Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

19.2.09

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.
"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

25.1.09

Program Realiti TV Terhangat Masa Kini!!

1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk
menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan
diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib,
menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan diadakan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live di kaca Televison..
Peserta akan dinilai oleh juri
profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak
akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam.
Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live.
SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka).
Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu
mereka.
Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di Malaysia.
Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara
keperingkat seterusnya hingga ke akhir.
Peserta diadili oleh penonton melalui sms.
Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji.
Peserta diajar cara membaca secara tartil,
bertajwid dengan betul,
menghafaz Quran dan berlagu.
Peserta yang berjaya akan
mendapat cahaya nur Quran.

5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang
agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri.
Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang
cintakan Islam dan para pendokong Islam


Dalam ensiklopedi hadis yang terdiri dari 111 jilid, Bihar al-Anwar,
Nabi Muhammad saw diriwayatkan bersabda, Takutilah dosa, karena dosa itu
akan menghancurkan kebaikan.
Ada dosa yang menyebabkan pelakunya melupakan
ilmu yang sudah diketahuinya.
Ada dosa yang menyebabkan pelakunya tidak
bisa melakukan salat malam.
Ada dosa yang menyebabkan rezeki tertahan,
walaupun sudah dipersiapkan kepadanya.
Lalu, Nabi saw membaca ayat-ayat Al-Quran
mulai dari: Sesungguhnya Kami telah menguji mereka seperti Kami menguji
para pemilik kebun...? (Al-Qalam 17-32)

*** cuba kita fikir dan pertimbangkan dengan ikhlas....program mana
sebenarnya yang ingin melahirkan generasi berilmu dan mempunyai jatidiri
yg mantap atau genarasi berhibur dan hanya glamor.
Dan siapakah Idol kita yang sebenar...?
adakah yg membawa kita kepada destinasi yang jelas atau yang tak tentu hala dan haru biru lagi huru hara...?
TEPUK HATI TANYA IMAN!!

21.1.09

Salam Juang!

Salam buat sahabat-sahabat seperjuangan semua!
Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya 'publishkan' artikel lama saya ketika mengikuti ijazah sanad hadis sunan Imam Tirmizi di bumi Syam ini. Artikel ini dah lama sangat terperap bak pekasam dan budu..Masalah line internet di bumi orang memang mejengkelkan perasaan saya..Geram, sabar dan sebagainya,macam-macam terpaksa saya adukkan untuk menjadi 'penulis jalanan' ni. Bayangkan saya terpaksa pergi ke pusat internet selama seminggu untuk 'publish'kan artikel ini. Tak boleh pagi, petang, tak boleh petang malam..Tak boleh sangat, 'publish' dalam mimpi!
Apa pun saya mengharapkan sahabat-sahabat yang berada di bumi Malaysia terutamanya, dapat mengambil peluang ( sementara line internet di bumi sendiri ok! ) bagi menggegarkan bumi Malaysia dengan tinta penulisan dan dapat menarik saudara seislam kita yang teramat dahagakan pengetahuan tentang islam.
Semalam Tuan Haji Mohd Sabu dalam siri kerja amal Palestinnya singgah beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang berada di bumi Syria ini. Banyak sangat perkara yang sempat di kongsikan oleh beliau bersama kami. Yang teramat menyayat hati apabila beliau menyampaikan maklumat berkenaan pihak berkuasa telah menahan satu ‘mesyuarat raksasa seks’ yang membincangkan tentang ‘seronoknya hidup di bumi merdeka ini”! Sudahlah dunia dan kita di sibukkan dengan pembantaian ‘anjing yahudi’ terhadap tanah Ghazzah, anak muda melayu kita lagi Islam pula hendak menunjukkan ke ‘Hadhari’annya pula! Kalau yahudi di tawarkan untuk menyerang Malaysia kerana Malaysia mengaku dia adalah negara Islam..(kononnya..) rasanya awal lagi mereka kata tak payah.Buang masa..Rakyatnya yang terdiri oleh anak muda Islamnya dah awal lagi kalah dengan serangan sarafnya..
Hurm..rasa saya banyak betul pertubuhan yang di dokongi oleh pemuda dan syabab-syabab yang cintakan Islam..Tapi dengarnya pulak sibuk bergaduh antara satu sama lain..Hal ehwal kelambu..sudahlah tu..saya nak naik muntah bila sahabat saya dari Malaysia bertanyakan lagi tentang hal yang dah lama saya rasakan ‘tidur’ ni..Saya ingatkan dah ‘tidur lena’, rupanya ‘tidur ayam je’..Sudahlah tu..berbaik la sesama sendiri..Kalau DAP, presidennya terkenal tolak Islam pun boleh berbaik dengan PAS, takkan pemuda-pemuda Islam yang belajar tinggi masih bodoh menilai perkara seremeh ini!
Samaada GAMIS ke, mahupun PKPIM ataupun KARISMA dan sewaktu dengannya,ambillah tauladan dan pengajaran dari Fatah dan Hamas..Ruginya kita..Untungnya musuh!
Apa pun tahniah pada sahabat-sahabat yang menang dalam Pilihan Raya Kampus baru-baru ini. Letak kepala babi dekat dalam surau konon, sepatutnya pakai la terus kepala babi tu, baru la hero!
Apa pun, segalanya sekadar perkongsian pandangan..Salam juang buat semua!

