Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
29.7.09
'HUFFAZ' YANG 'HAPUS'!
Lama benar saya memikirkan masalah dan dugaan ini. Sedari sekolah menengah hingga ke alam kampus DQ. Juga sehingga menjejakkan kaki ke dataran Syam, saya selalu memujuk hati dan pemikiran agar di doktrin akan doktrinisasi yang baik.
Segalanya adalah dugaan daripada Allah..
Berat benar memikul tanggungjawab sebagai ‘Duta Kalamullah’ ini. Hati ini benar-benar gerun dengan amaran yang pernah di sabdakan oleh baginda Rasulullah.
Sabda Rasulullah saw :
“ Berapa ramai yang menghafaz al-Quran dan kemudiaanya di laknat olehnya”.
“Orang yang menghafaz ( al-Quran ) itu menjadi hujjah kepada mereka yang tidak menghafaz”.
Gerun benar takkala hati ini menjadi tenang dari gangguan nafsu yang menyala dan membara..
Saya mengharapkan sekalian sahabat yang membaca entry saya kali ini agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif.
Kerna bagi saya ia adalah satu muhasabah yang perlu di kemukakan dan akhirnya moga di temui satu ramuan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah dalaman yang cukup menakutkan ini!
‘Huffaz’ yang ‘Hapus’ ( 1 )!
Sebenarnya isu ini cukup luas. Banyak ruang yang sukar untuk saya ‘lingkupkan’…
Ketika saya masih menjalani kehidupan sebagai ‘pencari ilmu’ di tanah Darul Quran, isu besar yang cuba saya bersama sahabat-sahabat kepimpinan lain selesaikan dan keluarkan dari ‘cenkerang’ yang gelap adalah pemikiran jumud yang membelengu sebahagian besar siswa dan siswi huffaz di situ.
“Kita datang untuk belajar, bukan untuk berpersatuan!”.
Ayat ‘keramat’ inilah yang menjadi satu virus besar yang menjadi punca ramai sahabat-sahabat huffaz ‘terkebelakang’ dari segi pemikiran dan isu semasa.
Maaf cakap kerana ramai juga yang terpengaruh dengan doktrinisasi sebahagian pensyarah yang juga masih berfikiran era 80an dan 90an!
Inilah masalahnya
Malah andai hendak di bandingkan dengan sahabat-sahabat di kampus yang lain dari segi pemikiran dan pengurusan, sudah tentu para huffaz ini menjadi juara bagi ranking abjad ‘Z’!
Cuma kadang-kadang saya pelik, andai benar datang untuk belajar, maka tidak perlulah di buat padang bola, gelanggang sepak takraw, badminton dan bola tampar.
Hapuskan sahaja semua itu! Bukankah datang untuk belajar!
Hazafkan jua sebarang bentuk persatuan dan kelab!
Kerana bukankah ‘kita datang untuk belajar’!
Maka apa guna Quran itu di hafaz andai ia tidak di praktikkan dalam bentuk perbuatan dan praktikal.
Wah!kalau berteori dalam bab Quran dan sebagainya, saya rasa mereka inilah yang paling hebat bercakap dan berhujjah!!
Aduhhh…
‘Huffaz’ yang ‘Hapus’ ( 2 )!
Saya menyaksikan perkara ini bermula dari sekolah menengah lagi. Mengenali sahabat-sahabat yang menghafaz Quran adalah suatu perkara yang menyeronok dan menenangkan fikiran dan hati.
Allah mengurniakan kejernihan pada wajah mereka. Ketenangan yang cukup hebat.
Namun terdapat sebahagiaannya Allah uji dengan gelora ‘nafsu’ yang cukup menakutkan..
Saya cukup seronok mendengar sahabat-sahabat seperjuangan yang mendapat jodoh dengan jalan dan cara yang halal dan baik.
Alhamdulillah, Allah menyelamatkan mereka dari perbuatan yang boleh menjerumuskan ke lembah dan lurah maksiat.
Telah sempurna sebahagian daripada agama mereka..
Saya tidaklah mahu mendedahkan aib sebahagian para huffaz yang terjebak ke dunia ‘couple’ mahupun ‘cinta ana enti’.
Benarlah pepatah arab mengatakan, ‘ Cinta itu buta’.
Maka bila terjebak ke lembah itu, buta segala-galanya. Tidak mengira latar belakang. Samaada engkau ustaz ataupun ustazah mahupun engkau adalah seorang huffaz!
Walaupun saya belum mendirikan lagi masjid seindah ‘masjidil Haram’ dan ‘Nabawi’, tetapi saya sekadar menasihati sahabat-sahabat yang terjebak ke lembah itu agar gunakan jalan dan cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ‘nafsu’ ini.
Gunakan saluran yang telah di sediakan oleh Islam dengan cara yang paling terbaik!
Kesimpulan
Dua keadaan ini adalah sebahagian pengalaman yang saya titipkan sewaktu bergelumang dalam arena menghafaz Quran.
Saya kira, mereka yang bergelar ustaz dan pensyarah adalah mereka yang paling berautoriti menyelamatkan keadaan ini.
Pelajar memberi ‘thiqah’ pada mereka.
Andai ‘a’ dikatakan maka ‘a’ lah yang di turuti, dipercayai dan diikuti.
Juga andai system tarbiah yang bersistematik dilaksanakan dan diterima pakai sebagai kaedah penyelesaian, saya yakin produk yang di keluarkan tentu mendapat tempat dalam ‘pasaran’ tempatan mahupun global umumnya.
Akhir sekali sudah tentu terpulang kepada tuan empunya diri untuk menilai samaada mahu ataupun tidak.
Andai jiwa ‘tidak’ menguasai diri, jangan katakan system tarbiah yang hebat, pensyarah yang mantap dan sebagainya, ‘malaikat Jibril’ turun pun belum tentu dapat mengubah keadaan.
Maka nilailah keadaan masing-masing…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
btul tu. Mmg berat org yg bergelar huffaz ini. Jgn la kita yg menjadi golongan yg difitnah disebabkan dgn perangai kita sendiri.
Moga tuhan memberi kita kekuatan dengan menjadi "duta Kalamullah" yg sebenar2nya. Aminn
pandangan Ana :huffaz tersilap posisi....boleh baca di:
HASANHUSAINI.COM
Post a Comment