“….begitulah hikmahnya..antara yang lain lagi, di zaman Muhammad di utuskan kepada kaum arab ketika itu juga, mereka (arab Quraisy) berada dalam keadaan jahiliyyah yang teramat sangat..”, terang Dr Ali Fawwaz ketika saya mengajukan soalan apakah hikmah di sebalik Nabi Muhammad di utuskan kepada golongan Arab.
Dengan berpandukan rujukan kitab ‘Sirah Nabawiyyah, karangan Syeikh Dr Ramadhan al-Butti, kami di bawa oleh ulama’ terkemuka dunia ini mengimbau lembaran perjalanan seorang hamba yang mengajak ummatnya agar kembali ke pangkal cahaya.
“…pernah seorang pengkaji dari negara barat yang mengkaji islam, akhirnya di beri hidayah oleh Allah setelah sekian lama bergelumang dengan kajian yang di lakukan..kemudian, beliau pergi mengerjakan haji dan di beri kesempatan melihat keadaan orang arab yang berniaga dan hidup di sekitar masjidil haram..”
“Oleh kerana terkejut dengan sikap orang Islam ( arab ) yang berada di sekelilingnya, lantas beliau berkata : andaikata sebelum aku memeluk islam, aku melihat islam pada mereka ini, nescaya aku tidak akan menganut agama islam selama-lamanya!..”. Motivasi dan cabaran yang di olah oleh Dr Ali amat menarik sekali.
Cabaran Jahiliyyah di Dataran Syuhada’..
Petang itu, setelah pulang dari rumah Abuya dan Ibu ( panggilan anak-anak Mutah kepada Syeikhul Maqari’ Ustaz Othman Hamzah serta Isteri ), saya terus pulang ke rumah melalui jalan ‘short cut’ seperti kebiasaan. Andai pulang atau hendak ke Mu’tah, jalan itulah yang selalunya di lalui oleh saya, ahli rumah mahupun sahabat-sahabat yang ingin bertandang ke rumah yang jauh dari ufuk melayu yang lain.
“Sodiq!!..Sodiq!! ta’al!!..”
Dari kejauhan, saya melihat dua pemuda arab berlari-lari kearah saya sambil meminta saya berhenti. Oleh kerana hari masih cerah serta orang kelihatan lalu lalang dari sisi jalan raya lagi, saya berhenti kerana sangkakan mereka ingin tanyakan sesuatu.
“)*(&*^&*^T&%^%$%#$@#!##^$^%$^%^&*&.....”
Saya tidak faham apa yang mereka katakan. Melihat kawannya yang di sebelah tersenyum-senyum, tahulah saya yang mereka ingin mempermainkan saya sahaja. Dan akhirnya, mereka ‘bermain’ untuk menelefon polis ( baru mereka cakap bahasa yang saya faham ) kerana katanya saya membuat kesalahan.
Dengan membuat ‘sedikit keberanian’, saya katakan kepada mereka di persilakan. Lalu saya keluarkan handset dari poket untuk sama-sama ‘bermain acah-acah’ dengan mereka.
Mereka bertanya, siapa yang hendak saya hubungi. Saya katakan, kamu telefon polis dan saya akan telefon ‘Abu Muhammad’ ( hanya pelajar Mu’tah sahaja yang mengetahui siapa ‘mamat’ arab ni..huhu.. ) untuk datang membantu.
“Min Abu Muhammad?”( Siapa Abu Muhammad ), mereka bertanya.
“ Abu Muhammad Ghorolah, antum ta’rifuhu?” ( Abu Muhammad Ghorolah : saya hentam jer nama a’ilah dia ketika itu..huhu ), jawab saya dan saya bertanya adakah mereka kenal dia.
“Kholas kholas..ruhh..” ( cukup cukup..balik..)
Saya bernasib baik kerana mereka tidak mengapakan saya. Melihat susuk badan yang besar, perut agak ke depan ( salah seorang ) tentunya ‘habis’ kalau mereka kerjakan saya.
Saya lajukan langkah untuk terus pulang.
