Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
20.2.10
Anai-anai dalam PAS, kelak terzahir juga..
Sejarah kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tahun 1924 adalah luka buat ummat yang amat pedih dan menjadi kesan yang berdarah buat selamanya. Kanvas lama mencatatkan serangan untuk menjatuhkan pentadbiran Islam itu bukan sahaja berpunca dari faktor luaran, namun peranan besar juga di mainkan oleh faktor dalaman.
Sebesar-besar yang bernama perasatuan sehinggalah sebatang tubuh yang di gelar individu.
Malah gerakan-gerakan yang di tubuhkan atas dasar Islam juga tidak terlepas dari di porak perandakan oleh mereka yang kononnya menerima tarbiyyah sistematik secara islam. Daripada sehebat Ikhwanul Muslimin ( baca : gerakan-gerakan islam muta’akhir ) sehinggalah yang di kenali umum dewasa kini.
Benar sungguh pesanan ringkas yang di ingatkan oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna kepada pendukung Ikhwan ketika itu..
“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara: (a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu; (b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi
Era tahun 80 an PAS menyaksikan proses transisi berlaku dalam sejarah penubuhannya. Dewan pemuda yang ketika itu di ketuai oleh golongan bukan ‘Pak Lebai’ telah mendesak dan mencadangkan satu draf transformasi kepimpinan di dalam PAS di lakukan segera.
Maka era pemikiran nasionalisme di tukar dan diganti dengan bauan pemikiran islam yang murni dan bersih.
Lakaran penting yang tidak mungkin di padamkan dalam sejarah PAS juga adalah proses pembersihan ‘anai-anai’ dari terus bersarang dan bertelur di dalam gerakan PAS itu sendiri. Tarbiyyah telah di kucar kacirkan dengan sikap ‘tikam belakang’ dan ‘momokan’ persis adu domba yang menyedihkan.
Malah symptom ‘wala atas wala’ dan penyakit ‘jemaah dalam jemaah’ bagaikan asid yang menghakis akhlak sedikit demi sedikit. Atas nama Islam dan tarbiyyah kononnya, segalanya terbongkar.
Sekali lagi PAS di selamatkan oleh Allah berkat panduan Ulama’ dan bauan yang dapat di kesan oleh Dewan Pemuda PAS ketika itu. ‘Mereka-mereka’ yang bertanggungjawab memeningkan ahli, di persilakan ‘keluar’ dengan cara yang paling terhormat.
Zaman berganti zaman. Pemimpin datang dan pergi. Asas dasar kepimpinan Ulama’ berteraskan Islam terus unggul menerajui PAS sehingga sekarang. Calaran cabaran kepimpinan ulama’ di hidu sedari Almarhum Ustaz Fadzil Noor memimpin lagi. Namun mungkin ‘taktik’ atau strategi ‘gertak’ di buat pada permulaannya agar ‘cakap-cakap kosong’ halwa telinga ketika itu, membuahkan hasil 3 atau 6 tahun akan datang.
Lihat sahaja keserabutan yang di mainkan oleh mereka-mereka yang mengaku ahli dan penyokong ketika ini. Mereka hebat! Mereka pandai! Mereka lah segalanya..!
Dengan penangan kepada Ustaz Nasharudin sebagai permulaan, mereka bergerak cukup bersistematik. Kini, siapa sahaja yang bergelar ulama’ di dalam PAS tidak ‘di ludahi’ dan di buka ruang untuk di maki hamun oleh orang awam; TGHH, TGNA, TITM, Ustaz Haron Taib, Dato Harun Din, Ustaz Din Tantawi semuanya di sapu bersih atas nama yang di momokkan dengan pelbagai cara.
‘Sayangkan PAS’ ‘..tidak mahu PAS hancur..’ ‘…menyelamatkan PAS dari berkerjasama dengan UMNO..’ ‘PAS Reform’
Dan pelbagai lagi gelaran manis yang di dendangkan…
Atas nama ‘Pakatan Rakyat’ kononnya, ‘anai-anai’ ini muncul lagi. Dengan versi, tema dan nafas yang segar tetapi asas dan dasar yang sama di era 80an.
Kini, tafsiran wala’, thiqah, taat dan sebagainya di ‘salakkan’ di sana sini. Di momokkan akan cerita pimpinan menggunakan eleman itu untuk mengekang ahli. Di sebarkan akan dakwaan yang berbau ‘busuk hati’ kepada ahli bawahan dan orang awam tentang ‘busuknya’ ulama yang wujud di dalam PAS kini. Di bicarakan di khalayak maya akan pimpinan Ulama’ PAS bersikap begini dan begitu..Pilih kasih..Tidak telus..Pengkhianat dan sebagainya..
Mereka ini…Memang BERHATI BUSUK dan ANAI-ANAI VERSI KUPU-KUPU!!
Malah, di kalangan mereka ini, pernah berhujjah menentang akan kenyataan; “…biarkan kita kalah, asalkan perjuangan Islam kita tidak tergadai..” dengan memperlekehkan susuk tubuh TGHH dengan pelbagai warna warni.
Biarkan mereka menyusun taktik dan strategi. Kerana lawan mereka adalah golongan yang siang malam sujud dan sentiasa meminta pengampunan dan petunjuk dari Allah..
Biarkan mereka ‘menyalak’ di laman maya dan mengibar-ngibarkan panji kononnya perlu ini dan itu..kerana lawan mereka adalah susuk tubuh yang menggadaikan segalanya hanya kepada Allah..
Biarkan mereka ‘bertauhidkan’ PR dan jawatan di Putrajaya..kerana lawan mereka adalah golongan yang beriman, akhirnya ISLAM TETAP AKAN MENANG!!
Biarkan mereka dengan jiwa anai-anai mereka…kelak akan terzahir juga siapa mereka sebenarnya!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment