Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

10.7.09

TRAGEDI NATRAH : LUKA BUAT UMMAT SELAMA-LAMANYA..


Saya mengetahui cerita ini semasa di tingkatan satu, tahun 1999. Kebetulan semasa memasuki pertandingan muhadhoroh ( satu pertandingan kebiasaan di sekolahagama rakyat ) kumpulan nasyid yang saya sertai menyanyikan lagu nasyid mengenainya.

“Pulanglah Natrah@Tragedi Natrah” ( kalau tidak silap saya ler..hu3 ).

Allahyarham sahabat saya, sufian memberitahu lagu ini hasil ciptaan gabungan abang tirinya bersama sahabat-sahabatnya semasa belajar di Mesir.

Lirik yang menceritakan kejadian yang penuh tragis di sulami lagu yang mendayu-dayu, membuatkan sesiapa yang mendengarnya terdiam seketika.

Saya sewaktu itu tertanya sendirian..Siapa Natrah?

Lewat tahun 1950 an, isu Natrah telah mengegarkan tanah Malaya. Isu yang meletus di Singapura itu, telah mengakibatkan ia menjadi tragedi berdarah demi menyelamatkan akidah seorang gadis belanda yang telah memeluk agama islam.

Tragedi Natrah adalah luka buat ummat Islam.

Permulaan luka yang membuatkan ia terus berdarah sehingga kini..

( Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.


Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.

Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.


Natrah dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormat. Untuk menjamin dan menjaga keselamatan Natrah Che Aminah mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi seorang guru ketika Natrah berusia 13 tahun dan Mansor 22 tahun. Perkahwinan ini adalah perkahwinan gantung kerana Natrah masih gadis sunti. Ia berlaku selepas keluaraga Natrah cuba menuntut Natrah dan sebagai ikhtiar Che Aminah menyelamatkan pertiwi jiwanya itu.

Kehidupan aman bahagia yang dilalui Nartrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya. Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.

Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor.

Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termausk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.

Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.

Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah seolah segala kehidupan Che Aminah dan juga Mansor bagaikan terpadamnya mentari dan bulan.

Mungkin keputusan mahkamah yang memberi hak kepada keluarganya menjaga Natrah tidak menimbulkan kemarahan. Tetapi apabila mahkamah juga memutuskan Nartrah dijadikan Khatolik (kembali ke agama asal orang tuanya) inilah yang menimbulkan kemarahan dan menderaukan darah. Kemurtadan inilah menyebabkan berlakunya rusuhan. Umat Islam tidak boleh menerima kejadian ini kerana ia mencabar seluruh kehidupan mereka. Keputusan itu seolah menginjak-injak kesucian agama mereka. Rusuhan berlaku kerana atas keyakinan demi menjaga akidah Natrah. Umat Islam bangkit cuba mempertahankannya. Dalam rusuhan ini seramai 18 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu. kuat dan berkuasa. Natrah hanya sebuah piala rebutan antara keluarganya (Kristian) dengan umat Islam Malaya. ) –copy dari Pak MSO..


Hakikatnya, Natrah yang pernah di rampas dengan penuh kekejaman, telah pergi buat selama-lamanya menemui tuhan pencipta sekalian alam.

Islam kah dia atau bagaimana keadaan selama hayat beliau, hanya Allah sahaja mengetahui segala yang tersirat..

Natrah telah pulang..

Tragedi Natrah telah menjadi prolog dan pembuka tirai dalam gerakan memurtadkan anak gadis Islam.

Orang Islam yang masih waras dan tidak gila mana yang sanggup melupakan tragedi Aisyah Bukhori yang suatu ketika juga mengegarkan ‘1 Malaysia’ ini!

Kes tragis Hartina Kamarudin..

Lina Joy..

Ummat bangkit serta sanggup menumpahkan darah serta menggadaikan nyawa sewatu tragedi Natrah beraksi.

Namun kini, segalanya bagaikan sapaan bayu timur sahaja..

Ya Allah..selamatkanlah aqidah hamba-hambamu!

Syahid jua menjadi matlamat aku!!

5 comments:

Muhammad Solihin© said...

patut rasa cam dah baca jer...rupanya copy paste...hehehheh..jgn mare....

permata said...

salam..minta copy..boleh?

Farid Rashidi said...

Salam,

Oh begitu kisahnya. Terima kasih atas perkongsian.

ABU LUQMAN said...

Salam Sejahtera dan Salam Ukhuwah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut kisah sedih Natrah ini, sila layari blog saya. Ada beberapa maklumat yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekelian

permata said...

"copy dari Pak MSO"
boleh link kan ke web/blog Pak MSO tu tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...