Sebagai rakyat Malaysia, anak muda dan tentu sekali pengikut Muhammad s.a.w, merasakan gundah gulana terhadap pelbagai isu yang melanda nagara yang tercinta. Ibarat percayakan dan ‘thiqah’ terhadap ayah dan ibu sebagai tempat berlindung yang paling kukuh, tetapi akhirnya di khianati.
Luluh benar hati, jiwa dan perasaan..
Saya yakin, anak muda mana yang tidak kacau fikirannya mengenangkan tinggalan yang bakal di warisi kelak. Belum selesai isu gejala sosial yang paling teruk, timbul pulak isu yang lain. Benar ia merupakan latihan fizikal, mental dan sebagainya kepada golongan yang akan datang. Namun latihan tersebut tidak seimbang dengan motivasi positif yang ada di Negara tercinta.
Berapa kerat dan bilangan sahaja unsur positif andai mahu di bandingkan dengan negatifnya. Tiap hari warta menyiarkan ‘tarbiyyah negatif’. Membina jiwa takut dan gerun kepada manusia. Manusia yang lari benar dari landasan manusiawi dan ukhrawi.
Bicara saya tentu sahaja kepada mereka yang percaya wujudnya satu zat yang bernama Allah. Yang Maha Melihat dan Mengetahui biarpun ia di tempat gelap, di atas batu yang hitam warnanya, segalanya di atas landasan pengetahuan yang Maha Agung Kuasanya.
Biarlah biacara ringkas saya ini saya tujukan kepada semua pihak. Agar adil di lihat dan di nilai. Bermula setinggi pimpinan Negara, ahli politik, ahli agama, ahli akademik dan serendah ‘kasta’ yang wujud di Malaysia.
Apakah Negara kita bakal mewarisi system masyarakat di Eropah yang kian runtuh nilai dan moralnya akibat dari pertelingkahan politik sempit yang di amalkan disana. Kesannya remaja hidup teramat bebas, jenayah tiap saat dan waktu berlaku seolah tiada lagi istilah yang bernama undang-undang untuk menyekat.
Apakah Negara kita juga bakal mewarisi ketakutan rakyat Palestin yang hari-hari hidupnya di cambahkan dengan nilai takut dan gerun terhadap Negara sendiri?! Mata yang terjaga, telinga yang mendengar, hati dan jiwa yang berperasaan tiap hari merayu agar menyatakan bahawa mereka bukanlah rakyat yang merempat. Kesannya, mereka hampa kerana hakikatnya, Negara mereka sudah terkepung oleh musuh Islam lama dahulu..
Saya akui, masih damai negaraku dari citra yang pelbagai itu. Namun apakah damai itu yang menyesatkan kita dari terus berada dalam lingkungan kelalaian. Damai itu yang membuatkan saat dan waktu mencipta suram dan gelap di Malaysia..
Anak yang tidak berdosa, sampah sarap ibu bapanya..
Harga nyawa ibarat nyamuk yang menggigit..
Muhammad alaf baru tidak lagi mengenal Muhammad alaf jahiliyyah..
Lelaki dan perempuan itu, kawan baik mereka bernama ranjang..
Seribu bicara tentang masyarakat, tidak akan habis mahu di senaraikan negatifnya berbanding hanya puluhan positif yang wujud.
Anak muda di perantauan gusar terhadap negaranya..Gusar mengenangkan generasi seterusnya yang bakal hidup di tanah yang dahulunya pernah di jajah oleh ‘kafir’, lantas tinggalannya kekal sehingga kini.
Buat mereka yang sepatutnya, apakah Islam itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang terbuku??
Apakah dengan menyebut Islam sahaja, ia terus berpaksi kepad parti politik??
Apakah lembaran undang-undang Islam sudah kehabisan modal untuk menyelesaikan segalanya??
Apakah modal di dalam Islam itu pernah di laksanakan??
Dan apakah kalimah bernama Islam itu di kenali??
Anak muda di perantauan mahukan jawapan…
No comments:
Post a Comment