19.12.08

ADA APA PADA SEORANG USTAZ?

Saya tak pasti andai coretan yang ingin di kongsi bersama meninggalkan kesan dalam hati mereka yang membaca dari hati yang bersih..Pun mungkin ramai yang sekadar membaca seolah membaca komik kreko mahupun majalah mastika yang menjadi kegilaan remaja dewasa ini. Apa pun yang pasti, coretan perkongsian ini tiada ada kena mengena samaada yang hidup mahupun yang akan mati!
Cuba kita perhatikan dan renung sejenak, umumnya kita sangat-sangat mengetahui siapa mereka yang bergelar doktor, guru, jurutera mahupun arkitek. Sekadar lontaran persoalan yang terkadang saya pun terfikir. Siapa pula mereka yang bergelar ustaz mahupun ustazah? Tambah-tambahan pula dalam masyarakat melayu kita, terdapat pelbagai definisi yang cuba membawa pengertian yang terbaik pada mereka yang bergelar ustaz ( ustazah )!
Seperti mana jelasnya ahli mantiq mendefinisikan manusia itu yang jami’ dan mani’ sifatnya. Tetapi, seandainya ingin di definisikan siapa mereka ‘ustaz’, jawapannya masih lagi kabur dan susah hendak di ungkapkan.
Saya ingin nyatakan sekali lagi yang ini hanyalah sekadar perkongsian pandangan. Mudah-mudahan tiadalah yang mengatakan saya terpengaruh dengan pemikiran ‘Liberalisme’ mahupun ‘SISme’. Seandainya di habiskan bacaan coretan pandangan saya ini, mungkin kita sama-sama dapat mencari siapa mereka yang bergelar ustaz dan dapat memperbaiki keadaan yang gawat ini!
Cuba perhatikan lagi; jika profesion lain kita akan dapati penjelasannya jelas dan dapat kita sama-sama fahami ruang lingkup perjalanan kerjayanya. Seseorang tidak akan diiktiraf sebagai doktor melainkan tamat menjalani “Housemanship”nya. Seseorang juga tidak dapat meletakkan dirinya sebagai seorang peguam, sehinggalah dia dapat menghabiskan tempoh “Chambering”nya. Pun sama situasinya dengan seorang akauntan. Tidak layak diiktiraf dirinya sebagai akauntan, melainkan dia memperolehi “AACA”. Susah sungguh hendak memperolehi pangkat mahupun title yang saya bawakan contoh tadi. Tapi, untuk mendapat gelaran ustaz itu sendiri, sesiapa pun dengan mudah untuk menyarungnya kan!
Bagi mak cik dan pak cik di kampung, 'ahli majlis tertinggi kedai kopi', mereka pun mempunyai tafsiran yang tersendiri. Ustaz disisi mereka adalah merujuk kepada siapa sahaja yang belajar agama, terutama mereka yang belajar di timur tengah, lepasan pondok mahupun university tempatan. Asalkan pernah belajar, mahupun tinggal beberapa bulan sahaja di timur tengah maka anda layak dinobatkan dan mendapat title seorang ustaz. Sekadar nasi tambah, topup dengan kopiah putih berlilitkan serban pondok mahupun serban hafiz, sejuk mata orang kampung. Itu kalau topup RM10 atau RM 30. Kalau nak lebih advance, topup yang lebih mahal dan kekal lama sikit. Ditambah dengan memakai jubah, ayat Quran dan hadith sepotong dua, tiga atau empat fakta yang mudah dihafal dan diingat, maka title itu sudah layak memahat pada jiwa raga mereka. Pendek kata, mereka yang pernah belajar ilmu agama maka layak untuk 'berkonvokesyen' bagi mendapat 'ijazah' seorang ustaz di mata masyarakat.
