Kemunculan Saifuddin bersama Nurul Izzah juga telah dijadikan isu mereka
yang mengatakan bahawa dia akan sertai parti pembangkang selepas ini
Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) kini dalam bahaya bila terdapat maklumat yang mengatakan UMNO Bahagian itu mengambil ketetapan untuk menolak nama beliau dicalonkan untuk bertanding lagi pada Pilihanraya Umum akan datang. Difahamkan, UMNO bersedia untuk menggantikan Saifuddin dengan muka baru iaitu calon dari Pemuda UMNO Mentakab bagi kerusi parlimen Temerloh pada PRU-13 ini. Berdasarkan maklumat, satu mesyuarat sulit akan diadakan di Jordan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan ketetapan itu. Jika ini berlaku, maka Saifuddin dilihat akan terpinggir dari politik UMNO kerana beliau lebih bersikap terbuka dalam beberapa isu termasuk yang membabitkan mahasiswa. Semalam, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah didesak meletakkan jawatan menerusi memorandum yang dihantar oleh kira-kira 350 orang mahasiwa di pejabatnya. Apapun, mengulas lanjut selepas itu Saifuddin berkata beliau tetap akan mempertahankan hak mahasiswa walaupun mereka. Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai desakan dalam memorandum itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara sebenar. Soalnya sekarang, bolehkah Saifuddin bertahan dalam UMNO atau meninggalkan parti itu sebelum PRU-13 ini nanti. UMNO tidak suka mana-mana pemimpin mereka yang cenderung kepada apa yang diperjuangkan oleh pembangkang walau pun ia untuk kebaikan rakyat sebenarnya. Malah, Saiffudian dilihat antara pemimpin UMNO yang amat disenangi oleh pembangkang kerana beliau lebih bersikap profesional dalam berpolitik. Namun, apakah sikapnya sebegini sesuai dalam UMNO. Mungkin Saifuddin boleh menilai segalanya kerana beliau lahir daripada sebuah NGO yang memperjuangkan aspirasi anak-anak muda. Apapun, semoga Saiffudin cepat membuat keputusan dan tindakan kerana dirinya kini dijadikan mangsa kutukan oleh blogger-blogger dan penyokong UMNO sendiri sekarang. Jika tersilap langkah, hayat politiknya akan terus berkubur begitu sahaja. Namun, jika dia cepat bertindak untuk kembali kepada rakyat ia memungkin untuk beliau dianggat ke tahap yang lebih tinggi selepas ini. Apapun, segala keputusan kini ditangan Datuk Saifuddin Abdullah. Bertindak atau pun terus bertahan.
[Apa yang bakal terjadi kepada Saifuddin ini jelas sekali melambangkan ketakutan UMNO BN terhadap sikap yang beliau tunjukkan mutakhir ini. Memang benar, kini beliau semakin popular dikalangan rakyat tidak kira yang menyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Saifuddin dilihat antara pemimpin UMNO yang agak berkarisma, bersih dan tidak banyak kontroversi melampau. Malah, pendiriannya yang tegas terutamanya dalam mempertahankan hak-hak mahasiwa juga dilihat sebagai satu alasan untuk pihak berkenaan menolak beliau. Sedangkan, pemimpin seperti inilah yang wajar dikekalkan. Mungkin, dek kerana UMNO tidak perlukan orang seperti ini akhirnya mereka cuba mencari jalan untuk menjatuhkan beliau. Apa yang pasti, jika Saifuddin dijatuhkan oleh partinya sendiri maka ia satu kesalahan besar yang sukar untuk dimaafkan. Malah, kami yakin satu hari nanti Saifuddin kembali akan berada di landasan kebenaran dalam meneruskan perjuangan politik beliau pastinya. Apakah beliau sudah bersedia agaknya? Atau mungkin dia akan tetap setia kepada UMNO].
1 comment:
Banyak kali dah aku komen tentang
TMPT ini.Seandainya begitu ramai
pemimpinx UMNO yang berkarsima seperti beliau pasti PR akan melalui
laluan sukar dalam PRU kelak.Tapi
syukur alhamdulilah,hanya beliau
seorang saja yang berani menongkah
arus.Teruskan berjuang dilandasan
yang lurus Dato!!!
Post a Comment