Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
23.4.09
Berlapang Dadalah Wahai Saudara SeIslamku..
Saya masih ingat lagi peristiwa yang berlaku di Melaka. Riuh satu Malaya
membincangkan perkara yang amat merunsingkan kerajaan. Mana tidaknya, hampir puluhan ‘toke-toke’ babi berdemo membantah untuk di ‘syahidkan’ binatang yang amat memberikan keuntungan kepada mereka.
Maka kita dapat lihat kesepakatan kaum itu mempertahankan hak mereka. MCA yang tidak masuk ‘gu’ dengan DAP boleh sepakat dalam menyelesaikan masalah ini. Maka pelbagai tekanan dibuat untuk membuat pihak yang bertanggungjawab tutup mulut dan pekakkan telinga. Akhirnya..ia tetap menjadi satu rahsia sehingga sekarang..
Cerita Orang Islam
“ Rasulullah bersabda;’………para sahabatku seperti bintang…’kalau kita tengok, betapa kasihnya Rasulullah kepada para sahabatnya sehingga baginda membuat perumpamaan sebegitu..” terang seorang pensyarah.
“ Ustaz, hadis yang ustaz cakap tadi sahih ke? Saya pernah baca kitab himpunan hadis-hadis maudhuat dan hadis tu termasuk dalam kitab tersebut”, bangun seorang pelajar yang tidak puas hati akan hadis yang di kemukakan oleh pensyarah tersebut.
“Kamu baca kitab himpunan hadis maudhu’ je ke, kamu baca tak kitab Sahih Bukhori yang berjilid-jilid tu..kitab sunan sittah yang lain kamu ada kaji tak tentang status hadis tersebut? Ke kamu gunakan kitab himpunan hadis maudhu’ tu je untuk kamu jadikan hujjah untuk menolak hadis-hadis yang di katakan madhu dalam kitab tu tapi sahih dalam kitab lain?”, soal pensyarah itu kembali kepada pelajar yang bertanya.
“Cheh..ustaz tu macam power. Dia bukan ambil bidang hadis pun, tapi cakap macam takhasus bidang tu..Merapu je pensyarah ni..”, sindir pelajar tersebut secara diam di bahagian belakang di dalam auditorium.
Saya yang kebetulan berada berhampiran dengan sahabat ‘muhaddithin’ tersebut, terkejut dengan gomelan sendiriannya. Malah kawan-kawan yang lain turut mendengar.
“Wah! Baru belajar diploma dah mula tunjuk taring. Itupun belum habis..Kalau sampai tahap phd nanti, entah-entah Imam Syafie pun habis di salahkan”, sindir sahabat saya secara sinis.
...............................................................................
Hampir berminggu-minggu juga ribut perbahasan dan perbalahan pendapat melanda bumi Darul Quran. Dari angin monson timur sampailah angin monson antartika, segenap batch membicarakan akan isu yang ‘terhangat di pasaran’ ini.
Pihak yang cenderung akan pemikiran salafi akan mengumpulkan pengikut-pengikutnya di belakang masjid untuk di buat sesi pembersihan pemikiran. Maka sesi tersebut dari ‘pembersihan’ secara ilmiah maka akan beransur-ansur bertukar atmosfera ke sidang ‘makan ketupat’ secara berjamaah.
Manakala pihak yang tidak bersetuju dengan pihak pertama akan turut serta dalam perang dingin dengan menggunakan kaedah masing-masing. Maka bukan setakat ‘ketupat’ yang dianyam, ‘nasi tambah’ juga turut di hidangkan untuk menambah selera para penjamu.
Maka saya ketika itu juga tidak terlepas dari arena tersebut..aduiii..
Berlapang dadalah wahai saudara seIslam ku..
Saya cukup hairan kenapa masyarakat bukan Islam yang tidak mengetahui tentang hakikat keindahan akhlak dalam Islam boleh mempraktikkan terlebih dahulu berbanding mereka yang ‘terlebih Islamnya’.
Bukankah kita telah menghabiskan masa yang terlalu panjang untuk membicarakan soal furu’ yang memang tiada kesudahannya. Sampai bila kita hendak berhenti berbahas dan bertelingkah tentang soal siapa yang betul dan salah.
Andai di tanya kepada pihak A, tentu pihak A yang akan mengatakan dia yang betul. Samalah jika soalan itu diajukan kepada pihak B. Maka sampai dunia ini musnah dan kembali di ciptakan semula pun jawapan itu tetap di pertahankan..aduh..
Maka kita dapatlah saksikan para ustaz-ustaz kita bertegang leher di dada-dada akhbar. Bahkan media elektronik juga tidak ketinggalan mendepani bersama-sama mereka dalam menegakkan pendapat masing-masing. Seterusnya, negeri yang ‘boleh masuk’ sealiran dengan mereka akan dianggkat menjadi Mufti. Maka status yang di perolehi akan di gunakan dengan sebaik yang mungkin untuk menunding segala bentuk ke ‘bid’ahan’ pada orang lain..waduh..makin gawat di buatnya..