Ringkasnya, pemahaman yang ada dalam benak masyarakat seolah-olahnya tidak dapat membezakan antara ustaz yang banyak bertalaqqi di masjid dengan ustaz yang banyak menghabiskan masanya di Internet. Ustaz yang banyak mengumpul koleksi kitab dengan ustaz yang banyak mengumpul koleksi filem dan komik, ustaz yang banyak menziarahi masyaikh dengan ustaz yang banyak menziarahi shopping complex dan pawagam, ustaz yang harinya bermula seawal jam 5 pagi dengan ustaz yang memulakan shiff kehidupannya ‘seawal’ jam 12 tengahari, ustaz yang letih tidak cukup tidur kerana banyak menelaah kitab dengan ustaz yang letih kerana terlalu banyak tidur,ustaz yang berbuih-buih menghafal kitab dengan ustaz yang berbuih-buih membuat ‘ketupat’bersama-sama AJKnya, ustaz yang bersengkang mata bertahajjud merindui ‘kekasih penciptanya’ dengan ustaz yang bersengkang mata ber SMS dengan ‘kekasih ketiak busuknya’, ustaz yang penuh didadanya dengan ilmu dengan ustaz yang penuh dikepala fikirannya nama-nama artis, atlet-atlet yang menjadi idolanya, ustaz yang menangis kerana tidak mampu menjadi sehebat cinta dan kasih Abu Bakar terhadap Saiyyidul Anbiya’ dengan ustaz yang menangis kerana tidak dapat menjadi sehebat cinta dan kasih ‘Fahri’ terhadap Aisyah dan Maria, ustaz yang berkerut dahinya kerana risaukan masalah ummat dengan ustaz yang risau dan kecewa perpindahan Robinho ke Manchester City, ustaz yang sedar akan serba kekurangan dirinya dengan pelbagai kelengkapan ilmu dengan ustaz yang tidak sedar diri langsung!Nah, anda boleh la senaraikan sendiri ustaz yang macam mana wujud pada diri anda.
Hakikatnya, semua ‘ustaz yang..dengan ustaz yang..’ akan di bakulkan, dibalut dan melepasi imegresen, menaiki flight yang akan di persembahkan oleh seorang individu yang bernama ‘Ustaz’!
Ustaz-ustaz inilah yang akan mengisi kekosongan rohani masyarakat tempatan. Mereka jugalah yang bakal memberi kuliah maghrib di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar. Memberi ceramah isra’ dan mi’raj,maulidur rasul, ceramah motivasi pada adik-adik yang bakal menghadapi exam dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ustaz-ustaz inilah juga bakal menjadi khadi, imam di masjid putrajaya, pegawai zakat hatta tidak mustahil menjadi Menteri Besar mahupun Perdana Menteri!
Maka ustaz-ustaz inilah juga nanti yang akan berdolak-dalih, mencipta seribu satu alasan. “Bagi pada orang lain lah ye, saya bidang bahasa ( Lughoh ) bukan bidang syariah”. “ Saya tak bersedia lagi, baru semalam saya balik dari Syria”; dan beraneka macam lagi alasan yang bakal di ciptakan bagi meraih simpati agar orang keliling memahami jiwa dan kehendak dirinya. Setelah bertahun di timur tengah, di pondok mahupun di university tempatan, boleh ke mak cik dan pak cik di kampung menerima alasan-alasan kita?
Itu kalau kita bicara mereka yang mencari alasan. Apa kurangnya pula bila mereka yang tercabar dengan diri sendiri dek kerana lamanya belajar ilmu agama tetapi tidak di prakktikan ketika di alam kampus. Apa lagi, maka tidak mustahillah akan keluar fatwa-fatwa yang pelik lagi menjelikkan sehingga masyarakat bertambah pening; yang mana satu betul? Dan usah cepat melatah dan melenting seandainya masyarakat mutaakhir kini mula memandang serong pada sesetengah insan yang bergelar ustaz! Krisis keyakinan pada golongan agamawan berakar umbi pada 1001 perkara pelik dan ajaib yang terbit dari kalam dan perbuatan seorang ustaz. Bermula dari cara bercakap, gaya hidup yang stylo, gaya berfikir, cara bertindak dan sebagainya.
Masyarakat yang berfikir dan cermat memerhati akan menyimpulkan, ustaz pada zaman sekarang hanya pada nama sahaja tidak pada ruh,hanya pada kata-kata tidak pada amalan, hanya pada idea tidak pada perlaksanaan,hanya pada kulit tidak pada isi. Ustaz juga banyak di copkan tidak pandai memimpin dan membimbing masyarakat, ustaz hanya pandai

