Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

1.3.12

KRISIS PELANTIKAN EXCO DI KEDAH : PHAHROLRAZI MAKIN MENGGANAS??


ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian
daripada Pas Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.

“Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau ingkar arahan. Setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar surat rasmi
kepada Amiruddin hari ini (semalam), tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat
suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.

“Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.

Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu. ( SH )

2 comments:

Anonymous said...

Apa punya ngapla si Phahrolrazi ni.
Jenis manusia tak sabaq.
Kalau rasa nak jadi MB pun sabaq2 la. Jangan la buat kacau. Jangan loa buat suasana bertambah kecoh lagi. Kalau hang dah tak boleh kerja dgn Uztaz Azizan, hang keluaq la dari kabinet esco. Lepas tu dok diam sudah lah. Ni, hang dok kcau2 lagi apa barang? Hang dok ugut si Ir Amiruddin yang telah di lantik jadi esco dalam kabinet ustaz azizan tu pasai apa? biaq pi la depa. Ustaz Azizan ada cara dia tersendiri utk memerintah. Hang pi nak kacau tu pasai apa? Nanti hang jadi MB, hang buat lah cara hang. Orang tak akan sibok2 lah. Hang ni tak sabaq sebenarnya. Hang marahkan ustaz Azizan, orang lain hang cuba rasuk utk sokong hang. Ape ke bende macam ni? Hang ni dah jadi perosak tau? Hang merosakkan kepimpinan bos hang sendiri. Bila hang ugut akan memboikot Ir amiruddin, bermakna hang telah mengistiharkan perang terhadap calum pilihan PAS. Bermakna hang menentang parti. Hang sedaq ka perbuatan busuk hang tu?

Hang busukkan nama Ustaz Azizan, bermakna hang busukkan nama PAS. Ustaz Azizan di lantik oleh parti.

Macam PARASIT la hang ni Phahrolrazi woiii...

Abu Syaukah Filmanzil said...

pertahankan kepimpinan ulamak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...