Dan saya kira orang yang paling gembira adalah Amerika, Yahudi dan sekutu yang teramat memusuhi Islam. Mana tidaknya, Arab Saudi akan mengatakan Syria adalah negara pengeluar produk pendakwah pembid’ah. Mesir pula akan mengatakan Saudi sesat. Maka tidak sampai ke mana jugalah perbincangan ulama-ulama’ kita.
Akhirnya, ramailah anak-anak di lahirkan dalam keadaan tidak sah taraf. Jemaah bohsia dan bohjan semakin berkembang piak. Itu tidak masuk lagi Jemaah Ayah Pin dan Haji Kahar. Ditambah lagi dengan masalah rempit, penagih dadah, kes rogol, kes bunuh dan pelbagai kes lagi yang kalau di selesaikan oleh Detektif Conan pun dia akan ‘serender’!
Juga kesudahannya, Palestin akan tetap keseorangan…..
Maka..berlapang dadalah wahai saudara seIslamku..
As-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam bukunya yang bertajuk ‘ Tiga Bingkisan Risalah Dakwah’ menukilkan secara halus lagi berseni dalam menyedarkan para ustaz, Dr, Profesor dan sebagainya akan hakikat perselisihan pendapat dalam agama.
Beliau telah menukilkan dengan penuh berhemah dan jelas akan falsafah dalam perselisihan pendapat dalam masalah cabang ini.
“Kita mempunyai keyakinan demikian, oleh itu kita minta maaf bersungguh-sungguh pada mereka yang berselisih pendapat dengan kita dalam sesetengah masalah cabang dan kita berpendapat bahawa perselisihan ini bukanlah menjadi suatu halangan kepada pertalian hati, kasih sayang dan bekerja sama untuk kebaikan, tidak menjadi halangan kepada pengertian islam yang menyeluruh dengan batasnya yang istimewa dan kandungannya yang luas hingga dapat menghimpunkan kita dan mereka dalam satu rumpun, bukankah kita Islam dan mereka juga Islam?
Tidakkah kita ingin patuh kepada hukum yang menenangkan hati kita dan mereka juga demikian? Tidakkah kita di tuntut mengasihi saudara kita seagama sebagaimana kita mengasihi diri kita? Oleh itu apakah yang menyebabkan perselisihan? Kenapa pendapat kita tidak dapat dijadikan sebagai satu pendapat yang boleh dibincangkan?
Demikian juga sebaliknya pendapat mereka? Kenapa kita tidak boleh bertolak ansur dalam suasana yang hening dan kasih sayang sekiranya di sana masih ada sebab-sebab yang mendorong kita bertolak ansur?...”
Cantik sungguh sikap dan akhlak yang di garis panduankan oleh as-Syahid kepada kita semua…
Maka fikirkanlah bersama..
Untuk akhirnya, saya kadang-kadang terfikir sendirian. Bukankah pada zaman para sahabat, mereka juga berselisih pendapat dalam memberi fatwa? Dan mereka dapat selesaikan dalam suasana yang penuh mahabbah dan kasih sayang..
Bukankah ulama’ di zaman dahulu telah menyelesaikan segala perkara-perkara furu’ secara panjang lebar? Dan mereka telah meninggalkan juga sikap dan akhlak kepada kita untuk di contohi dalam masalah berselisih pendapat..
Tapi, kenapa kita pulak yang berlebih-lebihan? ?..Baru belajar 4-10 tahun sudah berlagak macam Imam Nawawi..adush..fikirlah sendiri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dari dulu sampai sekarang tak habis2 isu ni..
yup~berlapang dadalah.kalau umat islam sendiri pecah belah, jgn mimpi nak bina daulah~
salam...
masalahnya apabila perselisihan ulama dihebohkan, sehingga orang awam (biasa) salah tanggapan terhadap perselisihan mereka (ulama)...
Apabila seorang ulama menyatakan sesuatu yang bukan pendapat ulama yang ke-2 (p/s: ulama pertama menggunakan kaedah yang betul sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa), maka ulama ke-2 wajib mengeluarkan fatwanya (mengikut kaedah2 tetentu). kalau tidak, dia akan dikira sebagai seorang yang menyembunyikan kebenaran jika tidak mengeluarkan fatwanya...
masalahnya jangan membidaahkan orang lain dan menghasut orang lain untuk membenci orang lain yang melakukan amalan tersebut. walaupun begitu, berilah nasihat dengan cara hikmah...
apabila nabi Musa a.s. diperintahkan untuk mendakwah Firaun kepada tauhid... Allah perintahkan untuk berdakwah secara hikmah...
bayangkan orang yang teruk lagi terlaknat (macam firaun tu) Allah suruh Nabi dakwah secara hikamah...
inikan pula nak berdakwah kepada saudara kita sendiri...
tapi kedua-dua ulama tersebut adalah betul dan benar kerana menggunakan kaedah yang betul dalam mengeluarkan sesuatu fatwa...
perselisihan pendapat ulama adalah rahmat kepada ummat ini dari Tuhan yang Maha Esa...
wallahua'lam...
Post a Comment