‘ menggoreng’ ketika bercakap. Dakwah ustaz tidak berhikmah. Ustaz tidak progresif dan dinamik. Pendekatan ustaz tidak approachable. Ustaz tidak up to date. Ustaz tidak itu dan ini. Dan pelbagai lagi suara-suara sumbang yang mengatakan tentang ustaz!
Anda mungkin marah!Dan saya juga turut marah dan naik angin!tapi, cukup ke setakat kita menyatakan yang kita marah dan tidak puas hati dengan pandangan-pandangan yang tidak sepatutnya di lemparkan terhadap insan yang bakal dan bergelar ustaz? Dan untuk menyatakan ketidak puasan hati kita, kita akan mobilisasi sahabat-sahabat kita untuk turun berdemontrasi, macam itu ke?atau kita punya jalan dan penyelesaian yang patut kita ubah bukan pada diri kita sendiri sahaja tapi pada orang lain juga!
Kita perlukan perubahan untuk membuat satu ‘Revolusi’ besar-besaran. Dan sudah tentu segalanya-galanya perlukan PENGORBANAN! Saya nyatakan sekali lagi untuk akhirnya, yang ini adalah sekadar coretan pandangan, tidak ada kena mengena samaada yang hidup mahupun akan mati!!

Hamba Bernama Uwais al-Qorni

Dari Asir bin Jabir, beliau menyatakan,”Jika para Gabenor datang menemui Khalifah Umar al-Khattab, maka khalifah selalu bertanya,”Apakah di antara kalian yang bernama Uwais bin Amir?.” Sampai suatu ketika, khalifah berkesempatan bertemu dengan Uwais, lantas beliau jawabnya.
“Engkau dulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorni?,” “Betul,” sahutnya.
Umar bertanya lagi,”Dulu engkau pernah terkena penyakit belang lalu sembuh tetapi masih ada belang ditubuhmu sebesar wang dirham?,” “Betul”.
Umar bertanya lagi,”Engkau memiliki seorang ibu?.” Lantas khalifah Umar menyatakan,”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,”Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman, dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorni. Dahuli dia pernah terkena penyakit belang, lalu sembuh, akan tetapi masih ada lagi belang di tubuhnya sebesar wang dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepada ibunya. Seandainya dia berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohonkan ampun untukmu kepada Allah, maka usahakanlah.”
“Maka mohonkanlah ampun kepada Allah untukku..” Uwais al-Qorni lantas berdoa memohonkan ampun kepada Umar al-Khattab. Setelah itu, Umar bertanya kepadanya,”Engkau hendak pergi ke mana? “Kuffah,”jawabnya.
Beliau bertanya lagi,”Mahukah engkau aku tuliskan surat untukmu kepada Gabenor Kuffah agar melayanimu? Lantas Uwais menyatakan;”Berada di tengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenali itu lebih ku sukai.” ( Hadis Riwayat Muslim )

30.11.08

DENGAN NAMA ALLAH AKU MULAKAN SEGALANYA..


Dalam meniti hidup ini, terkadang rasa waktu berlalu dengan begitu pantas dan cepat..meninggalkan segalanya dalam lipatan jutaan memori yang terindah. Kekadang rasa pelik, kekadang rasa sedih, kekadang jua rasa terhibur dengan segala yang disimpan dalam citra kehidupan yang telah berlalu..Hurmm..apa lagi yang di dustakan dalam nikmat yang telah berlalu?Apa lagi yang tidak dapat membuatkan kita bertambah matang dalam menjalani kehidupan kini? Apa lagi yang membuatkan kita rasa sedih dan sebagainya,sedangkan janjinya tetap pasti? Apa lagi yang membuatkan kita lupa dan lalai sedangkan banyak sudah peringatan yang telah kita lalui? Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..
Jiwa yang tenang adalah suatu kurniaan oleh pencipta yang Maha Adil lagi Maha Agung kepada hambanya. Terkadang kita meraba-raba dalam hidup ini mencari suatu pedoman yang terkadang tidak pernah wujud dan terbaik untuk kita. Bukankah segalanya telah terbentang di hadapan kita? Bukankah hakikat yang hakiki itu telah kita fahami dengan jelas dan pasti? Pelik benar jiwa makhluk yang bergelar manusia..di nobatkan sebagai insan yang di kurniakan akal lantas di calonkan mereka yang terhebat di sisiNya andai berjaya memenangi takhta dan makhkota ketaqwaan..Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..
‘‘Ya Allah..seandainya diri ini adalah di kalangan hambamu yang engkau pilih untuk membawa panji islam Mu, engkau pancarkanlah nur kasih Mu ke dalam jiwa yang penuh noda dan nista ini..Namun janganlah di jadikan diri ini pembakar yang akan memusnahkan Nur Islam Mu seandainya tidaklah diri ini dikalangan mereka itu..Hanya pada Mu jua aku pohon segalanya..”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...