awalannya, saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang membaca pandangan saya yang ingin di lontarkan dengan hati yang terbuka. Kita sama-sama menilai, memikir dan menganalisis kenapa dan mengapa situasi ini berlaku agar ketemu satu method mahupun cara untuk memperbaiki keadaan.

Sebenarnya, saya amat tercabar dengan kenyataan yang pernah di suara dan di lontarkan oleh seorang MP PKR ketika lawatannya ke Syria.

Siapa yang tidak kenal YB Zulkifli Nordin. Seorang yang cukup vokal di Parlimen dalam mempertahankan kedaulatan Islam dari di cabar oleh sesiapa pun.

Jangankan UMNO, DAP mahupun PKR pun beliau akan sapu bersih andai berani bercakap tentang perkara yang tidak betul tentang Islam.

Dalam sesi ramah mesra bersama beliau, dengan nada sinis dan menyindir beliau mempersoalkan akan situasi ‘kelenaan’ dan ‘diamnya’ mahasiswa luar dalam mengikuti isu semasa yang berlaku di dalam negara.

Mana tidaknya, beliau membawa contoh akan isu ‘Yoga’ yang suatu ketika heboh di perkatakan umum.

Ringkasnya, beliau mempersoalkan sepatutnya mahasiswa luar khususnya yang belajar di timur tengah tampil untuk sama-sama merungkaikan masalah ini selain bijak cerdik agama yang wujud di dalam negara!

Namun beliau melahirkan kekecewaan kerana sentiasa menantikan jawapan ‘google-google’ dari Mesir, Syria, Jordan, Yaman dan lain lagi yang hingga keadaan agak reda, tidak kelihatan ‘assigment’ berkenaan isu tersebut yang di hantar kepada mana-mana MP yang lain untuk di bentang di Parlimen mahupun di kongsi secara umum.

‘Bisu’ benar mahasiswa luar..

Saya terfikir sendirian..kritikan yang di lontarkan memang pedas tapi dari segi kebenarannya memang tidak boleh di nafikan!

Malah tidak keterlaluan wujud juga segelintir yang ‘memekakkan’ dari mendengar apa yang berlaku di tanah air sendiri..


Aduhhh..

Sewaktu saya belajar di dalam negara, saya gemar mengikuti episod-episod cerita yang mahasiswa tempatan lakukan.

Malah sahabat-sahabat dari segenap pimpinan universiti tempatan cukup vokal dalam mendepani isu-isu yang berlaku di dalam negara.

Mungkin setengah dari sahabat-sahabat berpandangan konteks waqi’iah adalah jurang yang paling dalam sehingga memaksa mahasiswa luar tidak seiring dengan apa yang mahasiswa tempatan lakukan.

Bagi saya itu benar dan ia langsung tidak boleh di sanggah.

Namun, apakah ia menjadi alasan yang paling utuh untuk mahasiswa luar untuk tidak turut serta dalam gelanggang negara yang boleh di nobatkan hampir 80% mahasiswa tempatan mendominasinya.


Sebagai contoh, saya pernah mengikuti pembelajaran di Syria. Memang di akui, jalur internet di sana amat memualkan.

Tetapi bukanlah sampai tidak boleh langsung untuk kita ‘search’ dan ‘explore’ apa yang sedang berlaku di dalam Negara.

Situasi lebih bertuah di lalui oleh sahabat-sahabat yang belajar di Jordan. Tekan dan klik sahaja di atas tilam dan katil, sambil tidur berdengkur pun maklumat boleh tiba!

Sama sahaja situasinya di Mesir seperti sahabat-sahabat saya selalu ceritakan.

Tetapi terkadang maklumat hanya sekadar maklumat sahaja. Tidak di bincangkan secara luas dan intelektual.

Maka ‘sayu’ sungguh pemandangan tersebut..

Lebih kelihatan ‘senja’, bilamana segala yang berlaku di dalam negara langsung tidak di ketahui dan di ambil endah!

“cerita politik! Kita datang untuk belajar!”

Wah!! Hebat bangat alasan Mas dan Tante!!

Sehingga kini, banyak sudah peristiwa yang berlaku. Tetapi, suara mahasiswa luar khususnya timur tengah tetap tidak bertenaga.

Isu PPSMI

Isu ISA


Isu gejala sosial


Isu H1N1

Isu Kerajaan Perpaduan


Isu One Malaysia

Serta terlalu banyak isu yang saya rasa mahasiswa luar perlu ‘take part’ juga dalam menyatakan pandangan dari sisi agama mahupun pendirian mahasiswa itu sendiri.


