Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

9.7.09

BILA USTAZ NASHA TIDAK 'MENJELMA' DI MANEK URAI..


Ada satu perkara yang menarik yang saya nampak di Manek Urai. Dan saya rasa, keberangkalian besar para penyokong PAS mahupun BN pun perasan akan kecacatan sesuatu yang berlaku di dalam PAS.

Di mana Ustaz Nasharudin a.k.a = Timbalan Presiden PAS??

Setahu saya, bermula dari bibik gerakan PRK Manek Urai di tepuk gendangnya, hari pengumuman calon sehinggalah di hari penamaan calon, kelibat Ustaz Nasha masih tidak kelihatan juga.

Betapa ‘ijtihad politik’ yang di suarakan oleh TGHH tidak lama dulu, cukup besar kesannya kepada seorang timbalan yang wala’ dan thiqah kepada ketuanya yang menggerakkan ‘ijtihad politik’ tersebut.

Dan betapa semakin terhakisnya sifat dan sikap adab-adab berjamaah serta akhlak Islamiah di dalam PAS itu sendiri.

Saya bukanlah hendak mengusutkan pemikiran para penyokong dan pendokong PAS.

Tetapi sekadar renungan bersama bagi kita generasi muda. Agar tidaklah ‘manis’ andai kita yang mengaku membawa panji Islam, mengamalkan sikap wala’ ‘berangkai-rangkai’ serta menunjukkan tauladan seolah-olah PAS yang mengaku Parti Islam hanya tinggal nama sahaja!

Hakikatnya…

Naudhzubillah…

Terbaru Abdul Fatah Haron mengeluarkan kenyataan yang saya kira cukup tidak beradab selaku orang yang di taklifkan sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Manek Urai dan negeri Kelantan.

Ketidak hadiran Ustaz Nasha pada hari penamaan calon hingga sekarang di sindir dengan penuh sinis.

Istilah ‘malu mata’ yang di sandarkan kepada Ustaz Nasha adalah sesuatu yang cukup di kesalkan.

Malah beliau sepatutnya menyatakan perkara yang sebenar kenapa Ustaz Nasha tidak hadir ke Manek Urai sehingga kini.

Bukankah mesyuarat jentera PRK peringkat negeri Kelantan yang turut di hadiri oleh beliau yang mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS di tegah untuk ‘menjelmakan’ dirinya di Manek Urai.

Seandai begitu ‘tidak suka’ Abdul Fatah kepada Ustaz Nasha, janganlah sampai ‘memperlecehkan’ beliau sehingga tahap begitu.

Saya melihat, jawatan ‘second chairman’ yang di sandang oleh Ustaz Nasha seolah-olah tidak bermakna langsung bagi sesetengah ahli mahupun pimpinan PAS itu sendiri.

Apalah salahnya di nyatakan perkara yang sebenar agar ahli bawahan tidak keliru dan memandang serong terhadap ‘bakal Presiden PAS’ andai sesuatu terjadi kepada Presiden PAS, TGHH hari ini.

Nyatalah, virus ‘hubbu ri’asah’ yang amat di titik beratkan oleh ulama’ haraki terdahulu agar pendokong islam sentiasa berhati-hati sudah menyerap ke dalam PAS sedikit demi sedikit.


Maka effect keputusan muktamar PAS terdahulu, cukup memberi kesan kepada sesetengah pendokong dan ahli PAS itu sendiri.

Dan maka berhati-hatilah, jangan sampai Allah tarik nikmat yang sudah di kurniakan hari ini!

Jernihkanlah apa yang hampir keruh..

3 comments:

Marwan Bukhari said...

ana terharu bila mana sebenarnya ustaz nasha sedang berada di hospital..
secara peribadi, ana sedih dgn kenyataan yb fatah itu.. langsung tak beradab walhal sudah 'berusia' di medan siasah..
tidak mustahil, Pas kalah di manik urai kerana keceluparan ahli trhadap pimpinan.. nauzubillah..

ibnuali said...

masyallah,perkara itu prlu didedahkan kpd ahli sbb semberono je kuar kenyataan..

Ibnu Mohyeddin said...

kenyataan yang sedemikian berkemungkinan akan memberikan kesan buruk pada PAS. Islam menang bukan atas dasar kuantiti tetapi pemimpin yang berkualiti. kalau takat nk kan kuantiti .. rasanya berkemungkinan tragedi perang hunain akan berulang di manek urai ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...