SAYA sungguh terkejut membaca berita anak-anak Malaysia yang pada keseluruhannya menganggotai pertubuhan atau NGO Islam akan menyertai tunjuk perasaan anti Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dirancang akan diadakan di pekarangan kedutaan Syria pada Sabtu ini.
Penganjur perhimpunan itu mempropagandakan lebih 10,000 akan menyertainya dengan tujuan untuk menentang kezaliman presiden itu. Tetapi apakah benar beliau zalim atau pihak yang menyusun 'Jenayah Hasutan' dengan berselindung di sebalik 'Arab Spring' yang lebih kejam dalam menumpahkan darah rakyat Syria?
Kita tahu Syria adalah sebuah negara yang makmur dan disenangi oleh orang luar, terutamanya pelajar-pelajar dan rakyat kita yang berada di negara itu. Tetapi sejak kebangkitan pemberontakan dalaman dari 'Jenayah Hasutan' luar maka kita telah disogokkan dengan hanya berita dari suatu pihak sahaja.
Kita harus menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun kita percaya kepada jalur globalisasi tetapi dalam beberapa hal kita mempunyai pendirian sendiri.
Kita mempunyai maruah sendiri, tidak mudah diperalatkan untuk menyampaikan hasrat kuasa besar untuk matlamat 'Regime Change' yang menumpahkan darah tetapi digambarkan sebagai indah dengan istilah 'Arab Spring' atau Musim Bunga di dunia Arab.
Tidak mungkin apa yang berlaku terhadap Syria sekarang tidak akan berlaku dalam negara kita untuk tujuan 'Regime Change' sekiranya kuasa besar memikirkan ini perlu dilakukan. Bagaimanakah perasaan kita jika dalam suasana tekanan rakyat negara negara sahabat mengadakan tunjuk perasaan menyokong musuh kita?
Jika kita memperlihatkan diri kita mudah dipergunakan untuk matlamat melumpuhkan sebuah negara asing yang bersahabat karib dengan kita, maka ini akan membuka laluan mudah kepada mereka untuk mempergunakan rakyat kita bagi mencapai matlamat roadmap mereka.
Kuasa Besar mempunyai ejen di mana-mana termasuk rakyat mereka di luar negara seperti pelajar-pelajar Syria atau ahli perniagaan mereka di Malaysia dan sebagainya untuk membantu menyempurnakan matlamat terakhir bagi demokrasi mengikut acuan mereka di dunia Arab.
Janganlah kita begitu mudah mengecap Presiden Syria sebagai zalim kerana sebenarnya apa yang berlaku di negara ini adalah 'Jenayah Hasutan' Barat yang terancang, tersusun dan kejam yang dijuarai oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan dukungan negara-negara Barat.
Matlamat terakhir mereka ialah Iran. Tetapi sebelum Iran, Syria mesti dilumpuhkan seperti mereka lakukan terhadap Tunisia, Libya dan Mesir. Maka akan sempurnalah sebuah kekejaman yang tidak ada taranya yang berselindung di sebalik bunga-bunga berkembang. Sebenarnya ia telah mula berkembang dari Iraq.
Saya hairan bagaimana NGO yang diketuai oleh orang-orang cerdik di negara kita terutama Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan Islam terlibat dalam penganjuran perhimpunan ini? Ini menggambarkan taraf intelektualiti mereka. Bagaimanapun saya tidak terkejut dengan penglibatan ABIM.
5 comments:
Aku pun terfikir dari mana RTM mendapat perkataan 'INFOTAINMENT' satu ketika dulu tu. Entah dari orang cerdik, atau mungkin dari orang yang bodoh.
Agak2 sket mamak Zainuddin..Syria neh masuk dlm Hadith la bodoh..Jgn la bodoh smpai x tau nk bezakan politik dgn Isu kemanusiaan,Aqidah dan petanda Akhir Zaman..
Klu x mengaji diam2 jgn nk berckp..
Bila bercakap terang2 bodohnya..Pg la sokong Basyar Alawiyah tuh..
Bodoh nk mampos..kecik2 dulu x nk mampos,dh tua2 menyusahkan org nk kena terangkan blk..Sptutnya M'sia Usir Dta Syria,bwk balik Rakyat Malaysia yg ada disana..Ini lg nk ckp mcm pengerusi pelancongan..Ko duduk la sana sehari,tgk rupa ko jd mcm mana nti..BODOH..
alangkah sedihnya cara orang melayu islam berkata2. mengapa perlu menggunakan kata2 kurang sopan dan cercaan walaupun kita rasa kita lebih pandai dari dia. islam jenis apakah ini?
me spik no english....
kah kah kah
psai tu dia tak dpt berita dari sumber lain....
dia dpat dari akhbar meloya saja....
nak komen isu a/bangsa ???....tapi mi spik melayu saja.....
kah kah kah
xperlu nk mncarut klu komen..skdr gne ayt yg mncerminkan kmatangan..mmg reaksi bliau thdp isu syria mngecewakan kita..bliau seolah2 xslidik dgn lbh mndlm..yg bliau npk knflik yg blaku d ngra2 arab mst ad kaitan ngn Barat..dlm konteks Islam kzaliman tdk dbnarkn sma skali..pmbunuhan thdp umat Islam oleh org2 syiah xspttnya blaku dlm hal ni..
Post a Comment