Bagi saya, apa yang di lakukan oleh sahabat-sahabat pimpinan tempatan seperti demo atau sebagainya tidaklah layak di buat di luar. Tetapi biarlah ia di ‘create’ mengikut citarasa luar dan bersesuaian dengan keadaan luar itu sendiri.

Jangan la sampai keadaan luar, ‘meluarkan’ kita selamanya..aduh..

Satu-satunya platform yang saya rasakan kuat dan punyai integriti yang utuh untuk di sandarkan segala maklumat adalah persatuan itu sendiri.

Saya yakin, setakat ini, tiada lagi negara luar yang di terokai sebagai destinasi belajar, tidak punyai sebarang platform persatuan.

Habis kuat, wujudnya persatuan anak negeri mahupun sekolah.

Bagi saya, di sinilah mungkin salah satu terletak kekuatan bagi para mahasiswa luar ingin menyatakan pendapat mahupun pendirian.

Besar kemungkinan ( memang pun ) MSD di negara masing-masing ‘mengharamkan’ dari terlibat dengan apa-apa jua yang berbentuk politik.

Maka saya turut bersetuju.

Maka haramkan sahaja apa jua bentuk kelab yang di tubuhkan atas sentimen politik atau di ‘ISA’ kan sahaja dan biarkan wujudnya persatuan induk dan cabangnya untuk kesatuan pelajar.

Maka saya kira, bilamana persatuan pelajar menjadi tempat sandaran yang kuat umpama PMRAM, maka suara-suara mahasiswa luar pasti kedengaran jua walau ‘sayup-sayup’ sahaja.

Dengan itu, isu-isu yang terkini yang melibatkan soal hukum hakam, saya kira mereka yang belajar di luar lebih ‘ahli’ dalam menyatakan pendapat dan pandangan.

Dengan menyalurkan melalui saluran akhbar secara online, blog mahupun sebagainya pastinya menjadi panas dan rujukan buat umum dan para ahli akademik, politik mahupun golongan mufti dan agamawan.

Maka dari situ, kurang lah sedikit penyakit ‘bisu’ dan ‘pekak’ yang di dihidapi dan di alami oleh segelintir sahabat mahasiswa di luar.

Dan kurang juga ‘pendekar-pendekar’ yang hebat di gelanggang sendiri sahaja kerana mereka sudah berani berentap di mini gelanggang yang sebenar.

Hebat lagi bilamana suara sahabat mahasiswa luar di gabung dengan ‘harmoni’ sahabat mahasiswa di dalam, maka ‘gegak gempita’ pentas negara.

Yang pastinya, segala bermula dari sifat dan sikap ‘mahu berubah’.

Walaupun ‘malaikat’ yang turun memberi ingatan, andai masih ‘berwalikan’ sikap bisu dan pekak, maka selamanya ‘tahap kebelakang’ terus di juarai oleh mahasiswa luar.

Sekadar pandangan..

4 comments:

ibnuali said...

salam..ahsanti..itu yg kita hrpkan bila mnjadi mahasiswa oversea.takbir abg jrdn kita..

ibnuali said...

salam..ahsanta..itu yg kita hrpkan bila mnjadi mahasiswa oversea.takbir abg jrdn kita..

Humairah said...

Saya rasa masalahnya bkn pd pekak, tp pd bisu. Lbh malang bila gagal menghayati isu dari tanah air sndiri. Mgkn perasaan hubbu watan yg krg mantap, lantas menghalang sbrg kemahuan, hnya tggl "rasa ingin".

Anonymous said...

Buat mahasiswa-mahasiswa Malaysia tidak kira berada didalam atau diluar negara, belajar untuk mempertingkatkan ilmu, jgn cepat melatah dengan isu-isu yang hanya membebankan kita untuk fikir, hormati pada orang yang lebih tua@senior untuk buat keputusan. Kita darah muda, cepat panas baran, mengamuk, apabila tidak sependapat.

Kita esok pun tua juga, jadi penggerak dan salah satu suara , jika kita rasa itu terbaik pada zaman kita tapi tidak semestinya baik untuk remaja-remaja kita. Hormati keputusan orang lain. Kita hanya mahasiswa, ijazah pun belum tentu dapat lagi, mentah dan muda, siapa nak pandang??? Jadi ini masanya kita menambah pengetahuan banyak-banyak ttg agama dan kifayah agar lebih dapat memperhalusi antara baik dan buruk (zaman sekang ramai penipu@pendusta dalam diam) dalam setiap keputusan kita.

Belajar rajin-rajin ye, tambah ilmu banyak2, agar kita dapat mengubah Malaysia pada masa yang sesuai.

Goodluck..

Think positive!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...