Malam itu, dalam sibuk saya menyemak dokumen sahabat-sahabat sebatch yang ingin memperbaharui iqomah bersama Khairullah, kami di kejutkan dengan salah seorang sahabat tahun satu di pukul oleh orang arab.
Wahh!! Makin mengganas ‘arab jahiliyyah’ ni!
Anak-anak melayu yang tiba di tempat kejadian, hanya mampu memapah sahabat itu untuk di bawa ke hospital. Salah seorang senior terus menelefon polis untuk melaporkan kejadian ‘1st’ di sini.
Sehari selepas itu, saya bersama sahabat yang lain meluangkan masa menziarahi sahabat seaqiah, Afifi di rumah beliau.
Entahlah..sedih benar mendengar beliau bercerita detik-detik cemas beliau ‘di belasah’ oleh ‘arab jahiliyyah’ itu.
Ceritanya, 3 orang pemuda arab bersama, tetapi seorang yang beraksi. Tanpa mengetahui punca, kepala dan muka beliau menjadi sasaran dahulu. Manakala tangan, sedikit retak kerana cuba mempertahankan diri.
Laptop pulak di baling sehingga tidak boleh di gunakan. Geramnya, Fifi ceritakan, dalam keadaan merangkak beliau hendak selamatkan diri untuk masuk ke dalam rumah akhawat, pemuda 'jahiliyyah' itu masih menyepaknya.
Kesakitan yang di tanggung olehnya, saya rasakan semua penduduk melayu di sini turut rasa sakitnya.
Hurmm…
Laporan polis sudah di buat. Begitu juga kepada Malaysian Student Department ( MSD ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ ). Hanya menunggu tindakan susulan sahaja.
Cerita Itu Ada Hikmahnya..
Ada seorang sahabat berkongsi nasihat melalui meseg ‘YM’. Katanya, biarlah hikmah ini di ambil berat oleh akhawat ( perempuan : panggilan kebiasaan di sini ) di Dataran Syuhada’ ini.
“……biar badan kami terkorban ( syabab ), tapi jangan kamu ( akhawat ) yang di korbankan…”
Kisah di Mesir yang di ceritakan di Info Kini juga saya rasakan perlu di ambil iktibar yang serius oleh semua golongan yang bergelar serikandi. Usahlah nanti bila dah turun hujan, baru hendak di cari payungnya. Sudah terlambat, kerana segalanya sudah basah kuyup..
Teringat iklan eksiden di dalam TV tidak lama dahulu.
“…mereka ini tak tahu yang kita ni sayang kat mereka…”
2 comments:
mashaAllah.. moga kalian semua tergolong dalam kalangan mereka yang sabar.. amin
Salam, ana mencelah untuk memberi pendapat.
Selama ni, kita dah buat banyak inisiatif untuk mengelakkan perkara ni berlaku. Tapi tak dinafikan ada segelintir yang ingkar. Namun, bukan ingkar yang ana nak kedepankan sebagai permasaalahan. Bahkan, ana nak minta sensistiviti smeua sahabat syabab dan akahwat untuk turut sama-sama mengajak MSD dan Embassy sama-sama turun merasai bertanya sendiri kepada mangsa-mangsa di sini.
Tugas mereka, bukan untk hanya bertanya khabar atau memberi bantuan kewangan, kerana itu hanya masalah timbul yang boleh diselesaikan oleh para pelajar sendiri. Bahkan tugas MSD dan Embassy adalah untuk menyelsaikan masalah sebenar, the real problem, masalah tahap keselamatan Mu'tah untuk dihuni oleh penuntut Malaysia.
Isu ini tak mampu dan tak layak untuk hanya dibawa dan diusahakn oleh para pelajar mahupun persatuan. bahkan ianya memerlukan kepada agen kerajaan. Ingat, piagam pelangan MSD dan Embassy dalah untuk menjamin keselmatan Warga Malaysia di Luar negara...Ana tak gagah untuk membawa isu ini sendirian...harapkan ramai lagi yg dapat kesedaran. Wallahua'lam.
Post a Comment